Monday, May 30, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

BICARA HATI




Hati ku berbicara,
Pada perasaan yang sering bergolak,
Setiap saat,
Hati ku berkata kata,
Ada kosong di dalamnya,
Kosong yang dahulu terisi,
Kini kosong kembali,
Dulunya hati ini penuh cinta dan senyum,
Namun kini senyum ku sembunyi luka......


~Permata Yang Dicari~


Sedingin salju,
Rasanya hati ku,
Tiada hangat,
Diri ku terasa......


Dalamlah lemah,
Jasad ku membawa,
Adakah sinar akan menjelma.......



Sunday, May 29, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

KEPADA ADAM YANG BERGELAR SUAMI

 
Wahai adam,
Apabila engkau mengahwini hawa maka ketahuilah kau sedang menjaga amanah ALLAH, sebagai suami ,apakah yang patut kau lakukan untuk keluarga mu, adakah kau jaga batasan aurat isteri mu semasa keluar dari rumah mu, apa yang kau berikan pada isteri dan anak anak mu, adakah hanya harta dan kasih sayang, tidakkah kau membimbing mereka dalam agama, mahupun mengajar mereka tentang islam dan larangannya.


~Cinta Bukan Sekadar Ucapan..Cinta Bukan Sekadar Pemberian~




Cinta bukan sekedar ucapan, cinta bukan sekedar pemberian. Tapi cinta memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Bila cinta sudah bersemi, maka apapun yang akan kita lakukan untuknya menjadi ringan, kadang tak perlu menunggu balasan darinya.
Ketika ucapan terima kasih keluar dari mulutnya, membuat hati kita berbunga-bunga, dan bertambah cinta kita padanya. Itulah cinta yang kadang membuat manusia menjadi gila karenanya, tak bisa menahan gejolak cinta, maka bunuh diri temannya, karena cinta kita di tolak mentah-mentah. Nauzubillahi min zalik.
Dari mata turun ke hati, begitulah seseorang yang sedang jatuh cinta berpuisi. Maka ada perintah dari Allah SWT, untuk selalu menundukkan pandangan.

Dalam QS. Annur ayat 30-31 :
Allah menyuruh laki-laki dan perempuan yang beriman untuk menahan pandangannya.


Saturday, May 28, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Pelita Hatiku Pelita Cintaku~


Suatu ketika aku berjalan membawa pelita
sekian lama kubawa, namun ia tanpa cahaya
yang ada hanya minyak dan sumbunya
lalu apabila gelap hitam malam semakin menggila
aku jadi nanar, meraba dalam kegelapan
tersungkur, terguling berkali-kali....



Siapakah Mueeza?? Rasulullah Sayang Padanya...


Diceritakan pada suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Di suatu saat, semasa baginda hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang tidur diatas jubahnya. Untuk tidak mengganggu haiwan kesayangannya itu, baginda pun menolak perlahan-lahan tangan Mueeza dari jubahnya. Ketika baginda kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada baginda. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengulas secara lembut ke badan Mueeza.


~Nukilan Hati~


 Hati semalam
adalah
Hati yang mencintai
Hati yang menyayangi
Hati yang merindui.....


~Kisah Arak Menjadi Madu~


Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.


Thursday, May 26, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Wahai Hati Yang Sedang Merindu~



Wahai hati yang sedang merindui.....

Kadang kala apa yang kita ingin kan
tak sama dengan apa yang kita harapkan,
Adakalanya apa yang kita harapkan,
tak akan sama dengan apa yang kita impikan...

 
Ini kerana impian hanyalah suatu ilusi,
harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita kecapi,
sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.

Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,
bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,
memberi kita kekuatan dan makna dalam sesebuah perhubungan...
 
 
Wahai Hatiku ,
bermohonlah engkau kepada yang satu....
 
Ya Allah,
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
dan Jika dia bukan miliku
Damaikanlah hatiku dengan Ketentuan-Mu...



~Duhai Ayah Dan Ibu~


Luluh hatiku yang sayu mengenang
Menatap wajahmu tenang
Dalam lena yang panjang
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku
Jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh penjuru dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Kalau engkau kawan


Kalau engkau kawan,
Utamakan kawan lebih dahulu daripada dirimu,
Bantulah dia di waktu dia kesusahan,
Setidak-tidaknya tunjukkan simpati,
Serta lahirkan rasa sedih di waktu kesedihannya,
Bantulah lebih dahulu sebelum dia meminta,
Tanda kita peka dengan kehidupan mereka,
Bahkan keluarga mereka juga kenalah jaga,
Ambillah berat tentang kehidupan mereka,
Bagai mana makan minumnya,
tempat tinggalnya,rumahnya,
sakit pening dan kesusahannya,
Begitulah sifat atau watak,
Kawan terhadap kawan.

Menghormati bapa




Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” Riwayat Muslim


 Huraian
1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. 

2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. 

3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

Kunci-Kunci Kejayaan


Kunci KEMULIAAN adalah TAAT kepada ALLAH dan RASULNYA.

Kunci REZEKI adalah BERUSAHA disertai dengan ISTIGFAR dan KETAQWAAN.

Kunci SYURGA adalah MENTAUHIDKAN ALLAH S.W.T.

Kunci IMAN adalah BERTADABBUR DENGAN AYAT-AYAT ALLAH dan SEGALA CIPTAANNYA.

Kunci KEBAIKAN adalah KEJUJURAN.

Kunci KEHIDUPAN HATI adalah MEMBACA AL-QURAN, BERDOA PADA MALAM HARI dan MENINGGALKAN MAKSIAT.

Kunci ILMU PENGETAHUAN adalah BERTANYA dan MENYEMAK dengan BAIK.

Kunci PERTOLONGAN dan KEMENANGAN adalah SABAR.

Kunci KEBAHAGIAAN adalah TAQWA.

Kunci agar BERTAMBAHNYA NIKMAT adalah BERSYUKUR.

Kunci RINDU AKAN AKHIRAT adalah ZUHUD DI DUNIA.

Kunci agar PERMINTAAN DIKABULKAN adalah BERDOA.


Petikan : 130tips Menjadi Wanita Yang Paling Bahagia Didunia
Penulis : Dr Aidh Al-Qarni



10 solat yang ditolak


Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." 

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wednesday, May 25, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Kenangan Sejarah Silam~




   Bila kau ada...

aku akui adanya aku

aku sedari hadirnya kau

menjaga hatiku

Buat aku rasa..
aku ada

Kerna..
adanya aku dalam hidupmu....

Untuk menyayangimu

untuk mencintai kamu

bukan untuk menyakiti

Kerna
Itu tandanya aku sayang kamu...

 


Sukar untuk aku bicarakan

sehingga hadirnya kamu

dan adanya kamu dalam hidup kamu

aku sedia menyayangi



 Kerna
Kini adanya sayang dalam hatiku..
Kerna adanya kamu dalam hati ku

Cerianya aku kerana aku tahu 

Di taman cinta itu
ada aku dan kamu...


Andai satu ketika

Aku rasa cuma ada aku yang menyayangi

Andai satu ketika

Aku sedar cuma ada aku sendiri yang mengingati

Andai satu ketika 

Aku sedar cuma aku yg mencintai

Aku akan berlalu pergi...

 Tinggal kan taman cinta itu

Berlalu aku dengan kesepian

Bersama ketakutan yang aku rasa kan dulu

Dan berjanji untuk tidak akan mencintai

Adapun hadirnya cinta itu

Bersama dingin hati ku

Dan gelap..hitam
Kenangan sejarah silam.......

 

Tuesday, May 24, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Kisah 5 Perkara Aneh~


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,


"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."



~Sahabat~


 Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi

Aku lemah mengharungi ranjau dunia


Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini
Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia



Monday, May 23, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Rahmat-Mu menyambut ku~

Cinta-Nya tak pernah gagal
Untuk hadir dikala ku sepi
Dikala ku sedih...

Sebelum ku sempat tangis
Jatuh ke bumi
Rahmat-Mu menyambut ku

Hikmah hidayah-Mu rupanya
Pintu kemenangan 
Bagiku untuk pulang 
Melalui jalan sehala

Janjiku kesungguhan yang pasti
Untuk sentiasa berada
Di atas jalan itu
Ujian itu ibarat sebuah pintu.
Kuncinya umpama hidayah, berkat kesabaran dalam mencarinya.
Aku telah berjaya membuka pintu itu.
Aku telah mendapat apa yang aku perlukan.
Aku, kini tahu apa yang aku tak tahu sebelum ini.
Pintu itu membawa aku masuk ke suatu tempat, di mana aku mula belajar mengenali-Mu.
Aku tidak sejahil dahulu lagi, namun masih banyak yang aku tak tahu.
Terima kasih, Ya Allah kerana menunjukkan jalan itu. "

Ujian memberi kekuatan.
Semakin besar dan kuat ia, semakin tinggi kesabaran yang perlu dipupuk.
Yakinlah dengan janji-Nya.
Allah sentiasa menyanyangi kita.
Jangan menyalahkan dan mempersoalkan ketentuan-Nya terhadap kita.
Memang manusia digalakkan untuk berfikir akan hikmahnya.
Tapi jangan terlalu banyak berfikir  kerana banyak berfikir boleh menjadikan kita lemah, tidak percaya akan janji-Nya sekiranya hikmah itu belum dapat digapai.
Berfikirlah untuk mencari jalan penyelesaian.
Bukan berfikir tentang apa yang akan Dia akan berikan kepada kita.
Takut-takut, kita akan berasa kecewa.

USAHA, DOA, DAN TAWAKAL....

Itulah kekuatan kita, sebagai hamba-Nya...

Wallahu'alam....

~Semanis Kata Terserlah Pada Wajah~


Mengenai  manis  tutur  kata  merupakan  satu  perkara  yang  tidak  kurang pentingnya, kalaupun  tidak  lebih  penting  dari  yang  lain. Perkataan  para  pendakwah merupakan  alat  penghubung  antaranya  dengan  orang  ramai,  ia juga  merupakan  alat  untuk  menyampaikan  sesuatu  maksud  dan  fikrah, oleh  itu  kiranya  para  pendakwah  dapat  memelihara  lidahnya,
menguasai  percakapannya, berupaya  untuk  memilih  perkataan-perkataan  yang  baik-baik  dan  susunan  kata  yang  indah,  bererti  beliau  telah  mampu  menarik  hati  orang ramai  dan  sekaligus  beliau  berjaya menyelam  masuk  ke  dalam  hati  dan  diri  mereka.

Tetapi sebaliknya jika beliau tidak mampu berbuat demikian, malah tidak mengambil endah terhadap apa yang keluar dan celah kedua bibirnya, bererti beliau telah membina sendiri benteng yang memisahkannya dengan orang ramai, benteng yang tidak mudah untuk ditembusi, malah dengan itu menjadikannya dicela, dibenci, dijauhi dan tidak dimesrai oleh orang ramai.

Di antara firman Allah yang berhubung dengan permasalahan ini ialah firman-firman Allah berikut:

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."
[Al-Isra':53]

"Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia."
[Al-Baqarah: 83]

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."
[Al-Baqarah: 263]

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar."
[Al-Ahzab: 70]

"Dan mereka diberi pertunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjukki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji."
[Al-Hajj: 24]

"Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik."
[An-Nahl: 125]

"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut."
[Thaha: 44]


Saturday, May 21, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Warna Warna Hati~





Renungan malam yang panjang...
saat itu tanpa bintang, angin dingin, terasa sesuatu membasahi pipi…
aku seakan tersambar kilatan petir di jiwa yang tak pernah ku tahu asalnya
coba berfikir positif namun tetap tak berubah gundahnya…
emosi, kekecewaan, kepedihan, dan kesedihan itu…
seolah tak lagi terbendung
semua berawal penuh indah di mata…
namun tak dijalani dengan sepenuhnya di jiwa…
sungguh misteri semua ini bagiku…
apa yang sebenarnya yang tidak ku tahu, dan apa yang sebenarnya tidak ku mengerti?
hanya Allah yang mampu melukiskan warna di hati ini
ingin berteriak rasanya…
tapi suara itu, bukan untuk itu,
ada saatnya nanti.
tapi, aku sungguh kecewa, dengan diri ku dan diri mu
memang bagai tak bisa di tempuh rasanya
aku paksakan hidup ini, hidup ini ada yang punya.
tentu siapa yang hidup maka dialah yang memilikinya.

suara itu…
suara apakah itu???
seperti jeritan, tapi aku tak mendengarnya melalui telinga
tapi aku merasakannya… suara itu..
mungkinkah?
jeritan hati ku?
kepedihan itu…
sudah mengakibatkan penderitaan bagi yang hidup,
mungkin aku yang lupa..
siapa aku?
apa yang terpenting dari hidupku?
saat ini? atau nanti?
dia memang bidadari
dan aku…
aku hanya…
hanya manusia…
manusia yang paling biasa...

terlalu bodoh jika aku mencoba untuk berfikir…
berfikir kau pernah cuma sedetik saja untuk memikirkan…
untuk diriku manusia yang paling biasa ini…
sedangkan ada di sekeliling ku yang lebih menghargai diri ini
yang lebih kasih dan sayangNya
sedangkan daku terkadang terlalu banyak melupakanNya...





~Hijab Cinta Mu~



Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu.
Bukan dan tidak sama sekali.


Friday, May 20, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Semurni Cinta Di Penghujung Nyawa~

Dia memang nampak sempurna dari semua segi. Dikurniakan wajah yang jelita, otak yang cerdas dan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sesiapa saja akan mencemburui nasib Azalea. Tutur kata yang lemah lembut dan tingkah laku yang sopan amat disenangi setiap orang. Azalea memang disenangi, ramah dan tidak sombong dengan kelebihan yang diamiliki.

Gadis itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak, biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus hidup.


Thursday, May 19, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Kami kawan je bukan ada apa2...





kami kawan je, bukan ada apa-apa... ya kah? Anda kah yang menentukannya?


Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.

Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:

“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke? m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”
Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang dia tanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.
Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.
Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.
ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.
Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tuesday, May 17, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Kisah Rasullullah & Limau~


 "Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.


Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
"Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.

" Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.
Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Begitu mulianya akhlak Rasulullah layaklah baginda menjadi kekasih Allah,
begitu luas kekuasaan Allah pada kita dan kasih sayang Rasulullah terhadap kita,cuma terkadang kita yang leka terhadap semua itu,
lihatlah tercatat kalimah "ALLAH" pada belahan limau..
Maha suci Allah Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam.


~Cebisan Kenangan~



Cebisan Kenangan



Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi... 


...BETAPA INDAHNYA PERSAHABATAN BERSULAMKAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH

SYUKRAN JAZILLAN  YA ALLAH DI ATAS KEIZINAN KAU BERIKAN SEHINGGA TERJALINNYA PERSAHABATAN INI

Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Lihatlah! Betapa indahnya Islam ini tentang persaudaraan. 

SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH...