Ada kegundahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap. "Ibu, apakah kita akan binasa. Kenapa langit tiba-tiba gelap?" ucap anak katak sambil merangkul erat lengan induknya. Sang ibu menyambut rangkulan itu dengan belaian lembut.
"Anakku," ucap sang ibu katak. "Itu bukan pertanda kebinasaan kita. Sebenarnya, itu petanda baik." jelas ibu katak sambil terus membelai anaknya. Dan anak katak itu pun mulai tenang.
Namun, ketenangan itu tak lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Daun dan tangkai kering yang berserakan mulai berterbangan. Pepohonan meliuk-liuk ditiupkan angin. Bagaikan, suatu pemandangan menakutkan buat si katak kecil. "Ibuuuu, itu apa ibuuuu? Apa itukah yang kita tunggu-tunggu?" tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh ibunya.
"Anakku sayang. Itu cuma angin," ucap sang ibu tak terpengaruh dengan keadaan. "Itu juga pertanda apa yang kita tunggu itu pasti akan datang!" tambahnya begitu menenangkan. Dan anak katak itu pun mulai tenang. Ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang pada mulanya menakutkan kini bagi si anak katak sedikit ketenteraman di samping ibu tersayang.
"Blarrr!!!" suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana begitu menakutkan. Kali ini, si anak katak tak lagi boleh berkata apa-apa, si anak terkejut lalu ia bukan saja merangkul dan sembunyi di balik tubuh ibunya. Tapi juga gemetar seluruh tubuhnya. "Buuuuuu, aku sangat takut. Takut sekaliiiiii!" ucapnya sambil terus memejamkan matanya.
"Sabar, anakku sayang!" ucap sang ibu sambil mencium anak kesayangannya dan terus membelai. "Itu cuma petir. Itu tanda ketiga apa yang kita tunggu tak lama lagi akan datang! Keluarlah. Pandanglah tanda-tanda kekuasaan Allah yang kamu katakan itu amat menakutkan namun bagi ibu itu petanda baik buat kita sayang. Bersyukurlah, kerana hujan tak lama lagi akan datang, Wahai anak ku jangan takut melangkah, jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi dugaan. Kerana hujan yang ditunggu, insya Allah, akan datang. Bersama kesukaran ada kemudahan " ungkap sang ibu katak begitu tenang.
Anak katak itu mulai perlahan-lahan keluar dari balik tubuh ibunya. Ia cuba mendongak, memandang langit yang hitam, angin yang meliuk-liukkan dahan, dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia berteriak sekuat hatinya, "IBU!!!!!, HUJAN SUDAH TURUN.SYUKUR PADA ALLAH!!!! HUJAN DAH TURUN!!!!!! HOREEEEEEE!!!!!!!!"
**
**
Anugerah hidup kadang-kala tampil melalui cara dan suasana yang tidak diinginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling emas yang merdu. Tidak dihantar oleh dayang-dayang nan rupawan. Tidak disegarkan dengan wangian harum semerbak kasturi.
Saat itulah, terlalu ramai manusia yang akhirnya dipermainkan keadaan. Sama seperti anak katak yang takut cuma kerana langit hitam pekat, angin yang bertiup terlalu kencang, dan kilatan petir yang menyilaukan. Padahal, itulah sebenarnya tanda-tanda kebesaran Tuhan ingin mahu menurunkan hujan.
Benar apa yang diucapkan ibu katak: Jangan takut melangkah, jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi dugaan. Kerana hujan yang ditunggu, insya Allah, akan datang. Bersama kesukaran ada kemudahan. Sekali lagi, bersama kesukaran ada kemudahan.