Monday, November 21, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia~


Fahamilah
Isteri yang kamu nikahi itu,
Tidak semulia Khadijah,
Tidak juga setaqwa Aisyah,
Pun tidak juga setabah Fatimah,
Isterimu adalah wanita akhir zaman,
Yang masih punyai cita-cita,
Menjadi wanita solehah.

Fahamilah
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk mengajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alfa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukan Saidina Ali Karramallah Wajhah,
Cuma kita,
suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.


Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment