Thursday, November 24, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Dari sebiji karipap tersembunyi sebuah cinta.(Kisah Benar)

Namaku Rozaiman tapi terkenal dengan panggilan Man Karipap
Ini kisah benar cintaku semasa di bangku sekolah dahulu.
Teringat lagi masa sekolah dulu waktu tingkatan 4. Pertama kali ingin merasai cinta. Aku kenal dengan seorang gadis yang comel lemah lembut, berkaca mata, bibir bak angelina jolie heheh,Suzana namanya. Mulanya memang aku tak perasan kehadirannya dalam hidupku.

Kisah kuih karipap bermula semasa,kami ada aktiviti ko kurikulum,setiap kali habis koko kami akan berjumpa. Permulaanya bila aku berjumpa dengannya dia mesti akan belikan aku sebiji karipap  untuk dia dan 1 lagi untuk aku. Tanpa berfikir panjang aku terus ambil dan kami berborak mesra dan semakin sayang . Aku pun tak tahu kenapa kami tidak bercinta saja masa tu.

Hari berganti hari, aku minat pada seorang gadis Suraya namanya yang lebih jujur dan berterus terang untuk menyukaiku...aku mintak hubungan serius dan dia setuju tetapi  Suzana tak tahu pasal semua ni, dan pada hari terakhir aku jumpa dia, seperti biasa dia akan memberikan aku sebiji  kuih karipap tetapi kali ni aku menolaknya walaupun dipaksa untuk terima. Aku tak sedar lagi maksud apa apa pada sebiji karipap tu. Habis SPM Suzana terus hilang dalam hidupku, terakhir aku dengar khabar pun dari kad raya yang dia pos untuk aku sebab guna alamat rumah lama aku.

Hari berganti hati lagi,aku putus cinta dengan Suraya kerana alasan yang tak masuk akal yang diberinya terus mengecewakanku.

Setelah hampir 5 tahun berlalu,terjumpa dengan kawan-kawan sekolah di facebook,kami berborak2 panjang, ada la salah seorang kawanku bagitau yang Suzana memang sukakan aku. Teringat balik kisah aku dengan Suzana dan Karipap barulah aku sedar kesilapanku yang rupa-rupanya setiap kali dia bagi aku kuih karipap tu ada maksudnya tersendiri. Setiap kali kuih karipap diberi bermaksud "do you love me?" dan aku akan menerima bermaksud "i do".tapi kali terakhir Suzana bagi aku sebiji karipap tu..DO YOU LOVE ME? dan aku selap lalu MENOLAKNYA!!!!!!!! dan mungkin kerana itulah, kini aku terus sendirian dan terus bersendiri sehingga kini.....

 Sekadar gambar hiasan tengok cerita ni teringat cerita cinta terdahulu.. #^_^)

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment