Wednesday, August 3, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Resepi Kek U K~


                                          Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
 150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa



Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik. #^_^)mrr





Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment