Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya
diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka surat novel tersebut.
Tertulis disitu "Nuralya Batrisyia...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati si jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu lalu menulis sepucuk surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis tersebut. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat kirimanbalas daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.
Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil demi tugasnya sebagai anggota tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu lagi dengan si gadis.
Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi

"Andai Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpa di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah si jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangannya. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi kulit bersopak dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Dua kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah, sebelah matanya buta... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.
"Nuralya Batrisyia?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan sambil tersenyum.
Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata

"Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."
Si gadis itu terus bersuara..
Si gadis itu terus bersuara..
"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di kerusi hujung restoran dekat stesen keretapi ini."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah NURALYA BATRISYIA... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...