Monday, August 29, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Menggapai Keikhlasan Hati~

Pernahkah kita terfikir bagaimana agaknya sekeping hati yang tersimpan elok di dalam tubuh kita boleh tercedera sedangkan badan kita sihat sejahtera?? Seringkali kita mendengar keluhan seperti ini…

“Aku sakit hatilah dengan dia tu!”

“Aku menangis dalam hati, tak ada siapa yang tahu..”

“Hati aku terseksa sebab rindukan dia.”

Bagaimana hati boleh cedera? Bagaimana hati boleh sakit? Bagaimana hati boleh menangis? Apakah kita dapat mendengar tangisan hati kita sendiri? Benarkah hati kita terseksa? Bagaimana seksaannya itu? Apakah kita merasai sakitnya hati kita apabila ada orang menyakiti kita?

Walaupun zahirnya, hati itu tersimpan rapi di dalam tubuh kita tanpa ada sebarang marabahaya yang boleh menyakiti dan melukainya,namun, secara batin, hati kita sebenarnya selalu cedera dan akan parah jika tidak segera diubati.

BAGAIMANA HATI BOLEH CEDERA?
Hati kita boleh cedera dengan beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya:
Faktor Dalaman :
- Hasutan syaitan yang menyuruh agar melakukan kemungkaran.
- Nafsu amarah yang sentisa mengajak kepada kemaksiatan.
- Lemah iman di dada.
- Berdendam dan su’uzon(buruk sangka) dengan manusia.


Faktor Luaran :
- Pengaruh negatif gejala sosial (pergaulan bebas dll)
- Pengaruh TV (menonton cerita-cerita maksiat dan tak bermanfaat)
- Malas pergi ke majlis-majlis ilmu.
- Malas membaca buku-buku ilmiah.
- Keadaan sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda.


Faktor Dalaman akan menyebabkan hati kita cedera dan luka kerana kesannya amat buruk kepada batin kita. Hati akan berasa lemah dan lesu tanpa iman untuk melawan gelodak nafsu. Hati juga akan berasa berat hati tanpa takwa di jiwa untuk menolak undangan syaitan durjana ke arah kemaksiatan. Sekali kita berbuat dosa, titik hitam akan tercalit di hati kita. Bukankah itu menunjukkan bahawa hati kita sudah mula cedera?

Ibn Mas’ud berkata : “ Dosa itu menggoncangkan hati.”

Faktor Luaran juga menyebabkan hati semakin terluka dan akan bertambah parah kerana kesannya amatlah zahir. Jika kita terus-terusan melakukan maksiat dan kejahatan, diri kita sendiri akan berubah menjadi apa yang kita usahakan. Sebab itulah wujudnya pencuri, perompak, perogol, pelacur, pelumba haram dan banyak lagi gejala yang tidak sihat untuk kita ikuti. Ketandusan ilmu pengetahuan akan menyebabkan kita jahil dan buta dalam melakukan sesuatu perkara. Kekontangan ilmu juga akan menjadikan kita seorang yang jahil agama. Bagaimana kita ingin mengetahui sesuatu perkara itu baik dan berpahala atau sebaliknya tanpa wujudnya ilmu di minda kita? Akal semata-mata bukan penentuan segalanya.

SEMBUHKAN HATI KITA
Hati yang tidak dididik dan diasuh dengan cermat akan mudah luntur dan cair dengan pujuk rayu nafsu dan syaitan. Hati yang lemah iman juga akan senang dan amat mudah untuk dipengaruhi. Hati yang lalai akan sentiasa berada dalam keadaan alpa andai tiada bimbingan tarbiyah dan tazkirah. Hati yang penuh dengan calitan hitam tidak akan sedar akan dosa yang dilakukannya. Baginya, dosa biasa yang dilakukannya itu adalah perkara biasa.

Hati perlu disuntik dengan jarum takutkan api Neraka Allah agar diri tidak lagi berani untuk berbuat maksiat. Hati juga perlu sentiasa disiram dengan akhlak yang murni seperti merendah diri agar tidak timbul perasaan riak dan bangga dalam diri dan menyebabkan hati menjadi layu serta tidak bertenaga. Hati memerlukan tazkirah agar kita sentiasa mengingati mati.

Firman Allah yang bermaksud : “Orang Mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar…” (Surah Al-Anfal : 2)
Hati juga memerlukan sifat malu. Malu untuk melakukan maksiat dan kejahatan pada-Nya. Andai hati sudah malu, masakan tidak diri kita juga akan merasakan rasa yang sama? Pasti! Kita pasti akan rasa malu untuk melakukan perkara maksiat kerana anggota ini milik-Nya. Takkan kita nak buat maksiat dengan anugerah anggota badan pinjaman-Nya ini? Tidak malukah kita?

Daripada Imran bin Hussain r.a., Nabi SAW bersabda : “Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “…Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingatkan Allah, memuji kebesaran-Nya, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi serta menghindari larangan-Nya. Hati yang baik juga sentiasa bersih daripada sifat mazmumah seperti dendam, benci, riak dan takbur serta bangga diri.

Hati yang rosak pula ialah hati yang telah dipengaruhi dan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya. Hati yang rosak juga sudah dianggap mati hayatnya untuk berhubung dan bertasbih pada-Nya.

Sembuhkanlah hati kita. Jangan cederakannya lagi dengan luka-luka dosa dan noda. Jangan parahkan ia dengan kesakitan dan kesengsaraan jiwa. Jangan rosakkan ia dengan perbuatan maksiat dan kejahatan. Mujahadahlah! Kerana selagi denyut nafas masih bernadi, syaitan dan nafsu akan sentiasa menjadi musuh utama kita yang tersembunyi. Mujahadah itu memang payah dan pahit kerana Syurga itu sememangnya indah dan manis.


Manfaatkanlah hati kita sebaik-baiknya. Bersyukurlah atas pinjaman-Nya yang amat berharga ini. Hargailah ia dan manfaatkan sebaiknya. Jangan sesekali membutakan hati kita dengan keasyikan duniawi semata-mata. Jaga dan peliharalah hati agar kita bisa memperoleh haruman Syurga di sana nanti.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)










Thursday, August 25, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

TIPS BALIK KAMPUNG SEMPENA HARI RAYA


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN..


Di sini saya ada panduan perjalanan yang boleh dikongsi bersama..


HATI-HATI DI JALANRAYA..
KEPULANGAN ANDA DINANTI BUKAN UNTUK DITANGISI..

KAWASAN SPEED TRAP :

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow jela kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke Damansara, antara batu cave ke Bandar Baru Selayang
 ( maklumat dari rakan2 radio...9W2PGY

sumbet dari
alcapacino.blogspot.com

~Sumpah Melayu~


Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
~ Lim Swee Tin

Tuesday, August 23, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Cinta Datang Lagi~

Cinta bagai sekuntum bunga indah menawan, yang membuai dengan hangat peluk kasih sayang, lembut dekapan naluri penuh pengertian, ungkapan kebaikan dan kejujuran, curahan keindahan senyum dan kesetiaan, rangkaian tenang bijak tindakan yang terangkum dalam rajutan kisah kehidupan.

Tak perlu orang tahu segala rahsia tentang sesuatu. Ku tak ingin ini semua menjadi berita, menjadi gosip semata. Tetaplah ini menjadi rahsia, tak usah bimbang andai hati sudah setia. Kerana ada cerita indah di antara kita.

Selama masih ada hangat suasana, kesepian tak lagi akan bermakna. Selama masih ada senyum ceria, kebahagiaan akan selalu terasa. Selama masih ada kebenaran mulia, arah hidup akan selalu terjaga. Semua akan terjaga saja selama masih ada iman dalam cinta di sana.

Bintang berkelip redup menemani bimbang sepi, mengalun jauh harungi malam dalam sunyi. Pastikan tercipta mimpi atau harus kau palingkan diri mu. Jangan terasa lelah bisikan cinta padu di hati mu.

Wahai Isteriku, jika pesona cinta melelahkanmu, dengarkanlah satu kataku; lupakanlah gelisah di hati kecil mu, kuatkanlah langkah, basuh lukamu. Hari masih panjang dan waktu tetap setia berjalan. Esok mentari pagi pasti akan terbit menghangatkan hatimu, dan langit malam pun akan bertabur bintang menemani tidurmu.

Pejamkan matamu sayang dan sandarkan bebanmu serta lepaskan sepimu. Percayalah, pasti ada yang akan merindukanmu. Rindu untuk menghiasi setiap mimpi indahmu dan bahagia untuk mencintaimu. Tersenyumlah dan temukanlah cinta.

Tak perlu dirimu ku taburi dengan berjuta kata janji. Andaikan engkau mengerti, menyintaiku dengan setulus hati, pasti kau akan sentiasa menemani dan menambatkan cinta di dalam hati ini.


Terima kasih Ya Allah atas cinta yang Kau anugerahkan. Mempertemukan aku dengan isteriku dalam satu kisah perjalanan. Menyatukan hati dalam satu ikatan kepastian. Menghapus kehampaan saat hati dalam kesedihan. Menguatkan langkah ketika tak ada lagi tujuan, dan semakin memberi makna rangkaian kisah kehidupan.

Sesungguhnya tidak sempurna sekuntum bunga, andai tak bersatu dengan sang kumbang yang ada, seiring perasaanmu yang tulus setia, pastilah akan selalu kubangga dan kucinta. Akan kugenggam tanganmu untuk berjalan bersama, berjalan melintasi hamparan dunia membina mahligai cinta perjalanan cinta kerana-Nya.

Ketulusan cinta sejati bukanlah sekadar harus dicari akan tetapi harus diresapi, dipahami, dan dimengerti. Yang utama bukanlah kecantikan diri, akan tetapi keanggunan yang tercermin jauh dari dalam lubuk hati.

Banyak bunga tumbuh mekar mewangi, semakin mempesona di dalam taman puspawangi. Namun siapakah yang kusentuh dalam dekapan hati ini. Kau isteriku permata buaian cinta abadi. Mungkin takkan mampu ku ungkapkan segala kesetiaan cinta sejati.

Kudayung menelusuri samudera hatimu. Berharap akan temukan tempat berlabuh. Di mana sisi hati kan menuangkan segala keluh. Menambatkan hati hanya untuk satu yang kudamba, yang ku harap dalam cinta untuk selamanya.

Andai janji tak pernah didusta takkan ada yang kecewa. Andai cinta tak mendua takkan ada air mata. Cinta tak mungkir janji tapi bukti yang pasti. Hanya cinta sejati yang akan abadi sampai di akhir nanti.

Aku tak pernah tahu kebahagiaan sesungguhnya hingga saat kudapatkan cintamu, dan aku tak pernah tahu derita yang sebenarnya sampai kukehilangan mu. Terima kasih telah mengenalkanku pada kedua rasa yang takkan pernah kulupa.

Saat cinta datang mengetuk pintu hati, membawa sejuta perhatian dan setangkai kasih sayang, ku sambut dengan penuh senyum, setelah cinta singgah di hati, dunia terasa indah sekali. Mendung terlihat seelok pelangi, dan tak sabar esok hari datang lagi.

Tidurlah kasihku. Kujaga kamu dengan doaku, dan kuselimuti tubuhmu dengan cinta dan sayangku.







Saturday, August 13, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Jangan Sesekali Kamu~

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan  sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan “aku cinta padamu” sedangkan didalam hati mu hanya  nafsu yang bertahta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang  kerana paras rupanyanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan  lenyap dan musnah.


Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal  Soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang Beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.


Hati  Orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan CINTA akan diriNYA..
Namun..
Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA padaNYA..






~Hentikanlah Air Matamu~

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “ Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”
Anak muda itu menjawab, “ Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku. ”
Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”
Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku. ”
“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua  itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “ Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”
“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang  SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.



Friday, August 12, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Mulakan Sesuatu~


Jika bukan aku yang terbangun dari mimpi maka siapalah yang akan membangunkanku


Jika bukan aku yang tersadar dari kealpaan maka siapalah yang akan mengingatkanku

Jika bukan aku yang bertaubat dari kesalahan maka siapalah yang akan menyadarkanku

 Jalan yang berliku tak akan menjadi lurus tanpa kita yang memilih mengambil jalan lain untuknya

Lurah yang dalam tidak akan kita turuni tanpa kita mendaki letih kepuncaknya

Panas terik tak akan berubah menjadi sejuk tanpa kita berusaha mencari tempat berteduhnya

 Justeru kerana Ia tak akan merubah nasib kita jika kita diam maka perubahan adalah mustahil

Bergeraklah seperti mereka yang tak pernah diam dari mencari redhaNya

Seperti angin yang berhembus segenap bumi di utara,selatan,barat,dan timur

Seperti awan yang berarak menari dan berlari menuju sekawanan membentuk hujan

 bangun dan bangun lagi

siap dan siap lagi

semangat dan semangat lagi

bergerak dan bergerak lagi

kerana berhenti berarti mati

 


Wednesday, August 10, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Surat Buat Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak~

''Abang.....Abang.....saya lapar Abang.......'', Suara merintih penuh hiba sambil menghulurkan tangan yang kotor dan bergetar. Ia adalah sesusuk tubuh manusia kecil yang bajunya compang camping ..........dan bau sengatan terik matahari bercampur keringat. Terpegun Imran sesaat melihat susuk yang begitu menyedihkan dimata Imran.....bibirnya kering.....matanya cekung...... Ahhh.....sungguh menyentuh hati nurani. Tangan kirinya menggenggam gulungan Al-Quran dan sebuah buku nota bergambar tweety.'' Betul kamu belum makan..?'', Tanya Imran sambil memandang didepannya. Anggukkan kepala penuh harap dengan sinar mata yang lemah dan sayu sekali.... '' mari, ikut saya.....kita makan diwarung itu saja...!'' Ajak Imran sambil diraih bag plastic yang di bawanya.

Imran memesan sebungkus nasi dengan ayam goreng untuk budak pengemis itu , Imran segan mengajaknya makan di Restuarant itu, kerana mata pemilik Restuarant itu seakan berbicara padanya. Hm....dia takut pengunjungnya kehilangan selera makan rupanya.Terdetik di hati Imran.. Mereka duduk dikaki lima jalan, Imran tak makan .....kerana perutnya masih terasa kenyang.

'' Makanlah......!'', Imran berikan sebungkus nasi itu dengan perlahan budak pengemis itu mengankat kedua tangannya sambil berdoa Bismilahhiruahmanirruahhim.......”Sesungguhnya aku bersyukur dengan rezki yang kau berikan pada ku hari ini Ya Allah”.... dan tanpa ragu lagi langsung dihadapnya makanan itu dengan selaranya. Imran mengambil gulungan Al-Quran yang dipegang budak pengemis itu. Hm.....terlihat gambar - gambar tokoh-tokoh pemimpin negara, tapi ada gambar besar seperti bekas Perdana Menteri yang di tampal di situ. Jelas siapapun akan tahu siapa ''dia'' dalam gambar itu. '' Untuk apa gambar ini dik ? '', Tanya Imran sambil menunjukkan gulungan Al-Quran itu padanya.

Dengan mulut masih penuh nasi ia menjawab,'' Itu idolaku abang......!'' katanya tak begitu jelas namun jarinya menunjukkan pada salah satu wajah gambar yang berukuran besar dibanding yang lain. Imran hanya mengangguk kecil tanda mengerti. Begitu kagum dia pada orang yang digambar itu... fikiran Imran , seorang budak pengemis saja sangat mengaguminya apalagi seperti ku yang mengecaki kemewahan, kesenangan hidup di Negara Malaysia ini.. Fikir Imran . Diraih buku tulis kecil bergambar tweety yang lusuh miliknya, '' Kamu masih sekolah....?'', Tanya Imran sambil membuka sehelai demi sehelai isi buku miliknya. '' Sampai darjah tiga abang....!'', Sahutnya sambil menghabiskan sisa makanan terdapat dibungkus nasi yang sudah licin dijamahnya. '' Kenapa berhenti ? Boleh kamu kerja ? '', Tanya Imran lagi.'' Pernah saya menjadi jadi pengutip bahan terbuang abang......! Tapi kini sudah tidak lagi.....saingan dengan orang Majlis Perbandaran tiada apa yang tinggal kini........!'', Jawabnya iklas. Kamu mahu sekolah lagi....? '' Tanya Imran sambil menatap wajahnya. '' Ya tentu saja , abang .........dulu saya sekolah di hujung sana itu abang...... '', tangannya menunjuk ke arah bangunan tua yang lama tak terpakai .........jauh dari apa yang ada di fikir Imran. Kemudian diteruskannya ,''Memang daif abang....''Oh.....lalu Imran tertarik hati untuk membaca tulisan yang agak teruk bagai cakar ayam namun mampu untuk di baca tertulis helayan salah satu kertasnya......'' Surat Buat Perdana Menteri Kesayanganku''. Sifat ingin tahu Imran membuatkannya terus membaca dengan penuh ketelitian  itulah mungkin coretan anak kecil yang terbiar namun punyai keazaman yang tinggi buat generasi akan datang.

 

Tulisannya seperti berikut:
''Kepada Perdana Menteri Kesayanganku, apabila nanti andai Perdana Menteri datang ke sekolah kami. Sudah dua bulan kami sudah tidak ada guru untuk mengajar kami. Guru kami sudah di berhentikan kerana segala perbelanjaan sekolah di tanggung sendiri wang hasil derma dan wakaf orang ramai. Perdana Menteri , kami mahu sekolah, kami mahu belajar, kami terlalu derita hidup dalam keadaan daif, bagiku kerja sehari hanya dapat sebungkus nasi, tapi hari ini aku tidak dapat bekerja kerana perutku lapar sekali.'' Berhenti sejenak Imran membacanya dan memandang budak itu yang masih meminum air dibotol  miliknya. Imran teruskan lagi membacanya.....''Perdana Menteri Kesayanganku , saya mohon sudilah kiranya datang ke sekolah kami dan membantu sekolah dan guru kami , supaya dia mahu mengajar kami lagi. Terima kasih Perdana Menteri. Kami tidak sabar-sabar menantikan kedatangan Perdana Menteri''.

Begitu titipan anak kecil ini........seperti suatu harapan yang tak mungkin terjadi dan terlalu mustahil terlintas di fikiran Imran. '' Bila surat ini akan kau kirimkan , dik ? '',Tanya Imran memecahkan lamunannya. ''Saya tak tahu ,Abang....tapi saya yakin.... nanti saya pasti akan mengirimkannya....!''. Tersenyum Imran melihat keyakinannya yang begitu tinggi tanpa keraguan sedikitpun, tapi......kembali Imran termenung ....... Begitu besarnya kepercayaan anak ini bagi pemimpin negara yang amat di sanjunginya, ''Terlalu luar biasa.......'',Termenung seketika Imran sambil menarik nafas panjang lalu menggelengkan kepala. Imran membalik lagi lembar demi lembar buku lusuhnya itu. Hm......''Surat Buat Ayahku Disyurga'', tersentak jantung Imran seketika membaca tajuknya, tanpa membuang masa dengan jantung tersentak ia terus membaca tulisan dibawahnya.....

'' Wahai ayahku.....bagaimana keadaanmu disana.....apakah ayah sentiasa sihat disana ? Bangunan tempat ayah bekerja dulu sudah membangun , ayah.... ! Kini sudah menjadi gedung mewah yang megah. Banyak orang lalu lalang disana, sayang ayah belum sempat melihatnya. Aku tahu, dulu Ayah dipecat bekerja disana,selepas itu ayah tiada perkerjaan lalu mengutip bahan terbuang untuk sesuap nasi kita bertiga... walau ayah berbohong padaku.

Kini ibu jadi peganti ayah... Hari ini dia akan menjual sampah plastik yang dikumpulkannya. Sudah bertemukah ayah dengan Tuhan ? Tolong sampaikan doaku, ayah..... Doakan Perdana Menteri Kesayanganku supaya tetap sihat dapat mentadbir Negara dengan aman dan damai ya, Ayah...... dan bisikkan ke dalam hatinya agar mahu memandang insan-insan yang susah seperti kita ini ya Ayah...dan bisikkan di hatinya juga agar sudi membaca nota ku ini serta segera datang ke sekolah kami. Aku rindu padamu, Ayah......bilakah ayah akan membalas suratku''.

Berderap seketika darah Imran di buatnya.....jantung terasa sesak membacanya tanpa  Imran sedari matanya berkaca-kaca tak kala membaca setiap nukilan anak ini. Kembali Imran menarik nafas panjang dan hembuskan dengan perlahan-lahan.......Ya Tuhan... begitu mulia hati anak ini, walaupun dia masih hidup susah dan disaat orang-orang lain di selubungi krisis kepercayaan dengan pimpinannya, anak jalanan ini masih memiliki kepercayaan, penghormatan yang tidak berbelah bagi dan dia tak lupa mendoakan buat Perdana Menteri Kesayangannya......bahkan ia menitipkan doanya dengan ayahnya di ''syurga''.... Imran tatap wajahnya dia .....terlihat sinar keiklasan terpancar di wajahnya begitulah keiklasan hati yang lahir dari hati yang suci.... Imran menyeluk sakunya ....ia berikan wang Rm20.00 , wang sisa beli nasi tadi. '' Ambillah dik...!'', Tangan Imran memasukkan wang itu ketanggannya. ''Tidak Abang....saya tidak mahu menerima wang begitu saja.....kalau nasi tadi kerana saya sudah tidak tahan kerana terlalu lapar, abg....maknanya saya meminta - minta...!'' suaranya dengan halus menolak pemberian Imran.

''Tak apa.....ambillah....!'', desak Imran sambil menekan jarinya untuk menggenggam wang itu. Lalu diterimanya wang itu dan dimasukkan dalam saku bajunya. Tiba-tiba dicapainya kain tuala yang sedia di bahunya dan terus mengelap kasut Imran.'' Jangan dik....!'' Tolak Imran menahan untuk itu semua.'' Tolonglah, Abang .....jangan ajar saya menjadi pengemis.....walaupun hidup saya miskin tapi saya tetap mahu berusaha ,abang''. Akhirnya  Imran biarkan saja , apa yang dilakukannya itu.'' Siapa namamu , dik...?'' Tanya Imran. '' Afif. Abang....!'' Jawabnya sambil terus menggosok kasut Imran.

Setahun sudah berlalu ..... dan kini Imran kembali ke kota itu. Imran pergi ke lokasi dekat pasar dulu tempat dia bertemu dengan budak jalanan itu. Kini bangunan tua dulu sudah menjadi sekolah kecil yang indah sekarang, Tertulis jelas dipapannya ''SEKOLAH ANAK YATIM 1 MALAYSIA''. Hm....setengah hari Imran berkeliaran disekitar tempat itu untuk bertemu dengan Afif budak jalanan kerana keletihan dia duduk di salah satu warung, lalu Imran bertanya kepada pemilik warung,'' Kenal Afif , pakcik ?''. '' Oh Afif ......!'' berhenti sejenak.......'' anak itu sudah meninggal , cik !'', suaranya sayu seperti masih diselubungi kesedihan. Bagai tersambar petir didada Imran , ''Meninggal kenapa pakcik ?'' Tanya Imran turut sama dalam kesedihan. '' Dua bulan yang lalu dia jatuh sakit....Kasihan..... untuk berubatpun ibunya tak ada perbelanjaan.....bantuan untuk fakir miskin dia tidak dapat selama ini..... maklumlah cik,namun sekarang surat si miskin sudah menjadi perhatian Perdana Menteri dan telah tersebar didada akhbar tentang nasib si miskin seperti kami sekarang ini.

Lalu Imran melihat keratan akhbar yang di tampal pada warungnya itu. Ternyata itulah tulisan budak jalanan yang pernah Imran kenali setahun yang lalu sambil bersama Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memegang nukilan yang tak seberapa indah pada penulisan namun terlalu ikhlas dengan luahan hati seorang insan yang mahukan pembangunan biar pun bukan pada dirinya tapi buat generasi masa depan. Tiada satu katapun terucap dimulut Imran.....selera makannya mendadak hilang seketika.....hanya kata-kata menduga dalam benaknya '' Akhirnya anak itu membuktikan janjinya untuk menyampaikan suratnya itu, walaupun tidak terus menghantar kepada Perdana Menteri Kesayangannya tapi dengan izin Tuhannya segala doanya sampai terkabul jua akhirnya setiap permintaan dari sekeping hati yang ikhlas'', terima kasih Ya Allah Kau telah mengkhabulkan permintaan seorang insan yang di dipandang hina namun tiada siapa yang mampu menduga permintaan itu yang Kau angkat disisi Mu Ya Allah..........., tanpa Imran sedari air matanya menitis.....lalu Imran tersenyum dan menggelengkan kepala...

'' Afif ....ternyata engkau insan terpilih ketika engkau menghadap Tuhanmu disaat itu kau sentiasa membawa kejujuran serta keiklasan hatimu itu sehingga surat yang kau tuliskan itu dengan izin Allah terus sampai di tangan Pemimpin Kesayangan mu .......kau sudah mengadap Tuhan untuk menyampaikan doamu......... Doa untuk Perdana Menteri Kesayanganmu dan juga Perdana Menteri Kesayangan kami juga sebenarnya....doa untuk sekolahmu.....doa untuk gurumu.....dan doa untuk kami yang masih hidup......sungguh tidak kusangka seorang budak jalanan itu begitu mulia dibanding mereka yg selalu meneriakkan membela nasib bangsa tapi ............ternyata hanya DUSTA.................................

 

Tuesday, August 9, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Aku Merintih Kasih Mu~

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku sedar akan pincanglah diri bila tanpa Mu mengiringi,
Dunia ini bagai terhenti setiap nadi berdenyut sepi sendiri,
Lambat kaku tidak bermanya tanpa kudrat dari Mu Ilahi,
Otak ku terhenti berfikir bagai mana manusia boleh hidup dalam keji,
Sedangkan setiap gerak geri makluk Mu dituruti rapi,
Apa perlu aku lakukan andai tanpa Mu disisi,
Rindu bagai membungkam ragaku tiada cahaya dihati,
Jiwa sesak dan kosong tidak berisi.
 
Mendengar kalam Mu bagai terhenti nafasku,
Untuk ku dengar masuk terus kejiwaku,
Agar jiwa ku tenang biarpun dalam sahdu,
Agar tidak terlepas setiap bibit kalam hikmah cahaya Mu,
Andai Tuhan mendengar rintihan ku,
Rintihan seorang hamba melutut kurniaan dari Mu,
Ingin sekali aku bertemu Mu andai ditakdirkan terhenti maya ini buat ku,
Agar inginku rasakan masa kesenangan itu lebih panjang dalam Syurga Mu itu.







Monday, August 8, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Berbekas merah dileher Rasulullah~

Akhlak Rasulullah seindah Al-Quran
Sahabat Anas bin Malik meriwayatkan kisahnya bersama Rasulullah yang menginsafkan.
Muncul seorang Badwi (kaum yang berpindah-randah dari gurun  lazimnya agak kasar tingkah lakunya) dari arah belakang terus menarik jubah Rasulullah.
Anas berkata: “ Aku terpandang  bekas merah di leher Rasulullah dek kuatnya tarikan tadi.”
Badwi itu lalu berkata: “ Wahai Muhammad, berikan aku sebahagian kekayaan Allah yang ada di tanganmu.”
Rasulullah kemudian menoleh kepada Anas, sambil tersenyum meminta sahabatnya memberikan Badwi itu wang.
Begitulah insan kamil (terbaik), akhlak yang ada pada Rasulullah seindah Al-Quran.
Baginda tidak pernah membalas keburukan orang lain dengan keburukan. Walaupun dihina baginda tidak cepat marah atau sakit hati, tapi sebaliknya mendokan kebaikan keatas si penghinanya.
Inilah tingkah laku teladan yang harus diikuti oleh umat Islam semua, walaupun amat berat harus berlapang dada, sanggup tersenyum dan berfikiran jernih walaupun pada detik yang sukar.
Kini dalam kehidupan moden, ramai di antara kita sukar untuk berlapang dada, sukar untuk tersenyum walaupun sebenarnya ia adalah satu sedekah. Bahkan sukar untuk berfikiran jernih untuk mengetasi masalah. Sebaliknya hati kita sering dijerut ketakutan, iri hati dan perbagai perasaan negatif.
Rasulullah mengingatkan umatnya bahawa dalam diri insan ada seketul daging. Baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, begitu jugalah sebaliknya. Daging itu disebut hati.
Para sintis berkata ada semacam seketul daging kecil disebalik perut. Ia mempunyai pelbagai saraf yang dapat  mengawal pencernaan makanan, aliran darah dan hormon serta rasa (mood) seseorang. Ia sering disebut gut.
Kita berfikir buruk atau negatif mungkin kerana:
-Pengalaman di masa lalu.
-Tekanan persekitaran.
-Pengaruh kawan.
-Iri hati kerana tidak mahu melihat orang lain lebih dari kita.
-Cintakan dunia mengejar kekayaan dan kebendaan.
Malah berbagai faktur lain yang boleh di senaraikan.
Namun, Rasulullah mengajak kita semua itu boleh dikikis atau di keluarkan sebagai sampah dan kotoran dalam hati dan pemikiran.
Bagaimana caranya?
Pertama: Berusaha mengingati kebaikan orang lain, dan ketepikan keburukannya. Walaupun kita disakiti, carilah seribu satu alasan agar kita tidak segera membencinya. Tetapi andai orang itu terbukti tidak berubah jauhilah dia.
Kedua: Segera lupa akan semua perlakuan buruk orang lain dengan mendokan pada dirinya. Jika perlu nasihat orang itu dengan cara yang baik.
Ketiga: Senantiasa mengingati Allah dan banyakkan berdoa pada Ilahi meneguhkan hati kita dan berfikiran jernih lagi jauh.
Terlalu banyak doa-doa dalam Al-Quran untuk meneguhkan hati, antaranya doa Nabi Musa as: Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kelu lidahku, agar mereka mengerti kata-kataku. (Surah Thaha:25-28)