Monday, January 31, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Tafsir Al Kauthar dan Al Ma'un

Assalamu'alaikum wbt..
InsyaALLAH.. Perkongsiaan bersama dari satu kuliah tafsir ..
(Tafsir Al Kauthar dan Al Ma'un)
Allah menurunkan surah Al Kauthar untuk menggembirakan Rasulullah saw dan orang mukmin dan menyatakan ciri2, sifat orang yang beriman dan bertaqwa. Surah ini sama seperti surah ad Dhuha dan al Insyirah di mana ia memberi khabar gembira dan mendatangkan ketenangan pada orang2 yang beriman… Jika kita lihat dalam susunan Al Quran, surah ini adalah surah ke 108 dan diturunkan selepas surah Al Ma’un surah ke 107. Surah Al Kauthar dikatakan juga menampung kesedihan Rasulullah saw kerana di dalam surah Al Ma’un ALLAH menyatakan dengan jelas ciri2 orang munafiq..
Sama2 kita mengambil pengajaran InsyaALLAH..

Terjemahan Surah Al Kauthar:
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yang melimpah-ruah.
2. Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu.
3. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus dari rahmat.

Terjemahan Surah Al Ma’un:
1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim,
3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
4. Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,
5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
6. orang-orang yang berbuat riya'.
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.



~Hebatnya Rindu Rasulullah Terhadap Kita~

Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw.
Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw.  Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.?

Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.

Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?'

Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku'

Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..

'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.'

'Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku.  Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku'



'Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'.. 




Subhanallah...Kami merinduimu ya Rasulullah...........


~Terlalu Indah Setiap Keikhlasan Hanya Kerana Allah~



Syukur Alhamdulillah... Syukur pada Allah serta Nabi Junjungan Muhammad SAW berserta sahabat baginda... Di medan maya kita sekali lagi berjumpa biar pun tidak bertentang mata cukup sekadar mata hati kita pada niat yg sama mencari Redha Allah..semoga setiap apa yang kita lakukan ini mendapat balasan darinya biar pun sekecil mana pun niat kita pada jalan-Nya..

Membincangkan topik doa dan ikhlas adalah satu perkara yang berbeza.
Ikhlas adalah rahsia Allah. Doa pula ialah suatu ibadah yang mampu untuk melawan musuh-musuh Allah samada Iblis, Syaitan, Jin atau manusia itu sendiri yang menjadi pengikut syaitan.

Kita perlu berdoa sebanyak mungkin yang kita mampu . Doa merupakan ibadah. Allah amat menyukai orang yang sentiasa berdoa padanya dalam keadaan penuh kesabaran.




” Berdoalah atau mohonlah kepada_Ku; pasti aku akan makbulkan”
(Surah Ghafir : 60).


Apabila doa dimakbulkan hajat akan tercapai dan musuh Allah dapat ditewaskan. Inilah kelebihan dan kekuatan yang Allah berikan kepada manusia.
Dari doa maka Allah tunjukkan ilham atau jalan untuk kita bertindak (ikhtiar) dan selepas itu kita disarankan pula bertawakal.


Membincangkan doa dan ikhlas adalah satu topik yang berbeza.. Doa adalah amalan yang dilakukan oleh para rasul ,nabi-nabi dan para solihin. Nabi Adam ketika diturunkan ke dunia terus menerus berdoa supaya Allah mengampunkan kesilapannya..Contoh-contoh doa banyak terdapat di dalam kandungan Al-Quraan dan hadis Rasullulah.
Doa menunjukkan sikap kehambaan kita pada Allah..Bahawa Allah bersikap istiqna ( Terkaya Allah dari tiap2 sesuatu)


Apa itu Ikhlas pula? Ikhlas itu adalah lawanya Isyrak (menyekutukan). Bererti hamba yang ikhlas itu imannya sesuatu yang murni tidak bercampur baur walau setitikpun!
Untuk memudahkan pemahaman makna ikhlas Allah telah membuat satu perbandingan yang amat cantik yang bermaksud:-


Ikhlas adalah rahsiaKU. Kita akan dapat jawapannya nanti samaada kita ikhlas atau tidak bila kita dipertemukan dengan Allah.
Namun begitu Allah amat penyayang dan pengasih. Melalui para Anbia dan rasul-rasul , dan akhir sekali daripada Nabi junjugan melalui Wahyu iaitu Al-Quraan dan juga Hadis Rasullulah maka jalan segalanya jelas pada kita.



Untuk ikhlas ditunjukkan. Kuncinya ialah jangan sesekali kita menyekutukan ibadah kita kepada yang lain melainkan ALLAH. Kunci ikhlas ialah pada kalimah LAILLAHAILLAH.
Sepanjang kehidupan kita pelbagai ujian yang kita terima susah dan senang. Ujian Allah adalah suatu proses penapisan supaya segala amal kita akan jadi seperti insan yg terbaik setiap sesuatu yang Allah berikan pada kita setiap satu ujian-Nya tersemat berjuta rahmat agar kita beringat kita di jadikan tidak sia-sia dengan setiap kesabaran yg kita tempuhi semoga menjadi seperti penapis makanlah pada sesuatu yang baik maka terimalah pada hasil yang baik jua nanti...
” Sesungguhnya bahawa dalam hal kehidupan binatang ternak itu bagi kamu semua menjadi suatu ibarat atau pelajaran. Kami (Allah) memberikan minuman kepada kamu semua dengan apa yang ada dari dalam perutnya di antara tahi dan darah didapatkan susu yang murni bersih ditelan oleh orang-orang yang meminumnya”(Surah An-Nahl : 66)

Susu adalah hasil. Ikhlas juga adalah hasil dari proses sifat ketaqwaan dan kepatuhan hamba Allah. ( KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH)
Jika direnung secara mendalam kita akan lebih memahami makna ikhlas. Sepertimana yang telah dinyatakan Allah pada kita tetapi terlalu sedikit yang mengambil pengajaran dari apa yg telah jelas terbentang.

~Terlalu Indah Kasih Sayang-Nya~


Seseorang itu kalau dia memperhambakan diri pada seseorang
Dia rasa senang, bahkan ada kalanya rasa bahagia
Kerana dia hambakan diri pada seseorang kerana hormat dan senang
Boleh jadi orang itu memberi kasih sayang
Timbul kasih dan sayang di dalam hatinya pula
Tapi kalau seseorang itu diperhamba kerana terpaksa
Jiwanya akan derita dan terseksa
Dia akan membuat kerja-kerja orang itu bukan dari hati
Tetapi keadaan memaksa
Mungkin padanya tidak ada jalan lain untuk hidup
Melainkan dengannya
Begitulah dengan Allah Taala, Tuhan manusia
Kalau dia menyembah Allah bukan dari pengenalan jiwanya
Terseksa beribadah
Hendak membuat kerja-kerja Tuhan macam terpaksa
Beribadah tanpa bahagia
 

Kerana itulah mengenal Tuhan itu wajib dan penting sekali
Hingga terasa Tuhan itu, kehendakNya, kuasaNya, ilmuNya, pendengarannya
Lebih-lebih lagi betapa kasih sayangNya
RahmatNya dan kurniaanNya, penjagaanNya, bijaksanaNya
JaminanNya kepada manusia
Diwaktu itu beribadah itu terasa rindu
Beribadah kepada Tuhan terasa lazatnya
Berkhidmat kepada Tuhan tidak terasa jemu
Bahkan boleh berkorban untukNya satu hiburan
Apabila kurang berkhidmat kepadaNya
Satu penyesalan
Oleh itu kenali Tuhan dengan sebaik-baiknya
Hingga terasa kasih sayangNya
Takut dan cinta kepadaNya
Barulah kita beribadah kepadaNya
Terasa lazatnya
 


Saturday, January 29, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Iman~



Iman tak dapat diwarisi..
Dari seorang ayah yang bertakwa..
Ia tak dapat dijual beli..
Ia tiada di tepian pantai..

Begitu bait-bait lagu yang didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid tanah air. Benar, iman itu adalah ibarat permata berharga, perlu dicari dan dijaga sepenuhnya. Malahan iman ini bukanlah suatu warisan yang diperturunkan zaman berzaman seperti adab yang diwariskan.
Mesejnya cukup mudah, jika ayah itu seorang yang beriman, belum tentu lagi anak-anaknya akan mewarisi apa yang dilakukan. Namun itu tidak mustahil berlaku jika si anak mendapat didikan yang betul dari ayah dan ibunya.

“Aku kesianlah dengan ayah dia. Ayah imam tapi anak perempuan main hoki tapi tak tutup aurat, pakai short waktu main. Sebaik kau tak teruskan main hoki sekarang ni,” ujar abang ana ketika kami berbual dalam perjalanan pulang dari solat terawih.
Jawapannya mudah. Iman tak dapat diwarisi..
Malahan iman itu tidak boleh dijual beli. Jika boleh diniagakan, merugilah pada yang kurang upaya. Justeru, Maha Pengasih serta Maha Adilnya Allah adalah dengan meletakkan syarat bahawa iman itu sesiapa boleh dapat. Tidak mengenal bangsa, kulit, kaya, miskin, rupa dan sebagainya. Namun jika sudah memperoleh, jangan pula dipersia!



ANAK ITU IBARAT KAIN PUTIH
"Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas dasar fithrah. Hanya saja, kedua ibu bapanya yang menjadikannya yahudi, nasrani, atau majusi" (hadits)

Lahirnya kita ke dunia dengan keadaan masih bersih tanpa dosa serta noda. Selepas itu segalanya bergantung pada corak didikan yang diberi oleh ibu bapa. Mahu mencorak anak menjadi orang yang beriman, dari awallah mulanya.

“Bagaimana pula jika didikan agama yang diterap oleh ibu dan ayah cukup hebat. Tetapi akhirnya anak itu menjadi murtad, ada kes sebegini berlaku di Malaysia. Malahan ada pula pelajar sekolah agama yang berzina hingga melahirkan anak luar nikah.Kemudian dibuang merata bayi tersebut. Apa silapnya?” aju seorang teman kepada ana.
“Ada silapnya. Dimana- mana sahaja. Mungkin ibu dan ayah sudah memberi didikan agama yang cukup hebat kepada si anak, tetapi apakah mereka hanya mengajar tetapi tidak mendidik? Pengaruh alam keliling, apakah sudah diajar kepada sang anak. Melatih anak untuk berfikir secara hak dan batil. Jika dikatakan memberi pendidikan agama yang cukup hebat itu dari segi anak sudah pandai menghafal 30 juzuk al-Quran, dihantar anak ke sekolah pondok dan sebagainya, diberi segala macam input agama, tetapi outputnya bagaimana pula?Adakah berhasil jika kita hanya mengajar tetapi tidak mendidik secara telus,benar dan ikhlas. Kadang-kadang yang berlaku juga adalah salah satu bentuk ujian Allah untuk ibu bapa.”
Anak itu anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk para ibu bapa. Didiklah mereka menjadi generasi yang mampu membawa kegemilangan Islam ke puncak kembali.




UJIAN DARI ALLAH
Sebagaimana iman itu tidak dapat diwarisi, begitu juga apa yang berlaku pada zaman nabi-nabi. Mari kita renung sebentar kisah mengenai Nabi Nuh, berdakwah hampir seribu tahun namun hanya sedikit yang beriman. Lalu diturunkan Allah bencana berupa banjir besar yang memusnahkan kaumnya yang ingkar dan salah satunya adalah anaknya sendiri.

(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”.

Anaknya menjawab: “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air”. Nabi Nuh berkata: “Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya”. Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
(surah Hud :ayat 42-43)

Makanya ini sudah menjadi petanda kepada kita untuk mengetahui bahawa iman itu bukan warisan.
Namun, itu adalah suatu bentuk ujian untuk hamba-hambanya yang beriman. Masyarakat yang memandang pula tidak harus menghukum sedemikian rupa.

“Eh, ustaz ni cakap serupa tak bikin. Dia dok berdakwah dekat kita, tengok anak-anaknya teruk juga.”

Nah, suara-suara sumbang sebegini yang sering berprasangka sudah menjadi satu penyakit dalam diri masyarakat dewasa kini.
Apa salahnya kita bersangka baik dengan berkata sebegini..
“Kasihan juga ustaz tu, sering berdakwah kepada masyarakat lain, namun anak-anaknya pula sedemikian. Mungkin dia sudah mendidik dengan yang terbaik dan ini adalah salah satu bentuk ujian untuknya.”

BERUBAHLAH MULAI SEKARANG
Tidak dinafikan, akhlak masyarakat mulai sekarang semakin buruk kerana masayrakat dulu juga. Jika kita tidak mengislahkan diri kita untuk menuju ke arah kebaikan, bagaimana kita untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik.
Jadi, marilah kita berubah untuk menghasilkan generasi soleh. Ibu bapa soleh, insyAllah akan akan berjaya mendidik anak-anak soleh dengan izinNya jua..

Ingat,tidak akan berubah nasib sesuatu kaum kalau bukan kita yang mengubahnya sendiri. Mahu anak soleh, isteri soleh atau suami soleh? Kitalah yang harus menjadi soleh dulu...







Friday, January 28, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.Tentu ada cinta secara Islam.Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral (suci) dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam, bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)
 
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.

Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.




Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?

Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit: adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati.

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina).Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya
Kami ingin mendapat redha Tuhan.Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tigasyarat:
i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.

Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat mu.
Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak ke mana!