Monday, September 5, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Berfikir Untuk Kebaikan~

Berfikir untuk kebaikan maka kebaikanlah yang akan mendampingi kita….
Senang diumpamkan…tubuh badan kita adalah sebuah negara. kaki, tangan dan anggota badan adalah negeri yang di bawah satu negara. Kalau kita menjadi pemerintah yang bijak dan adil, maka selamat dan amanlah tiap negeri. Pemerintah umpama hati kita. hati umpama raja. Bila hati kita baik dan sentiasa berniat baik, maka segala anggota kan mengarah kepada kebaikan dan begitulah sebaliknya.
Dan hati yang sentiasa diimbangi dengan akal fikiran yang sihat, itulah combination yang bakal melahirkan generasi cemerlang. Generasi yang bakal memacu dan memimpin negara ke satu hala tuju yang sebenar tanpa meninggalkan Al-Quran di belakang kerana tiap perkara yang dilakukan adalah berdasarkan pemikiran dan pemikirannya seiring dengan ajaran dan terkandung dalam kitabNya
Bila kita fikirkan tentang alam ciptaan ini, banyak yang dapat membuatkan kita mengungkapkan Masya Allah, betapa hebatnya kuasaMu Tuhan. Lebih senang kita lihat pada kejadian siang dan malam. Begitu indah dan mengikut peraturan. Apa akan jadi jika kita hanya ada siang sahaja sehingga kiamat? Apa kesudahannya jika malam terrus menyelimuti sehingga hari pembalasan? Semua itu ada sebabnya jika kita fikirkan. Allah tak jadikan sesuatu sia-sia. Segalanya bersebab.
Bila kita dah merasai nikmat berfikir, kita akan rasa keindahan tiap satu ciptaanNya.



Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment