Sunday, May 29, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

KEPADA ADAM YANG BERGELAR SUAMI

 
Wahai adam,
Apabila engkau mengahwini hawa maka ketahuilah kau sedang menjaga amanah ALLAH, sebagai suami ,apakah yang patut kau lakukan untuk keluarga mu, adakah kau jaga batasan aurat isteri mu semasa keluar dari rumah mu, apa yang kau berikan pada isteri dan anak anak mu, adakah hanya harta dan kasih sayang, tidakkah kau membimbing mereka dalam agama, mahupun mengajar mereka tentang islam dan larangannya.



Wahai adam ,
Kau selalu leka mencari kemewahan dan kesempurnaan untuk hidup mu dan kesejahteraan keluarga mu, tanpa kau sedari yang kau terlepas pandang akan DIA.

Dan bagi kau adam ,ideologi barat dan duniawi amat sempurna, kau menunjukkan kecantikan isteri mu pada para sahabat mu, padahal ia salah, sedarkah kau,aurat isteri mu hanya boleh diperlihat kepada kamu dan keluarga mu namun masih ada batasnya.

Wahai adam,
Harta mu melimpah ruah bagai tak habis di makan,rumah mu cukup besar,dan dihiasi kereta mewah dan kolam renang, isteri mu dihiasi intan berlian dan emas, nama mu menjadi hangat di persada dunia, namun adakah nama mu begitu hebat di pandangan ALLAH, mahupun berada di tempat terbawah di pandanganNYA.

Tahukah kamu adam, yang kamu telah jauh dari haluan mu yang sebenar, dan hidup mu bukan lagi cara islam tapi cara kamu sendiri,


Sedarlah.... Wahai adam,
kau masih belum terlambat, seimbangkan kebali duniawi dan akhirat mu, perbaikilah diri mu untuk ALLAH dan keluarga mu, perbaikkan amalan mu,buanglah amalan buruk mu yang penuh dosa itu dan pulihkan iman mu.

Sesungguhnya ALLAH mengampuni hamba hambanya yang memohon keampunan kepadaNYA setulus hati.

Bimbinglah isteri dan anak mu dengan cara yang sepatutnya, dan pimpin mereka kejalan ALLAH,semoga diri mu dirahmati ALLAH.

Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

MyZone~theUn4given said...

sekalung doa buat suami2 yang masih lg tercari cari jln mnuju redhaNya..

Post a Comment