Friday, September 23, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Jiwa-jiwa kental dijalan Allah~

**Orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu.
jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt..
seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..


**biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlau penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..


NAMUN...
ALLAH SWT
kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
sujudnya dengan penuh air mata..


**Dia seorang perwira...
pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...
kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...
ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

**biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...
seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...


**menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

**YA ALLAH...

KUATKAN AKU DAN SAHABAT-SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADA KAMI

AMPUNILAH JUA DOSA-DOSA KAMI...





Thursday, September 22, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Syurga Itu Dekat Di Hati Kita

“Dapatkah Imah masuk syurga abang?” Itu pertanyaan yang terkeluar dari mulut Fatimah yang inai masih merah di jari namun dia terlantar mengidapi barah sejak tiga tahun lalu.
“Yakinlah wahai sayangku...kita berpeluang masuk ke syurga yang sudah dijanjikan olehNya, asalkan kita beriman, bertakwa kepada Allah dan menurut segala apa yang di perentahkan olehNya.”
“Beriman dan bertakwa? Imah bukanlah isteri yang.......”Dengan pantas jari  telunjuk Aziz menutup bibir lembut Fatimah sambil mata tepat memandang wajah isterinya yang pucat, terlantar kesakitan yang dirasakan bagai  saat menunggu ajal.
“Kita sudah Islam. Yang tinggal hanya untuk mengilap keislaman itu hingga menerbitkan iman dan takwa.” Aziz perlahan-lahan  mencium ubun-ubun isterinya yang tersayang.
“Bagaimana?” Tanya Fatimah sambil menggengam erat tangan Aziz suami yang dicintainya.
“Senang saja wahai sayangku, cintailah agama, ikuti apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, sunah sebagai amalan. Pesan Nabi, syurga itu tak jauh. Syurga itu ada dekat saja dengan dirimu. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meraih syurga itu.”
Sudah 5 tahun berlalu, itulah kuasa Allah yang menentukan segalanya, Fatimah dan Aziz hidup bahagia seperti insan lain didunia. Indahnya Islam mencorakkan kehidupan yang selama ini pudar, dapat bersinar kembali apabila segalanya kita berserah diri pada Allah, setelah segala usaha kita lakukan jalan terakhir adalah bertawakal, tanamkan dalam diri kekuatan IMAN dan TAKWA harus ada pada diri setiap insan yang beragama ISLAM dalam hati kita.

Tuesday, September 20, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Wahai Anak Permata Cintaku~



Wahai Anak Belahan Jiwaku
Kau cantik pada pandangan,
Lahirmu menjadi permata,
Belahan jiwa ayah bonda.

Wahai Permata Hatiku
Tika kau memandang dunia yang indah,
Kau hiburkan jiwa dan raga,
Hingga hampir ternoda.

Wahai Penyejuk Mataku
Berhiburlah seadanya,
Kerana dunia persinggahan cuma,
Perlabuhan sementara buat perantau,
Yang duduk melepaskan lelah,
Menyedia bekal, menyemai benih,
Kemudian berlepas pergi,
Ke alam abadi persinggahan abadi.

Wahai Anak Permata Cintaku
Duniamu indah,
Namun usahkau terpedaya jauh,
Lalu membiarkan dirimu,
Menjadi habuan bermaharajalelanya nafsu,
Pergunakanlah akal dan hati untuk berfikir,
Mata dan telinga untuk berwaspada,
Kutiplah sebanyak-banyak bekalan amal,
Untuk persinggahan abadi,
Persinggahan yang  maha indah, maha segala,
Itulah syurga-NYA.


Sunday, September 18, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~KISAH SEKEPING HATI~


Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu kurang sempurna dengan bekas-bekas luka dan air mata," katanya lagi.

"Ya, memang benar" jawap si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami hanya kerana Ilahi. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.


HATI YANG PALING INDAH
Saya menangis. Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran ‘mencintai’ yang dimaksudkan oleh junjungan mulia, Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia bermaksud, memberi sepenuh hati. 100%. Yang terbaik!

Sebagaimana kita menginginkan yang terbaik buat diri sendiri, begitulah juga sewajarnya yang kita lakukan/berikan kepada orang di sekitar.

Tetapi, dengan satu ingatan. Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% , terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana bila pemberian mengharap balasan, maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.

Justeru itu, tidak hairan mengapa Rasulullah SAW diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai semulia-mulia insan. Setelah sekian banyak hinaan, cacian dan penderitaan yang dialami, baginda tetap tampil menyebar salam beserta senyuman.

Tujahan batu-batu, diganti dengan kalungan doa, lemparan najis, diganti dengan untaian budi.

Firman ALLAH SWT :
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” ( Surah al Qalam ayat 4 )







~Hati Suci~

Mari bersama kita usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.


Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya dan hari kemudian.
Yakinlah:


ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.

Tuesday, September 13, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Ikatan Kasih Sayang~

Ikatan kasih sayang kita diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama..:) walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…

Saya tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan saya berasa sempurna apabila mengenalinya..Syukur Alhamdulillah Dia menyempurnakan dan menyerikan hari-hari yang dilalui..Moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta Ilahi…ameen..insyaAllah ~

"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"
(Saiyidina Umar Al Khattab)

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia....

Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..

Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.

Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,
rahsia sebuah keikhlasan,
rahsia sabar yang indah,
rahsia ketaqwaan,
rahsia menyalakan zikir,
rahsia sebuah kesyukuran,
rahsia redhanya pada takdirMu,
rahsia senyuman yang menggembirakan…
Ya Allah, tabahkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..







Monday, September 5, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Sahabatku~

Ingatlah sahabat…Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…Dikau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tidak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Dikau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari ALLAH.

Sahabatku…Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tidak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.








~Berfikir Untuk Kebaikan~

Berfikir untuk kebaikan maka kebaikanlah yang akan mendampingi kita….
Senang diumpamkan…tubuh badan kita adalah sebuah negara. kaki, tangan dan anggota badan adalah negeri yang di bawah satu negara. Kalau kita menjadi pemerintah yang bijak dan adil, maka selamat dan amanlah tiap negeri. Pemerintah umpama hati kita. hati umpama raja. Bila hati kita baik dan sentiasa berniat baik, maka segala anggota kan mengarah kepada kebaikan dan begitulah sebaliknya.
Dan hati yang sentiasa diimbangi dengan akal fikiran yang sihat, itulah combination yang bakal melahirkan generasi cemerlang. Generasi yang bakal memacu dan memimpin negara ke satu hala tuju yang sebenar tanpa meninggalkan Al-Quran di belakang kerana tiap perkara yang dilakukan adalah berdasarkan pemikiran dan pemikirannya seiring dengan ajaran dan terkandung dalam kitabNya
Bila kita fikirkan tentang alam ciptaan ini, banyak yang dapat membuatkan kita mengungkapkan Masya Allah, betapa hebatnya kuasaMu Tuhan. Lebih senang kita lihat pada kejadian siang dan malam. Begitu indah dan mengikut peraturan. Apa akan jadi jika kita hanya ada siang sahaja sehingga kiamat? Apa kesudahannya jika malam terrus menyelimuti sehingga hari pembalasan? Semua itu ada sebabnya jika kita fikirkan. Allah tak jadikan sesuatu sia-sia. Segalanya bersebab.
Bila kita dah merasai nikmat berfikir, kita akan rasa keindahan tiap satu ciptaanNya.



LAMPU MERAH

Image DetailDalam akta lalulintas polis. Lampu merah – adalah untuk mengawal kesesakan lalulintas. Sebab tu, sepupu  saya masuk mahkamah menang. Dia buat ketegaq tak bayaq saman sampai kena pi mahkamah. Bila masuk mahkamah dia tanya pegawai yang saman dia apa fungsi lampu-lampu tuu, ikut warna. Pegawai polis tuu, dengan yakin menjawab ikut akta polis (lalulintas). Kemudian dia jawab kepada yang ariff bahawa dia faham peraturan tulah dia jalan walaupun lampu merah. Sebab dia kata dia dah pastikan jalan tidak sesak dan dia selamat sebab jam 2.30 pagi kereta tak banyak. Akhirnya dia katakan kat Hakim yang peraturan tuu, dah tidak berfungsi lagi sebab jalan tak sesak. Peranan lampu merah tuu, dah tak boleh pakai lagi. Akhirnya keputusan hakim dia tidak bersalah sebab jalan tidak sesak sebab fungsi lampu merah tuu, untuk mengawal kesesakan lalulintas.  Dia pesan kat saya, kalau lampu merah, kereta tak ada dan jalan tak sebok, jalan jee. Kalau kena saman masuk jee mahkamah, nanti kita akan menang kalau pandai belit polis.

sumber: alcapacino.blogspot.com