Wednesday, November 23, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Cinta Bagai Kabus~

Hari Azman ditangkap khalwat, adalah hari Illyana mahu memutuskan pertunangannya dengan Azman anak Dato’ Muzafar. Namun, ibu Illyana yang begitu menyanjung keluarga Azman kerana agenda pernigaan, amat keberatan membenarkan Illyana berbuat demikian. Lalu,
ibunya mula mencari helah...

Sungguh tidak disangka sekali apabila ibunya telah mencari helah untuk Illyana dengan mencari lelaki yang sanggup menyamar dan berlakon bermesra dan bercinta dengannya agar boleh membuatkan Azman bertukar benci kepada Illyana, lantas pada jangkaan ibu Illyana, Azman sendiri yang akan memutuskan pertunangan mereka. Tetapi helah mereka tersekat seketika apabila beberapa lelaki tampan dan segak tidak mahu bekerjasama. Sehinggalah Zamri lelaki terakhir yang bersetuju.

Zamri seorang lelaki yang lurus bendul, sangat kotor, busuk dan berserabut tetapi Puan Mariam telah membuat sedikit makeover dan…

Dari seorang yang sangat selekeh, sekarang dia kelihatan sungguh segak walaupun dia bukanlah lelaki tampan. Dari seorang yang selamba dan suka bermain-main dan tidak serius dalam apa jua hal, dia memaksa dirinya menjadi sopan, beradab dan sangat menarik keterampilannya. Yang berbau dan berdaki, kulit yang agak gelap, kini dia wangi, bersih dan berseri kulitnya. Sehingga kawan-kawan sekuliahnya hampir tidak mengenalinya lagi.

Cuma perkara yang senang untuk dia lakonkan ialah mencintai Illyana kerana itu sebenarnya sudah sebati dalam dirinya sehinggakan di dalam hatinya, dia berazam untuk cuba memikat gadis itu supaya benar-benar jatuh cinta kepadanya.


Telatah Zamri pula yang selamba rock dan pandai berjenaka, selalu membuatkan Illyana tertawa riang. Walaupun dia tidak setampan mana, tetapi gurauan Zamri selalu menggelikan hati Illyana sehinggakan Zamri dan Illyana semakin mesra dan amat rapat. Malah, pasangan yang menyamar ini begitu terkenal hampir ke seluruh kolej, sebagai couple yang paling romantik dan happy go lucky! Sehinggalah terdengar ke telinga Azman yang mulai cemburu dan rasa tercabar.

Hampir setiap hari Azman datang ke kolej itu untuk berjumpa dengan Illyana, dia langsung tidak putus asa, dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan memutuskan pertunangannya dengan Illyana.

Zamri amat tidak berpuas hati kerana lakonan mereka hanya membuat Azman berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Makin rapat Zamri dan Illyana ‘bercinta olok-olok’, Azman semakin baik pada Illyana dan telah berubah menjadi seorang lelaki yang amat setia kepada tunangnya.
Hari berganti hari… sikap Illyana pula mulai berubah ghairah dengan perubahan Azman. Dia yang begitu teruja mahu membuat Azman marah dan benci kepadanya dulu, kini beralih arah. Malah dia begitu gembira sekali melihat Azman kembali  tergila-gilakannya. Perasaan ingin memutuskan tali pertunangan dengan Azman, semakin pudar di ingatannya. Hampir setiap masa dia meluahkan rasa gembira dan terujanya dengan perubahan Azman sehinggakan membosankan Zamri yang berpura-pura suka dengan apa yang telah terjadi.
“At first Azman amat cemburu kan Zam, dia marah sangat, tapi sekarang dia dah berubah jadi baik sangat tau Zam. Bayanglah…dia sendiri yang buat TOTAL MAKEOVER dengan tingkah lakunya!”
“Humhhh...lawaklah mamat tu “kata Zamri”…nanti saya mandikan dan lulurkan dia kasi cuci!”
“Hahaha…ya..ya..nanti you buat tu. But…Yana rasa happy tau Zam…HAPPY! HAPPY!”
“Ya, I know…I can see, tapi…”
“Masa Yana duk bercinta dengan dia dulu tak macam ni tau…hahaha,!!! …sekarang baru dia tahu. Itulah, masa I duk gila dan cinta dia sangat dulu, dia buat tak tahu aje, sekarang baru dia nak terhegeh-hegeh. Hahaha…padan muka dia kan, Zam.”
“Emm..well, good for you, okeylah tu” keluh Zamri. Semakin bosan dengan luahan Illyana.
“Yeah! I berjaya! …I berjaya Zam”
“Berjaya?...bukan ke you nak putus tunang ngan dia? Siap guna I lagi untuk buat dia benci kat you. Sekarang ni you all semakin rapat…apa yang you kata berjaya nya ni?”
“Hehe…betul jugak kan…tapi I’m happy with him now.”kata Illyana
“Yaa…mungkin makeover dia lagi power…” jawab Zamri.
Tersimpan perasaan kecewa di hatinya kerana Illyana tidak nampak yang Zamri sebenarnya telah lama menyimpan perasaan kepada gadis itu dan jauh di lubuk hatinya, dia benar-benar mencintai Illyana.

"Ya mungkin...hihihi..." jawab Illyana, tergelak-gelak kecil melangkah kaki meninggalkan Zamri, bagai khayal dalam cinta yang semakin indah baginya...Zamri mencebik sedih...kecil terasa di hatinya, bengkak jiwanya mengenangkan perhubungannya yang bagai kabus berlalu, tebal tetapi kosong semata-mata.


Akhirnya rahsia penyamaran Zamri terbocor sudah setelah Azman terdengar perbualannya dengan Illyana mengenai penyamaran ini.
Zamri terdiam seribu bahasa…hilang sudah peluangnya untuk bersatu dengan Illyana.tiada lagi harapan kepada cinta yang seumpama cahaya mentari hampir hilang di balik awan mendung...

“ILLYANA!...you buat semua ni untuk I?” Terkejut mereka berdua tersergah oleh Azman yang muncul tiba-tiba. “You sanggup berlakon demi untuk membuatkan I cemburu, Yana?..Wow!”
“Well…yaa…I masih sayangkan you Azman…” jawab Illyana penuh manja, terus saja Illyana tunduk tanda bersalah. Zamri tertunduk malu dan perlahan-lahan mengundurkan dirinya, lemah melangkah pergi dan berlalu depan bilik Puan Mariam yang kelihatan sudah lama berdiri di situ sambil tersenyum sinis ke padanya. Sedih di hati Zamri, langkahnya terhenti, dia memandang kembali ke arah Illyana yang terus berada di samping Azman…berkaca matanya…Bapa Azman Dato’ Muzafar muncul perlahan-lahan kemudiannya dengan wajah yang penuh puas dengan apa yang dilihatnya. Sambil berkata,
“Mariam…rancangan you berjaya…Genius!”

“Terimakasih Dato’ Muzafar…”
Zamri kehairanan...terpinga-pinga dengan kehadiran Dekan itu yang datang entah dari mana. Lalu perbualan mereka dicelah Zamri,
“Apa semua ni Puan Mariam?...rancangan apa ni?”
“Zamri!...awak boleh pergi sekarang…awak hanya menyamar di sini dan tugas awak sudah selesai!” tegas Puan Mariam, memuncung-muncung mulutnya.
Tersentak seketika minda Zamri, bagai terhenyak jantungnya bila dia terdengar apa yang pensyarahnya berkata kepada Dekan kolej itu…lantas dia memandang keseluruhan situasi itu…jelaslah sekarang yang dia hanya dipergunakan oleh Puan Mariam bukan untuk memutuskan pertunangan mereka tetapi semata-mata untuk merapatkan kembali Illyana dan Azman! Puan Mariam membohonginya, membuatkan Zamri terasa begitu terhina dipermainkan sedemikian rupa

 

Sekembalinya Illyana kerumahnya, semalaman dia terkenang kepada kedua-dua lelaki yang hadir di dalam hidupnya. Azman, anak Dato’ Muzafar, lelaki kaya dan tampan. Zamri pula…lelaki yang lurus, selamba, dahulu kutu rock kini lain, tidak hensem tetapi selalu membuatkan dia ketawa. Pelik…sepanjang dia berada bersama Azman, sedikit perasaan teruja tidak dirasainya, malah tiada perasaan ‘MAGIC’ antara dia dan Azman.

“Aku confused!...bingung sangat!!!

Manakala Zamri pula, sepanjang minggu, Zamri mengurungkan dirinya di kamar asrama lelaki, dia tersangat kecewa dengan apa yang telah terjadi, apatah lagi bila mendapat berita yang Illyana dan Azman akan diijab kabulkan dalam minggu ini juga.

“Aku sedar yang aku bukanlah lelaki pilihan hati Illyana, aku tak berharta, tak memiliki paras rupa setampan Azman, malah sememangnya aku tidak layak untuk memiliki gadis seperti itu! Aku harus pergi jauh..sebak rasa di dada tak terkira, senak terasa di ulu hati Zamri..dan perlahan-perlahan…air matanya itu gugur juga akhirnya… “Illyana…”

Akhirnya, kerana sudah terlalu kecewa, Zamri mengambil keputusan nekad untuk berhenti dari meneruskan pembelajarannya dan pergi ke Perth Australia, pulang kepada bapa saudaranya yang pernah menjaganya dulu. Zamri lebih rela tinggal bersama pakcik dan makciknya di Fremantle, menjadi nelayan laut luas daripada melihat cinta hanyut dibawa arus deras.


Semasa upacara akad nikah Illyana, gadis itu menangis tidak henti-henti dibiliknya. Entah apa yang bermain di mindanya, dia sendiri bingung! Apabila mengintai di balik daun pintu, memandang ke wajah Azman, dia langsung tidak merasakan keselesaan sebagaimana dia dengan Zamri. Dia seolah-olah baru tersedar akan kehilangan Zamri, tersedar akan lelaki itulah yang benar-benar menyintainya setulus hatinya.

“Illyana…maafkan ibu...Yana..err, Yana pergilah kepadanya…pergilah Yana…Zamri akan berangkat ke Australia sekejap lagi.” Kata Puan Mariam dalam sebak apabila melihat air mata anknya.naluri ibu yang melahirkan anaknya tidak akan terpisah dari sebuah kepiluan yang menyelubungi.
“APA?!!...apa yang ibu cakap ni?...dan Zamri akan ke Australia?!”

Alangkah terkejutnya Illyana mendengar berita itu, dia merasakan seolah-olah dia bakal kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidupnya. Lantas dia berlari keluar dari kamarnya dan meninggalkan Azman yang terpinga-pinga.

Illyana tercari-cari Zamri di airport. Keberangkatan Pesawat ke Australia hanya tinggal 15minit sahaja lagi. Zamri kelihatan sedang melangkah longlai memasuki aerobridge untuk masuk ke pesawat.
“ZAMRI!!...ZAMRI!!...TUNGGU!!” jerit Illyana dari luar dinding kaca yang tebal itu, namun tiada siapa yang dapat mendengar jeritannya. Illyana memukul-mukul dinding kaca itu pula, “ZAMRIIIII!!!!”
Malangnya, Zamri terus berjalan masuk ke pesawat dan belum pun sempat Illyana mengejar Zamri ke dalam boarding area, dia telah ditangkap pengawal keselamatan.
.“ZAMRIIIIIIII!!...Hu! Hu! Hu!...Zamri…Zamri…” rintih Illyana semakin lemah memanggil Zamri dan dia hanya sempat melihat lelaki itu melangkah masuk ke dalam kapal terbang yang kini sedia untuk bertolak. Illyana terduduk di lantai menangisi kehilangan Zamri terbang  menbelah langit biru..


Di dalam pesawat, airmata Zamri menitis-nitis di pipinya. Kekecewaannya itu sangat menghiris hatinya. Tetapi apakan daya, “aku harus merelakan kau pergi…”
Itulah pengorbanannya, walau dia teramat menyintai Illyana, tetapi dia merelakan gadis itu pergi bersama orang yang dia lebih cintai...tetapi sesuatu yang lebih teramat sedih sekali bagi Illyana tidak menyedari bahawa cinta sebenarnya adalah dengan Zamri dan apabila dia menyedarinya, dia sudah pun terlambat untuk selama-lamanya kerana dengan sikapnya juga menghiris hati insan yang benar-benar setia dan benar-benar iklas mencintainya..
 

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment