Tuesday, September 13, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Ikatan Kasih Sayang~

Ikatan kasih sayang kita diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama..:) walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…

Saya tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan saya berasa sempurna apabila mengenalinya..Syukur Alhamdulillah Dia menyempurnakan dan menyerikan hari-hari yang dilalui..Moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta Ilahi…ameen..insyaAllah ~

"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"
(Saiyidina Umar Al Khattab)

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia....

Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..

Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.

Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,
rahsia sebuah keikhlasan,
rahsia sabar yang indah,
rahsia ketaqwaan,
rahsia menyalakan zikir,
rahsia sebuah kesyukuran,
rahsia redhanya pada takdirMu,
rahsia senyuman yang menggembirakan…
Ya Allah, tabahkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..







Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment