Monday, April 30, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

"Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu."

Seorang  khafir  yang marah kepada seorang pemuda islam dan dengan segera mengancam pemuda  itu lalu berkata:

"Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu."

Si pemuda islam itu menjawab penuh ketenangan,

"Kamu  tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebahagaimana kamu tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."



Si khafir  tadi bertanya:

 "Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?"



Pemuda islam itu menjawab dengan penuh keyakinan:

 "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu kamu mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu kamu juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain."



Orang khafir  tadi bertanya dengan penuh kehairanan:

"Di manakah kebahagiaanmu?"

 Pemuda islam itu menjawab dengan penuh ketenangan dan keyakinan:

 "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah."

~Setulus Hati Mohd Rusdi Ramlee~

Wednesday, April 25, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Belajarlah Dari Alam Hakikat Keikhlasan Kerana Tuhan~

Kelapa tua. Semua orang pasti kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup seharian manusia. Namun begitu, kewujudannya langsung tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic sesebuah perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah nasib si kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.


Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam
tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Allahuakbar! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak diceritakan. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih lagi bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan bersemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih lagi bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis airnya menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab, Gulai ikan bawal.
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, Oh! Sedap gulai ni.
Oh! Sedap ikan bawal ni.

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk taabbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Tuesday, April 24, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Hapuslah Air Matamu~

ALLAH  menguji keikhlasan bila bersendirian ,

ALLAH  memberi kedewasaan bila ada masalah ,

ALLAH  melatih kesabaran dalam kesakitan ,

ALLAH  tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yang lebih baik ...



Wahai sahabatku...



Saat dirimu bersedih dan hanya mampu menangis , berbicaralah pada akalmu yang bersih , hatimu yang suci dan jiwamu yang jernih..



“JANGAN PUTUS ASA DAN JANGAN PULA KECEWA TETAPI OPTIMISLAH , SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTAKU , ALLAH AKAN MENOLONGKU , ALLAH YANG AKAN MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADAKU DAN ALLAH LAH YANG MEMELIHARA DAN MELINDUNGIKU”..




Cukuplah kemuliaanmu dengan menjadi seorang muslim/muslimah.

 Bukan emas yang akan mempercantikkanmu , melainkan yang mempercantikkanmu adalah akhlakmu yang hasanah dan kekayaanmu adalah etikamu.



Jika sahabatku telah melakukan ‘kekeliruan’ pada masa lalu jadikanlah hal itu sebagai pengajaran kemudian jangan ulang lagi sesudah mengambil pelajaran darinya.



 Perbaikilah dirimu maka ALLAH akan rIdha terhadapmu.

Kukuhkanlah tekadmu dalam menghindari maksiat maupun hanya maksiat kecil niscaya engkau akan memperoleh kemudahan.



Peliharalah hati dari menduakan ALLAH dan Rasul NYA.

Jagalah hubungan mu dengan ALLAH niscaya ALLAH akan menjagamu. Ingatlah! Air mata taubat adalah air yang paling suci , gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia hamparan bagi setiap kebaikan , beramallah untuk akhirat seiring dengan duniamu..



Insya ALLAH. . .


Friday, April 20, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Kembara Penuh Bermakna Istanbul Turki~

"Memasak Pun Boleh Jadi Tazkirah, Andai Celik mata Hati"

" Mohd Rusdi, malam ini kamu gorengkan ayam boleh tak?, Fatih bertanya.

Goreng cara Turki, atau cara Malaysia?
, saya bertanya dengan nada gurau.

Kalau cara Turki, baik saya sendiri sahaja yang melakukannya. Saya ini tidaklah sejahil yang kamu semua sangkakan, Fatih cuba mempertahankan kelemahan dirinya yang tidak mahir di dapur. Faruk dan Hasan turut ketawa.

Setiap kali saya berkunjung ke Istanbul, Fatih mesti akan meminta saya
menggorengkan ayam ala Malaysia. Sebenarnya, ayam goreng ala Malaysia
yang dia maksudkan itu hanyalah ayam yang digoreng dengan serbuk kunyit
serta secubit garam. Kalau orang Turki, ayamnya tidak digoreng begitu. Mereka lazim menggoreng ikan dan ayam dengan tepung gandum bercampur tepung beras dan sedikit serbuk lada putih.

Syukur Alhamdulillah, persahabatan saya dengan Fatih dan rakan-rakan
yang lain memberikan peluang kepada kami untuk belajar banyak perkara baru.
Seperkara tentang orang Turki yang menarik perhatian saya adalah sikap mereka yang cermat terhadap perkara-perkara yang kecil dan halus.
Kadang-kadang pada kita, hal seperti ini tidak mempunyai sebarang
signifikasi, tetapi bagi orang Turki, mereka cukup mengambil berat mengenainya.

Saya masih ingat, semasa yang bertandang ke rumah Mahmud Bilici, rakan
baik saya semenjak di Jordan. Beliau merupakan pelajar Turki yang disegani
oleh rakan-rakan Turki yang lain di Amman. Mungkin sifat rendah diri, keluasan
ilmu dan kefasihan Bahasa Arab yang dituturkannya, menjadikan beliau begitu
karismatik seawal hari pertama saya bertemu dengan Mahmud.

Saya bertandang ke rumah Mahmud yang terletak di Draman. Ia tidak jauh
dari Masjid Ismail AÄŸa Camii yang menjadi markaz Tarikat Naqsyabandiyyah di Istanbul. Malam itu sebelum kami melelapkan mata, saya meminta segelas
air masak untuk membasahkan tekak. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air yang diminta.

Saya kagum dengan ketelitian Mahmud. Kalau saya, mungkin cawan yang
sudah sedia bersih itu akan terus diisi dengan air masak. Tetapi Mahmud
membilasnya dengan air terlebih dahulu sebelum diisi dengan air masak.
Orang Turki memang pembersih.

Saya juga selalu melihat tong sampah di lokasi pembuangan sampah di
Istanbul diberus dan dibersihkan oleh pekerja Istanbul BÅŸehir
Belediyesi (Dewan Kota Metropolitan Istanbul) dengan berus dan air.
Wah,tong sampah pun mesti bersih dan kemas!

Kebersihan rumah kawan-kawan Turki juga sentiasa mengagumkan saya.
Walaupun ada di kalangan mereka yang merokok, rumah bujang perokok mereka juga masih bersih. Buku-buku tersusun rapi, pakaian elok terletak, malah bilik mandi dan tandas juga tidak pernah bercampur. Kebanyakan rumah di Istanbul,mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik air. Maka satu digunakan untuk mandi manda dan satu lagi dikhususkan untuk buang air. Bilik mandi pula lazimnya berkarpet dan saya belajar untuk mandi dan berwudhu tanpa
membasahkan karpet itu. Hmm, agaknya kalau ada orang Turki yang bergaduh laki bini,tidur dalam bilik air pun masih okay lagi.

Saya kira, kebersihan yang terbit dari iman, memang benar-benar dapat dirasakan di Turki.

Kalau di masjid, berhati-hati. Anda mungkin akan diminta keluar oleh orang
masjid sekiranya anda masuk ke masjid dengan stokin yang tidak molek.
Apabila anda keluar dari pintu masjid, junjung kedua-dua pasang kasut
anda ke atas kerana orang Turki tidak mahu kasut yang dijinjing menyentuh
pakaian orang lain.

Tidak lupa, di sesetengah masjid, seperti yang pernah saya lihat di Bursa,
akan dikhususkan masa sekitar jam 10 pagi untuk kaum ibu sahaja. Mereka
datang ke masjid untuk mengelap dinding, anjung tingkap, tiang dan perabot
masjid, agar sentiasa bersih dan kemas. Saya belajar bagaimana tuntutan
iman menjadi corak hidup, semasa saya di Turki.

Malah soal teliti mereka dengan perkara-perkara yang sering dipandang
ringan oleh sesetengah kita, mempunyai akar umbi yang panjang di era
Islam Othmaniyyah.

Sultan Suleyman al-Qanuni yang memerintah Khilafah Othmaniyyah dari
tahun 1520 - 1566 telah memberikan contoh yang sama. Semasa beliau
mengeluarkan belanja sendiri membina Masjid Suleymaniye di Istanbul, Sultan Suleyman telah mewajibkan semua pekerjanya bekerja membina masjid itu dalam keadaan berwudhu. Tentunya ia tidak ada dalam˜rukun membina masjid.
Tetapi ada sesuatu yang ingin dicapai oleh baginda. Sultan Suleyman akan memecat sesiapa yang diketahuinya tidak mematuhi syarat tersebut.

Apakah yang terhasil daripada ketelitian Sultan Suleyman terhadap
perkara-perkara kecil begitu? Jawapannya adalah BARAKAH.

Masjid Suleymaniye pernah ditutup di zaman Ataturk dan dijadikan
kandang kuda. Ia pernah dicemar hingga ke tahap itu. Tetapi hari ini, apabila
saya bersolat di Suleymaniye Camii, saya mendapat suatu rasa yang sukar
diungkapkan dengan kata. Tenang, tenteram, rasa mahu dan mahu menambah
ibadah, pelbagai perasaan yang positif itu mungkin datang dari sebuah masjid yang ada barakah. Masjid yang dibina dengan mengambil kira soal remeh-temeh yang hari ini tidak kita pedulikan.

Jauh benar bezanya masjid itu dengan masjid kita yang mimbarnya pun
kekadang dibina oleh tangan-tangan penyembah berhala!
Soal orang Turki yang teliti dengan perkara-perkara yang halus ini, mengingatkan juga saya kepada perbualan bersama Pakcik Mehmet, ayah
Fatih,semasa kami bercuti di Bolvadin.

Pakcik, saya ingin bertanya sesuatu tentang nama pakcik.
Bolehkah?, saya bertanya kepada Pakcik Mehmet, ayah Fatih.

Tentu sahaja, nak. Tanyalah. Kenapa pula dengan nama pakcik?,ayah Fatih
sedikit terkejut dengan permintaan saya.

Saya terfikir, orang Turki ramai yang bernama Mehmet seperti pakcik.
Saya kira Mehmet itu bermaksud Muhammad, kan?, saya bertanya.

Betul. Mehmet bermaksud Muhammad. Kenapa, Mohd Rusdi?, tanya Pakcik
Mehmet kepada saya.

Jika nabi kita, nama baginda disebut Muhammed. Hazreti Peygamber
Muhammed.Mengapa nama Rasulullah disebut Muhammad sedangkan nama pakcik disebut Mehmet?, saya cuba mencari penjelasan dari pakcik.

Oh, itu rupanya soalan kamu. Setahu pakciklah, nama Muhammad itu
kami khususkan hanya pada baginda Rasulullah SAW. Bukan apa. Kalau kami namakan anak-anak kami sebagai Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah, kata Pakcik Mehmet.
Tercemar macam mana tu?, saya kurang faham apa yang Pakcik Mehmet
maksudkan.



Bayangkan, kalau si Fatih ni pakcik namakan Muhammad. Tiba-tiba dia
mencuri buah epal jiran sebelah. Nanti apa kata orang kampung? Isy,
jahat sungguh Muhammad tu. Curi epal jiran! Hah, kan tak elok, perbuatan
mencuri dinisbahkan kepada nama semulia Muhammad, Pakcik Mehmet begitu bersemangat bercerita kepada saya.

Terlopong saya dibuatnya!

Begitu sekali mereka mengambil kira soal sekecil ini.


Ayam sudah siap terhidang.

Lama pula saya mengelamun. Pelbagai perkara yang mengimbau ingatan saya
sambil memasak di dapur. Kebetulan Fatih, dan rakan-rakan yang lain
sedang
sibuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester. Kehadiran saya sebagai sahabat ke Turki sekurang-kurangnya dapat membantu kawan-kawan
saya ini belajar dengan lebih baik. Biar soal makan minum, saya bantu
seadanya.

Fatih, Islam, Hasan, Faruk, Osman, marilah makan!!, saya menjerit
memanggil mereka yang khusyuk di meja membaca masing-masing.

Setiap kali makan, kami akan membentangkan dua keping surat khabar
lama.Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sisa makanan tidak jatuh ke
karpet.Akan tetapi, malam itu perhatian saya terpaut kepada tindak-tanduk
rakan saya ketika makan, terutamanya Islam. Setiap kali beliau mematahkan
roti, beliau akan melakukannya di atas mangkuk nasi. Seandainya masih ada
serbuk-serbuk dari kulit roti itu bertaburan di atas lapik, Islam akan mengumpulkannya untuk dimakan. Tidak ada langsung sisa makan yang
terbuang.

Yusof islam, saya suka tengok cara awak makan. Tidak ada yang tersisa langsung.
Berkat, berkat...!, saya memuji Islam.

Betul Mohd Rusdi. Ia soal keberkatan. Walaupun macam-macam yang kita
makan,kita tidak tahu pada bahagian mana makanan kita yang Allah pilih
sebagai asbab untuk-Nya menurunkan barakah, kata Islam.

Ya, apa yang Yusof islam katakan itu memang benar. Ia mengingatkan saya
kepada sepotong hadith Nabi SAW:

Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila sesiapa
dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya.Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya.Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah.”

Yusof islam telah mengingatkan saya kepada pelajaran yang amat berharga.
Pakcik Mehmet juga telah mengingatkan saya tentang ilmu yang berguna. Jangan pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang besar.

Itu di Turki.

Hal ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa semasa saya berjamu
makan di rumah Pak Anjang saya di Baker Street, London. Pagi itu, kebetulan
Pak Ngah sekeluarga datang dari Malaysia. Maka kami semua berkumpul di
rumah Pak Anjang. Rumah di Baker Street ini Pak Anjang belikan untuk anaknya, Ziad yang belajar di Westminster University, di seberang jalan.

Saya amat kagum semasa melihat Mak Anjang memasak di dapur. Lebihan
nasi malam tadi dikumpulkannya. Kemudian kerak nasi itu pula direndam di
dalam air panas dan kemudian ditos. Semua bahagian nasi yang berlebihan malam tadi, Mak Anjang gunakan untuk memasak nasi gorengnya. Tidak ada
bahagian makanan mana yang tersisa. Mungkin ini sebahagian daripada sikap Mak Anjang sekeluarga yang menjadi tangga mereka membina kehidupan yang berjaya.
Walaupun sudah bertaraf jutawan, Mak Anjang dan Pak Anjang sekeluarga
masih mengambil kira soal-soal kecil seperti kerak nasi di dapur.


Saya amat menghargai pelajaran itu.

Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda
kecil yang kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah
Allah menyentuh kehidupan kita dengan barakah.

Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah,
maka berhati-hati jugalah dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil. Ia
menjadi punca murka Allah. Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja
warga negara kita yang mati dibaham harimau. Namun, jumlah yang mati kerana gigitan seekor nyamuk, jauh berganda. Yang kecil jangan dipandang
remeh,yang besar yang disangka segala-galanya.

Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara
adab dalam iman. Murahkan senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil tapi berpanjangan. Mengubah ranting dari jalan agar
jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.

Jangan pandang kecil pada RM1 yang mahu didermakan kepada mustadh'aafeen di Palestin!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit
.

Friday, April 13, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Aku Belum Mati~

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.



Sementara itu anak-anak & isteri sedang berkumpul diruang tamu. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan satu tongkat ditangannya tiba-tiba sudah berdiri di depan mata ku.



Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba-tiba aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan-lahan dari dalam dadaku...... terus berjalan..... menuju kekerongkongku....

sakittttttttt........ sakitttttt  hanya Allah sahaja yang tahu......rasanya.



Tampa ku duga terasa  airmataku menitis kerana menahan rasa sakitnya,.... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas sesekali ku rasakan aku langsung tak bermaya untuk menyedut udara, aku terasa satu benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan ...

Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu keluar meninggalkan aku. Aku rasakan berdirinya seluruh bulu roma ku akibat terlalu Manahan sakitnya di saat itu. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan mata.



Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku hairan... isteri & anak-anak ku yang sejak dari tadi ada diruang tamu, tiba-tiba terkejut berlari ke sofa.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.......

Mengapa anak-anak & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit...bagai histeria .... terlebih isteriku seolah tak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia.............????????

Alangkah terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????



Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu tangan ku bagai kabus..... Aku cuba pula untuk merangkul anak-nak ku tapi tak Berjaya tubuh ku bagai angin mampu ku lihat namun tak mampu ku sentuh. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak..... tapi suara tiada... mereka seolah tak mendengarkan aku.Jiwa ku terlalu resah.... Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... .....aku telah mati......... Aku telah meninggalkan mereka .. aku menangis.... aku berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.



Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat...umur yang di pinjamkan oleh Allah telah pun tamat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga, agama manun kini semuanya telah terlambat aku terus menangis tampa henti-henti....



Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh kembali ke dunia nyata sesungguh aku amat sangat berharap dan berdoa padaMu Ya Allah. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia. Namun segalanya sudah terlambat untuk ku...tiada satu pun peluang pun untuk aku kembali kealam nyata setelah roh ku sudah di alam berzah...



Demi masa, Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Mari berlumba dalam kebaikan kita masih punyai peluang untuk berubah jadi teruskan berubah sebelum tiada lagi peluang untuk mengubah...



“Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka”…..


Tuesday, April 10, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Agar Engkau Menjadi Wanita Tercantik~

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sahabatku serta adik-adikku..

Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,
Wahai calon- calon istri sholehah kebanggaan Islam,

Wahai kaum hawa yang didadanya telah tertanam bunga bunga iman….
Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan… meneguk sejuknya untaian nasehat-nasehat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasehat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Qur’an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur…



~♥♥♥~

 Allah berfirman:

“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-Ahzab: 59).



Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: “Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak bisa mencium aromanya. Sesungguhnya aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)



“Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu, dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah lakunya orang-orang jahiliyah dahulu (tabarruj model jahiliyah).” (Qs. Al-Ahzab: 33)



Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mempunyai pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya. Maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (Qs. Al-Ahzab: 36)



“... dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya,” (Qs. An-Nuur: 31)



Saudariku…



Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang sholehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu indah, begitu berkilau dan menyejukkan setiap mata yang memandang…



Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut… Namun tentunya… tak sembarang orang berhak meraihnya... menghirup sarinya… hanya yang dia yang benar-benar terpilihlah… yang dapat memetiknya… meraih pesonanya…



Wanita muslimah adalah ibarat permata yang sangat berharga. Dan islam menyuruh memperlakukan wanita sepeti permata yang sangat berharga. Yaitu permata yang tidak boleh disentuh oleh siapapun selain pemiliknya. Seandainya permata-permata itu berpindah tangan, niscaya ia akan kehilangan nilainya.



♥♥ Saudariku...



Muslimah Sejati, adalah mereka yang pandangan matanya selalu menunduk dan mampu menundukan mata-mata lelaki yang mencoba menaklukannya.



♥♥ Saudariku...



Tidak semua wanita berjilbab itu sholehah, tapi wanita sholehah itu pasti berjilbab. Jika hidup ini pilihan pilihan, kenapa hanya sedikit wanita yang memilih untuk menjadi wanita sholehah yang hidupnya dikagumi dunia dan di nanti syurga? Jika Allah Ta’ala menjadikan Islam itu mudah. Bukan berarti hal Wajib boleh menjadi Sunnah. Dan jika, Berjilbab itu wajib. Bukan berarti wanita boleh sesuka hatinya pamer aurat dan mengatakan aku belum siap. Wajib tetap harus dilaksanakan dan dosa tetap ditulis. Dan ini Ketetapan Allah.



♥♥ Saudariku…



Tidaklah sama antara wanita mukminah dan wanita kafir. Wanita mukminah adalah perempuan yang beriman, dermawan, berpuasa, memakai hijab. Takut pada Tuhannya, ramah terhadap tetangganya, taat pada suaminya dan sayang pada anak-anaknya. Dia mendapatkan pahala yang besar, ketentraman, dan keridaan-Nya. Sedangkan perempuan kafir, suka memamerkan kecantikannya, jahiliyah, naïf, suka memamerkan pakaiannya bagai barang dagangan, komoditi murahan yang dijajakan di banyak tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa kehormatan, tanpa kemuliaan dan kehilangan keserian.



♥♥ Wahai Saudariku... Agar engkau menjadi wanita terelok di dunia



Engkau dengan segala yang engkau miliki lebih baik dari jutaan wanita lain. Dengan Kecantikanmu, engkau lebih elok daripada matahari. Dengan akhlakmu, engkau lebih wangi daripada harum minyak kesturi. Dengan rendah hatimu, engkau lebih tinggi daripada rembulan. Dan dengan kelembutanmu, engkau lebih halus daripada rintik hujan. Maka jagalah kecantikanmu dengan keimanan, kerelaanmu dengan puas diri, dan harga dirimu dengan jilbab. Hingga engkau menjadi wanita terelok di dunia.



Ketahuilah bahwa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu ditengah hari yang panas kerana puasa, dermamu yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat dan sujudmu dikeheningan malam. Emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu. Pakailah pakaian takwa, niscaya engkau akan menjadi wanita tercantik didunia.



♥♥ Saudariku... Jadilah engkau seperti kupu-kupu



Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga lain, dari satu taman ke taman lain. Lihatlah… dia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar, tapi dalam hidupnya yang begitu singkat dia telah menebarkan keindahan dan membuat orang yang melihatnya senang. Atau jadilah engkau seperti lebah yang selalu makan sesuatu yang baik dan menghasilkan yang baik pula, jika ia hinggap diatas tangkai tidak mematahkan, menyentuh nektar tapi tidak merosaknya, mengeluarkan madu, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Itulah ibarat wanita yang lembut, perempuan sejati, yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat, tidak ada yang tersakiti orang lain melalui perbuatan maupun lisannya.



♥♥ Saudariku...



Semoga engkau menjadi permata yang berkilauan. Yang tidak mudah disentuh kecuali oleh yang berhak. Yang menyadari kemuliannya. Yang menundukkan pandangannya, memelihara auratnya. Yang teguh menjaga kehormatan dan kesuciannya.



♥♥ Saudariku… Kerana...



Ibnul Qayyim dalam bukunya ‘Taman orang-orang jatuh cinta & memendam rindu’ menulis bahwa “Allah menjadikan penyebab kesenangan adalah keberadaan istri.” Andaikata penyebab tumbuhnya cinta adalah rupa yang elok, tentunya (wanita) yang tidak memiliki keelokan tidak akan dianggap baik sama sekali. Kadangkala kita mendapatkan orang yang lebih elok rupanya memilih pasangan yang lebih buruk rupanya, padahal dia juga mengakui nilai keelokan (wanita) yang lain. Meski begitu, tidak ada keburukan apa-apa dalam hatinya. Kerana kejernihan akhlaq merupakan sesuatu yang paling disukai manusia, dengan begitu kita tahu bahwa inilah yang paling penting dari segalanya. Memang boleh saja cinta tubuh kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi cinta itu akan cepat lenyap, dengan lenyapnya sebab.’



Kalau bahasa ringkasnya, ‘kecantikan wajah terletak di hati seseorang. Jauh lebih penting dari kecantikan wajah adalah kesejukan wajah Anda ketika suami memandang.’



Dalam sebuah hadits Rasullullah mengatakan... nikahilah seorang wanita kerana agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang sholehah meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama.”



Wanita yang (akhlaknya) buruk adalah untuk laki-laki yang (akhlaknya) buruk, dan laki-laki yang (akhlaknya) buruk untuk wanita yang (akhlaknya) buruk pula. Wanita yang baik-baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik-baik untuk wanita yang baik-baik pula. (Qs. An-Nur: 26).



Wahai saudariku muslimah, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu bata, ia adalah pembangun generasi manusia. Maka jika kaum wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rusak, maka akan rosak pulalah generasi tersebut.



Maka, engkaulah wahai saudariku… engkaulah pemikul amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah yang sejati, wanita yang senantiasa menjaga kehormatannya. Yang menjunjung tinggi hak Rabb-nya. Yang setia menjalankan sunnah Rasul-Nya.



♥♥ Saudariku… Wanita sholehah adalah Bidadari Dunia



Allah telah dengan begitu Indahnya mengibaratkan, bahwa salah satu ciri bidadari adalah tidak pernah disentuh, kesuciannya terjaga dan sopan. Wanita sholehah bukan hanya mereka yang berwajah cantik namun juga wanita yang kecantikannya terpancar dari aura hatinya, matanya terjaga dari hal-hal yang diharamkan syari’at, pandangannya menyejukan mata sang suami, tidak pernah membantah suami yang menuntunnya menapaki jejak-jejak Assunnah dan patuh terhadap Al-Qur’an. Menjadi penyuntik semangat dikala suami kalah dan lelah. Berdiri tegak mendampingi suami dalam masa masa sulit, berada disisinya disetiap suasana. Menjadi penghibur dikala gelisah, dan menjadi alarm dikala lelapnya fajar membuai, mengingatkan suami tercinta dengan percikan air wudhu di wajahnya. Sungguh Kebahagiaan Memiliki wanita sholehah,,, hingga manusia menggambarkannya sebagai bidadari.



Wallahua’lam bishshawwab.


Friday, April 6, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

“Aku meminangmu kerana agamamu…”

Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu.

Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita.”

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

Inilah janji Allah : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang kuat.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna kerana engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami mencari yang lain. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering

Cinta tidak akan abadi jika diantara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian

dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..


Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…


Thursday, April 5, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

"Jangan engkau kahwini wanita Ananah,Mananah,Hananah,Hadaqah,Basaqah dan Syadaqah."


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita
Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita
Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita
Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita
Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita
Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita
Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Wednesday, April 4, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

"dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta" ~Istikharah Cinta~

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.

Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,

''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''

Astaghfirullah.

Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'

Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.

Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.

Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.



Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.

Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia.


“Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.”

“Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?”


Tuesday, April 3, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

"Insan Yang Di Cintai Allah"

Insan yang di cintai Allah ialah...

Yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu pengetahuan
Yang sentiasa mencari kebaikan dan pahala untuk akhirat
Yang solatnya maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah

Insan yang di cintai Allah ialah…

Yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Insan yang di cintai Allah ialah…

Insan yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya
Yang akan mendidik isteri/suami dan anak-anak mendalami islam

Yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Insan yang di cintai Allah ialah…

Yang sentiasa bersedia untuk menjadi insane yang penuh bertaqwa
Yang hidup dibawah naungan Al Quran dan mencontohi sahabiyyat…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja yang sia-sia
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


Insan yang dicintai Allah ialah…

Dia tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca sirah serta kalam Allah
Suaranya lesu kerana penat menghafal serta mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan yang menenangkan
Bangunnya subuh penuh kecergasan serta keazaman
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Insan yang di cintai Allah ialah…..

Dia sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat semata
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Insan yang di cintai Allah ialah..

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa keluarga dan sahabatnya bersama
Dialah Insan yang di pimpin oleh Allah agar dia lebih dekat dengan-Nya…..