Malam telah larut. Diluar, hujan masih lebat membasahi bumi. Kedinginan mencengkam hingga ke tulang hitam. Aishah masih seperti tadi. Dia menyendiri dalam kedinginan, memerhati kearah kerlipan cahaya neon yang berbalam didalam hujan. Jalur-jalur air yang menitis, turun memanjang dipermukaan tingkap menjadi santapan matanya. Sesekali jemari halusnya mencorakkan tulisan dan lukisan pada wajah cermin yang berkabus kerana cuaca yang sejuk.
Waktu adik kecil-kecil dulu, kalau hujan sahaja, pasti umi akan datang mencarinya. Pastinya umi akan eratkan dakapan selimut tebal ketubuhnya. Tatkala guruh dan kilat bersabung dilangit, umi tak pernah lekang mendakapnya hangat, mencairkan ketakutan yang membeku dalam dirinya. Tiba-tiba dia disapa rindu yang teramat. Umi.., adik rindu.
Aishah menarik langsir menutupi ruang jendela. Dia merapati meja tulis, pena yang terbaring diatas meja dicapai. Diloretkan diatas kertas kajang berwarna biru, warkah terakhir untuk umi. Disuarakan segala yang bersarang dilubuk hati. Rasanya, dia tak sempat menyampaikan hajat umi. Terlalu hampir rasanya dirinya dengan noktah kehidupan.
************************************************** ****************************
“Adik jangan takut, umi ada sini, adik tidur baik-baik ya,” kucupan hangat dari bibir umi melekat didahinya.
Ketakutan yang beraja telah berjaya umi hambat. Dia lena dalam dakapan kasih seorang umi. Dia lena hingga matahari mula menyuluh alam, dia terjaga bila titis embun mula mengering dihujung daun.
“Umi tu selalu sangat manjakan adik, bila lagi dia nak berdikari?” paginya yang ceria kembali suram tatkala mendengar kata-kata along. Dia hanya mematikan diri diatas tangga, menanti bait-bait ayat yang bakal dibahaskan berkenaan dirinya.
“Adik tu kan kecil lagi, tak salah umi temankan dia,”sambil sibuk menyediakan sarapan untuk abah, along, angah dan adik, umi tetap melayan along bersembang.
“Kecil apa umi, dah tingkatan 1, dah besar,” sampuk angah.
Dia perhatikan sahaja dari anak tangga, betapa along dan angah manja dilayan abah dan umi. Rasa lapar adik hilang, terbantut langkah adik untuk menyertai mereka.
“Adik, mari cepat, kejap lagi bas sekolah sampai,” umi menggamit adik dengan senyum manis. Langkah adik agak perlahan, adik tidak sanggup menghadap rezeki dengan rasa benci dari orang semeja.

“Lewat lagi, hari-hari lewat, pemalas betul,”dengus angah. Adik tidak mengangkat wajah, adik takut membalas pandangan benci wajah angah.
“Sudah, makanlah cepat, tak habis-habis nak berbalah,”umi menuangkan susu dalam cawan adik. Umi suakan pinggan berisi nasi goreng depan adik.
“Makan adik, nanti lapar dalam kelas,”sambil bercakap, umi usap ubun-ubun kepala adik. Lapang rasa dada adik, sentuhan umi berjaya mengambus kepiluan dalam jiwa adik.
************************************************** ****************************
Hari ni semua pelajar datang kesekolah dengan ibu dan ayah masing-masing. Meja didalam kelas telah disusun ketepi, hanya kerusi disusun memanjang, supaya senang ibu dan ayah pelajar menanti giliran berjumpa guru.
Adik masih lagi bersendirian. Abah dan umi pergi kekelas along dan angah dulu. Ramai teman-teman adik yang telah pulang dengan membawa report card masing-masing. Adik duduk menghadap pintu masuk, dengan harapan agar abah dan umi cepat sampai. Tinggal tiga orang sahaja lagi kawan adik menanti giliran berjumpa dengan Cikgu Zul. Wajah adik cerah, umi yang memakai baju kurung pesak berwarna biru laut melangkah masuk dengan senyum. Adik menerpa kearah umi, adik salam dan cium tangan umi, macam biasa-biasa yang adik lakukan.
“Abah mana?”adik tercari-cari. Senyum umi berubah sedikit, agak kelat. Adik dapat baca apa yang tersirat dibalik perubahan wajah umi.
“Tak apalah umi, umi datang ni pun dah cukup bersyukur bagi adik,” adik menarik tangan umi kesebuah kerusi berhampiran. Adik tak mahu mendengar alasan umi, adik tak mahu umi berbohong, mereka-reka alasan untuk menjaga perasaan adik. Adik tahu abah tak akan sudi hadir, adik tahu abah tak mahu tahu apa yang tercatat dalam report card adik.
“Aishah,” Cikgu Zul memanggil. Adik bangun, berpimpin tangan dengan umi.
“Anak puan ni pandai. Akademiknya bagus, cuma dia agak kurang aktif dalam aktiviti sukan,”Cikgu Zul meneliti report card adik.
“Dia tak berapa sihat cikgu, doktor menyarankan agar dia tak berapa aktif, sebab dia ada asma,”jelas umi, adik tahu Cikgu Zul sudah sedia maklum tentang masalah kesihatan adik. Cikgu Zul sekadar mengangguk.
“Tahniah Aishah, awak berjaya lagi, nombor satu tu macam kepunyaan awak seorang,”Cikgu Zul senyum, adik dan umi membalas senyum Cikgu Zul dengan perasaan senang.
“Terima kasih cikgu, ini semua kerana dorongan guru-guru dan kerjasama kawan-kawan,”balas adik merendah diri.

Hari itu, adik pulang sekolah awal, pulang dengan umi menaiki teksi. Adik tengok kereta abah dah ada didalam garage. Adik tahu abah balik dengan along dan angah, adik tak marah, adik lebih selesa begitu. Asalkan ada umi, adik cukup bahagia.
“Anak manja umi dapat nombor berapa?” along menegur. Ada riak cemburu dalam matanya.
“Macam biasalah,”balas umi ceria.
“Alah, nasib baik aje tu,” cebik angah pula.
“Isk, jangan cakap begitu, anak-anak umikan semuanya pandai-pandai. Along dah angah pun dapat nombor 5 kebawahkan, umi bangga dengan semua anak umi,”umi mendekati along dan angah yang sedang menonton televisyen. Adik tak nampak abah, mungkin berada didalam bilik, sedang tidur barangkali.
“Umi, adik naik dulu ya,” adik lebih senang memerap dengan buku-buku didalam bilik. Jarang sekali adik berkumpul dengan ahli keluarga lain diruang tamu. Adik tahu kehadiran adik tidak dialu-alukan.
“Iyalah, nanti lepas solat zuhur, turun makan ya,”umi sempat berpesan.
************************************************** ****************************
Adik masuk tingkatan 3 tahun ini, along dan angah pula dah tamat sekolah. Along berjaya menginjakkan kaki ke UPM selepas tamat STPM, angah pula bejaya memasuki Politeknik Shah Alam, selepas mendapat sijil SPM. Tahun ini, adik bertungkus lumus untuk menghadapi PMR. Adik agak tenang, kerana along dan angah tiada dirumah. Adik bebas bermanja dengan umi, adik riang duduk disetiap inci manapun ruang dalam rumah banglo dua tingkat itu. Abah masih macam dulu, kurang bercakap kalau bersama dengan adik, tapi adik tahu abah sayang adik. Abah tak pernah susut menghulurkan duit belanja untuk adik. Abah masukkan adik kekelas tuisyen, abah hantar adik kekelas mengaji Quran, adik tahu, abah sayang adik. Cuma abah tidak banyak mulut kalau bersama adik, tidak macam bersama along dan angah, abah cukup banyak bicara.
Kadangkala, adik terfikir, apa salah adik. Dimana kurangnya adik berbanding along dan angah. Adakah kerana adik lahir dalam suasana yang salah? Agaknya adik ni terlalu menyusahkan bagi mereka. Adik tak mahu fikirkan sangat, kalau adik fikir banyak, kepala adik akan sakit.
Adik rasa hari berganjak terlalu cepat, adik telah berjaya dalam spm. 9A1, umilah manusia paling gembira. Umi kucup wajah adik, umi peluk adik kemas dalam dakapan. Umi tak sudah-sudah memanjatkan syukur kehadrat ilahi. Adik menangis dalam pelukan umi. Adik menangis kerana usaha adik berhasil. Adik menangis kerana abah ucap tahniah, pertama kali dalam hidup adik, abah tampil mengucap kalimat berharga itu. Walau ucapan abah dalam nada agak dingin, mungkin kerana abah tak biasa mengucapkannya, adik cukup rasa seronok. Adik seronok hingga menitiskan air mata. Adik terlalu gembira dengan sepotong ayat dari abah, ‘tahniah adik,’ adik cukup terharu.
Adik tak boleh bermanja-manja lagi dengan umi. Adik mendapat tawaran menyambung pelajaran ke UUM. Adik terpaksa berjauhan dengan umi. Adik korbankan kasih sayang adik demi memenuhi tanggungjawab adik sebagai pelajar. Adik jarang balik kerumah. Adik tak mahu along dan angah kata adik menghabiskan duit dengan tambang pergi balik. Adik tidak sanggup mendengar sindiran tajam dari mereka. Tapi, adik ada alasan yang lebih kukuh.
“Umi lebih sayangkan anak angkat dari anak sendiri,”sewaktu melintasi bilik umi, adik terdengar along bercakap dalam nada kasar. Adik berhenti seketika, anak angkat? Siapa anak angkat?
“Umi sayang semua anak umi sama rata. Bagi umi, adik dah umpama anak kandung umi sendiri,” sayu suara umi singgah ditelinga adik. Adik hampir terduduk, lutut adik lemah, tulang adik rasa rapuh, badan adik hampir tidak dapat diampu lagi.
“Apa yang adik nak, mesti dapat, along minta sikit aje dari umi, semua umi kata akan bincang dengan abah,” adik benci mendengar along berkasar dengan umi. Adik tak suka hati umi dicalari, lebih-lebih lagi kerana adik.
“Umi tak ada duit sebanyak itu, along mintalah dengan abah, umi pasti abah pasti bagi. Lagipun, buat apa along nak pakai kereta, alongkan baru aje kerja, motor tu pun baru lagi,” adik tidak menanti lama. Adik tak mahu tahu apa yang dibicarakan oleh umi dan along. Pokoknya sekarang, adik dah tahu bahawa selama ini adik dicemuh kerana adik hanya anak angkat.
Terusai sudah segala persoalan dikepala adik sejak bertahun dulu. Adik tahu kini mengapa adik tidak diterima disebagai ahli keluarga, adik mengerti mengapa adik dilayan sebegitu rupa. Adik hanyalah anak angkat. Patutlah adik ada sedikit perbezaan dengan along dan angah. Kulit adik agak cerah, rambut adik pula beralun dengan warna keemasan, tidak hitam dan lurus seperti along dan angah. Tapi umi kata, tak semestinya adik beradik kena sama. Dalam setandan kelapa, tak semuanya sama. Ramai lagi orang lain adik-beradik rupa tak sama. Adik percaya, adik lupakan sahaja persoalan itu. Hari ini, adik telah mengetahui kisah sebenar. Sampai hati umi merahsiakan dari adik. Kalau adik tahu dari awal, adik tak akan melebih-lebih mengharap kasih umi. Adik tidak akan bermanja dengan umi hingga along dan angah cemburu.

Umi menangis bila adik persoalkan status adik. Adik rasa berdosa buat umi menitiskan air mata. Tapi adik perlu tahu, adik mahu segala yang samar diperjelaskan. Adik tidak mahu hidup dalam kekeliruan.
“Adik, umi sayang adik macam anak kandung umi,” umi peluk adik. Bahu adik basah dengan air mata umi.
“Adik tahu, terima kasih umi,” adik turut menangis, malang sungguh hidup adik, dah lah terbuang, hidup menumpang pula tidak disukai orang.
“Umi jumpa adik depan pintu pagar. Masa tu umi nak pergi pasar, umi jumpa adik dalam balutan kain batik. Umi pujuk abah, umi rayu abah agar ambil adik sebagai anak angkat,”hati adik tersayat luka. Sampai hati ibu adik membuang adik. Dari lembah manakah adik dilahirkan? Dari salur manakah adik tercipta?
“Umi ceritakan pada along dengan angah bila mereka dah mula faham. Umi mahu mereka sayang adik seperti adik sendiri,”.
Tapi adik tak diterimakan umi? Adik tahu, siapalah adik, entah dari mana asal usul, entah darah dalam badan adik ini bersih ke kotor. Adik tak salahkan along dan angah kalau mereka membenci adik.

“Adik, jangan tinggalkan umi, umi tak boleh berpisah dengan adik,”rayuan umi membuatkan hati adik bertambah sedih. Alangkah bahagianya adik kalau umi adalah umi kandung adik. Bersyukur teramat adik kerana dipertemukan dengan umi, umi yang pengasih, umi yang penyayang.
“Adik janji, adik akan sayang umi, kasih sayang adik tak akan tersukat dengan luasnya lautan, tak akan dapat diukur dengan tingginya gunung atau banjaran,”adik cium wajah umi.

Adik meneruskan pengajian adik, matlamat adik hanya satu, adik nak lulus. Adik nak hadiahkan kejayaan adik untuk umi. Satu-satunya insan dimuka bumi ini yang sudi mengasihi adik seikhlas-ikhlasnya. Adik selalu diserang asma, tapi adik biarkan. Adik tidak mahu khabarkan pada umi, adik tak mahu umi susah hati. Kepala adik pun selalu sakit, adik diamkan juga. Bagi adik, adik sakit kepala kerana migraine, kerana terlalu banyak membaca, kerana adik gila study. Adik pendamkan rasa sakit dan adik hanya akan menelan panadol, selebihnya, adik jadikan umi sebagai penawar segala penyakit. Adik akan call umi, bercerita dengan umi, adik akan luahkan segala rasa kasih adik atas muka kertas, adik coretkan betapa bahagia adik ditanah Sintok ini.
Segala khabar adik adalah yang indah-indah dan baik-baik belaka. Adik mahu umi senang hati, adik mahu umi bahagia. Adik bariskan pelbagai alasan bila umi tanya kenapa adik tak balik bercuti. Adik senaraikan aktiviti yang adik kena ikuti untuk menambah point permarkahan gred adik. Umi memujuk adik untuk pulang sehari dua. Adik berjanji akan pulang, adik akan pulang juga satu hari nanti. Umi hanya perlu tunggu. Kesakitan adik rasanya telah meruncing. Dihari akhir peperiksaan terakhir, adik pengsan dalam dewan peperiksaan. Adik dikejarkan kehospital. Adik didapati menghidap barah, peringkat akhir. Adik minta doctor rahsiakan, adik merayu doctor agar jangan diberitakan perkara tersebut kepada ahli keluarga. Adik akan khabarkan sendiri berita itu pada mereka. Adik sebenarnya tak mahu umi menangis lagi. Cukuplah tangisan umi yang lepas-lepas sewaktu mempertahankan adik dirumah itu. Adik tak mahu umi terluka lagi.
Pada umi, adik memberitahu, adik dapat tawaran kerja yang baik dibumi Kedah. Adik akan balik bila ada cuti, ada sendu pada suara umi. Maafkan adik umi, adik sebenarnya kena menjadi tetamu hospital. Adik harus menjalani rawatan. Adik tak mahu umi lihat badan adik yang susut, adik tak mahu umi menangis melihat kesan jarum suntikan dilengan adik. Adik tak mahu melihat umi sedih. Adik harus kuat menghadapi derita ini, kerana itu adik tak mahu melihat derai air mata umi, kerana air mata umi hanya akan merobohkan kekuatan adik.

Assalamua’laikum,
Buat tatapan umi yang tercinta,
Umi, terlebih dahulu, ampunkan adik kerana tidak dapat berjumpa dengan umi seperti yang umi hajatkan. Adik tetap pulang, cuma pulang dengan jasad, tanpa roh dan nyawa. Kesatlah air mata tu umi, adik tak tahan tengok umi menangis. Umi sayang adikkan, umi jangan marah adik kerana tidak pulang kepangkuan umi dengan segera.
Umi, maafkan adik kerana tidak memberitahu perkara sebenar dari awal. Adik tak mahu, dengan pendedahan penderitaan penyakit ini, along dan angah akan menuduh adik sengaja memancing perhatian abah dan umi.
Umi, adik terlalu rindukan umi. Adik rindu kucupan hangat umi, adik rindu untuk tidur dalam dakapan kasih umi. Adik rindu untuk menatap wajah bersih umi, senyum manis umi, adik rindu belaian lembut umi.
Umi, adik sakit. Adik terlalu derita umi. Perit umi, adik dah tak tahan lagi. Ubat yang doctor bagi pahit, tak seenak masakan umi, tak sesedap kuih tepung pelita kegemaran adik yang umi selalu buatkan. Pagi tadi, adik pergi hospital lagi, doctor beri adik suntikan, hancur lengan adik dengan tosokan jarum, umi. Adik ingin menangis, adik ingin merayu kepada doctor agar jangan cucuk tubuh badan adik. Adik tak sanggup lagi. Telah bertiub darah dari urat adik doctor ambil.Kalau masa kecil dulu, umi ada untuk tuamkan lebam dilengan adik, kini adik sendiri, menghadapi segalanya seorang. Memang patut pun begitukan umi, bukankah adik sebenarnya hanya sendirian dimuka bumi ini. Bukankah dari awal lagi adik telah terbuang, adik tidak diterima sesiapa.
Umi, adik ingin meminta pertolongan umi. Adik tahu, hanya pada umi adik dapat hamparkan secebis harapan. Adik tak punya sesiapa, adik hanya ada umi. Satu-satunya insan yang adik sayang, yang adik kasih dan adik junjung cinta hingga kehujung nyawa adik.
Umi, minta adik, sampaikanlah salam adik, salam penuh kasih sayang, salam yang sarat dengan penghargaan dan terima kasih, buat abah, along dan angah.
Umi, khabarkan pada mereka, adik terlalu kasihkan mereka. Beritakan pada mereka, adik tidak pernah menyimpan sebarang dendam atau rasa marah dihujung hati ini terhadap mereka. Yang ada dalam hati adik, hanya rasa kasih, sayang dan cinta yang tak pernah padam walaupun telah ditiup dengan pelbagai tohmahan, tuduhan, hinaan dan kebencian. Adik tetap anak umi yang umi susukan sejak kecil, adik tetap adik yang pemaaf, pengasih dan penyayang.
Umi, jelaskan pada mereka, adik telah ampunkan segala ketelanjuran mereka, samada bicara atau perbuatan mereka terhadap adik. Adik faham, kehadiran adik telah merampas kemakmuran dan kebahagiaan mereka. Adik mengerti, perbuatan mereka didorong rasa terancam dengan kehadiran adik.
Umi, katakan pada abah, adik terlalu menghormatinya. Tanpa abah adik tak akan belajar sampai pandai.Cuma, adik tak sempat menghadiri konvokesyen, adik tak sempat mendengar ucapan yang teramat adik rindu dari bibir abah, ‘tahniah adik’. Adik harap abah akan tetap ucapkan tahniah, walau tanpa adik didepan abah. Tanpa abah, adik tidak mampu berdikari diatas kaki sendiri. Hulurkan salam peluk cium dari adik untuk abah. Sujud sembah ampun adik untuk abah, rayulah bagi pihak adik umi, agar abah halalkan segala makan, minum dan perbelanjaan abah dalam membesarkan adik.
Umi, adik terlalu sakit umi. Setiap hari adik pohon dalam doa, agar Allah leraikan penderitaan ini. Adik tak lupa juga panjatkan dalam doa adik, agar Allah pelihara umi, abah, along dan angah. Adik minta Allah berkati hidup kita sekeluarga. Adik memohon agar andai nyawa yang dipinjamkan diambil semula, biarlah ada orang yang sudi hulurkan walau hanya sepotong ayat Al-Quran untuk adik. Rayu adik pada umi, hadiahkanlah surah yassin untuk adik. Mesti adik akan senyum, adik pasti bahagia walau adik pergi dalam derita yang teramat. Adik suka dengar suara umi melagukan bacaan Al-Quran. Adik tenang mendengar setiap kalimah yang umi baca. Adik akan terus rindukan suara umi yang lemak merdu itu. Tolong ya umi, sampaikan pada abah, along dan angah, hadiahkanlah adik bacaan yassin, adik tak minta banyak. Tak perlu keluarkan wang, tak perlukan tenaga yang banyak, sikit aje adik minta, minta dengan penuh harap, hadiahkan lah adik dengan sesuatu yang adik suka.
Umi, adik rasa Allah sayangkan adik. Mungkin hari ini, Allah akan makbulkan doa adik. Mungkin hari ini adalah pengakhiran derita adik. Allah akan mansuhkan penyakit adik umi. Adik pernah bermohon, andai kematian adalah pengakhiran derita ini, adik sedia menerima. Adik sedia pergi dulu walaupun usia adik masih muda. Adik sedia meninggalkan muka bumi ini walaupun adik masih belum puas bermanja dengan umi. Lagipun, tiada siapa yang akan meratap pemergian adik nanti. Yang adik pasti, hanya umi seorang yang akan merasa kehilangan adik. Umi seorang yang akan bersedih dengan pemergian adik. Tapi, adik yakin, sedih umi hanya sekejap. Kepiluan umi akan terubat dengan adanya abah, dengan kehadirang along dan angah dalam hidup umi. Pastinya warna kehidupan umi indah, ceria walau tanpa adik.
Umi, dipengakhiran warkah ini, adik dengan rasa rendah diri, dengan penuh kasih, memohon ampun dan maaf dari umi. Adik pinta halalkan seawal titis susu yang umi suapkan hinggalah segala apa yang adik makan atau minum. Setiap kelakuan adik, setiap kesilapan, pinta adik, ampunkanlah. Rayu adik pada umi, sayangilah adik walau adik telah tiada. Pada abah, along dan angah jua, maaf adik pinta, dari hujung bilah rambut hingga kehujung jari kaki, sepuluh jari adik susun, relakan pemergian adik. Jangan ada sebarang kesalan, jangan simpan rasa kecewa dalam hati. Biarlah apa yang terjadi, dibawa angin lalu, yang lepas biar jadi sejarah.Terima kasih yang tak terhingga kepada umi dan abah kerana sudi mengasuh adik, walaupun ibu kandung adik sendiri menolak kehadiran adik dibumi ini. Hanya Allah yang akan membalas jasa umi dan abah. Adik redha dengan ketentuan yang diturunkan Allah ini. Segalanya punya hikmah yang tersembunyi.
Umi, sayang rasanya untuk pergi, ralat rasanya tidak dapat menatap wajah umi sebelum adik berangkat. Teringin sangat adik mendakap tubuh umi, mencium seluruh wajah umi. Izinkan umi, adik mengucup tangan dan wajah umi dalam hayalan….
Umi, abah, along dan angah, adik minta izin untuk pergi. Lambaian akhir ini, adik harap sudi disambut oleh kalian. Jangan iringi jasad adik dengan air mata. Rugi membazir air mata untuk seorang anak dan adik yang tak pernah bersinar dalam keluarga. Iringilah adik dengan doa agar adik tidak dicampak kedalam relung panas menyambar, InsyaAllah.
Salam kasih, salam penuh kecintaan untuk umi tersayang, abah, along dan angah terkasih, ampun kan adik, redhalah dengan takdir ilahi. Assalamua’laikum.
-Nukilan Hati Dari Adik-
Nur Aishah Abdullah.
Air mata umi luruh, laju membasahi seluruh wajah. Umi kesal, kerana tidak dapat mendakap Aishah. Umi tak dapat penuhi impian dan permintaan terakhir adik, anak umi yang amat jarang membuat permintaan.
Abah hanya kaku disisi umi, air mata abah yang mengalir, telah membuktikan yang abah turut terasa pemergian Aishah. Tapi abah tau, abah telah terlewat. Kali ini, adik pergi bukan dekat, kalau kehujung dunia pun adik membawa diri, abah masih boleh mencari, boleh memujuk agar adik pulang kerumah, tapi, perjalanan adik kali ini jauh, terlalu jauh untuk abah jejak. Penyesalan abah tidak berguna. Abah menyesal hanya setelah adik tiada, abah terjaga hanya setelah mendengar suara hati adik.
Along dan angah turut menangis. Mereka kesal, hati selembut dan sebaik adik tidak sepatutnya dirobekkan. Adik tidak pernah mengharapkan apa-apa, mahalkah harga sebuah kasih sayang?
Jenazah adik yang baru tiba, umi mandikan, umi kapankan. Umi bersihkan seluruh tubuh adik, penuh kasih, umi cium ubun-ubun adik. Itulah kucupan terakhir umi. Umi tahu adik dapat merasa kasih sayang yang keluar dari seluruh hati, urat dan jantung umi. Umi mahu adik tahu umi terlalu kasihkan adik, walau adik bukan lahir dari rahim umi. Adik, Nur Aishah Abdullah, adalah anak umi dunia akhirat. Khidmat terakhir umi untuk adik telah umi laksanakan. Umi sedekahkan bacaan Surah Yassin seperti yang adik minta, walau tidak dimintapun, umi tetap akan lagukan bacaan itu untuk adik. Umi ingin adik ditempatkan didalam syurga bersama dengan anak-anak solehah yang lain. Umi iringi pemergian adik kepusara aman dengan pandangan mata yang masih berkaca. Bibir umi terkumat-kamit beristighfar, memujuk hati agar tidak menangis. Umi tak mahu adik melihat umi menangis, umi mahu adik pergi dengan tenang. Adik, umi sayang adik, sebagaimana dalamnya kasih sayang adik buat umi.
sekian...