Suatu petang, Akhi sedang merehatkan minda kesempatan
ini Akhi ambil untuk ziarah sahabat facebook Akhi sambil menulis atikal di blog
kesayang Akhi ini, sungguh tenang hati dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan,
terdetik hatiku : "subhanallah, Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang
Maha Bijaksana, bijaknya Allah, kuasanya Allah dapat mencipta semua ini,
subhanallah"
"Assalammualaikum...." tiba-tiba
chat msg facebook berbunyi..
Akhi menjawab salam, "waalaikummusalam
warahmatullahi wabarakatuh"..Akhi tersenyum (#^_^) apabila mengenali si
pemberi salam itu, dia adalah sahabatku..
dan memulakan bicaranya, "bolehkah aku
bertanya?"
Akhi tersenyum,(#^_^) "silakan"
Dia terdiam seketika, kemudian baharu
memulakan menaip msg, "Semasa usia muda, aku ni sangat-sangat jahat..orang
kata, kalau nak insaf pun, bertaubat ke, cukup ke setakat itu"
Akhi tersenyum, (#^_^)"Jadi..kamu nak
buat apa selain daripada taubat ya Ukhuty?"
Dia terdiam seketika buat kali kedua,
"Macam mana kalau aku ni minum arak, mencuri, hisap dadah, berzina dengan
ramai lelaki, dan aku juga pernah menggugurkan kandunganku, perlukan aku
meminta maaf?"
Akhi tersenyum(#^_^) "Pertamanya, siapakah
diri kamu"
Dia kehairanan dengan soalan Akhi itu, dia terdiam agak lama berbanding tadi, "apa
makna siapa diri aku?"
Akhi tersenyum, (#^_^) "Kamu adalah
hamba Allah S.W.T..yang mencipta kamu adalah Allah S.W.T..tugas kita di alam
dunia adalah beramal ibadah kepada Allah, itu aje..tak ada kerja lain..
Kalau kita buat kesalahan, membunuh dan
sebagainya..maka pohonlah pada Allah..andai ia berkait dengan manusia seperti
mencuri, kalau kita tegur dia, kita minta maaf padanya, dan dia menerimanya
dengan baik, alhamdulillah..
Kalau dia tidak terima dan menyebabkan hal
itu bertambah rumit, bertambah kebencian, maka janganlah tegur dia buat
seketika yakni jangan menceritakan kesalahan kita padanya..mohonlah ampun pada
Allah S.W.T..
Cukup ke sekadar mohon ampun sahaja? Dia
bertanya...
Akhi tersenyum (#^_^).. Allah Tuhan Yang
Maha Mengetahui..soal keampunan kita, di terima atau tidak, cukup atau
tidak..itu bukan kerja kita, tetapi kerja Allah, hak Allah S.W.T..
Seperti amal ibadah, kita solat, apakah kita
akan dapat pahala? tidak, kita tidak tahu apakah dapat pahala atau
tidak..kerana bukan kita yang menentukannya, tetapi Allah..yang kita kena tahu,
siapa kita..kita adalah hamba Allah..maka tugas kita adalah berusaha menjadi
muslim yang beriman kepada Allah, itu aje..simple"
Dia kelihatan mampu tersenyum, (^_^)
"Terima kasih ya Akhi, aku akan usaha..sebab apa yang aku buat dulu adalah
tidak bermoral langsung..astaghfirullah"
Akhi
tersenyum (#^_^), "alhamdulillah..cuba buka kisah para sahabat
Sayyiduna Rasulullah S.A.W..kalau kamu katakan kamu teruk, para sahabat sebelum
mereka memeluk Islam, mereka lagi teruk, membunuh, minum arak, berzina, rogol,
dan seumpamanya..tetapi mereka bertaubat kepada Allah, mereka kembali kepada
Allah..alhamdulillah..
Kemudian, Allah mengangkat darjat mereka
menjadi mulia dan tergolongan dalam golongan yang bertaqwa kepada Allah..dan
kita juga boleh begitu, insya Allah..mohonlah ampun pada Allah..Allah Tuhan
Yang Maha Pengampun"
Dia kelihatan masih muram, dan berkata, "syukurlah,
aku risau tentang diri sendiri..hmmm"
Akhi tersenyum,(#^_^) "Kita ingat kembali
kisah jahat kita, kisah jahil kita..ia sebagai panduan kepada kita agar jangan
buat lagi..lihat bagaimana Sayyidina Umar sentiasa menangis..kenapa dia
menangis? dia menangis kerana mengenangkan kisah sebelum dia memeluk Islam, dia
telah membunuh anak perempuannya..tetapi dia tidak jadikan itu sebagai alasan
untuk tidak boleh berusaha memohon ampun kepada Allah..tetapi dia jadikan hal
itu sebagai panduan, sebagai usaha untuk lebih mendekati Allah..dan kamu juga
boleh..insya Allah..amin"
Kelihatannya, dia semakin tenang,
"amin"
Akhi tersenyum,(#^_^) "alhamdulillah..Allah
telah memuliakan mu ya Ukhuty..
Kita lihat diluar sana, masih ramai yang
tidak sedar untuk kembali beriman kepada Allah..masih minum arak, masih
berzina, membunuh,buang anak masih membuka aurat dan seumpamanya..tetapi kamu,
Allah kurniakan hati yang dapat melihat semua itu dan sedar semua itu adalah
salah, maka kamu hendak bertaubat..maka Allah telah memuliakanmu ya Ukhuty,
Allah sayangkan kamu..maka hargailah kasih sayang Allah itu kepada kamu"
Dia tersenyum, (^_^)"terima kasih di
atas nasihat ya Akhi"
Akhi tersenyum,(#^_^) "alhamdulillah, segala
nasihat, dan kata itu, bukan milikku, bukan dariku..tetapi adalah milik
Allah..Allah pinjamkan ia kepadaku..pada diriku, tiada apa-apa pun, semuanya
adalah milik Allah..maka ucaplah kesyukuran dan thanks to Allah.."
Dia tersenyum lebar.. (^_____^)
Lalu Akhi menjawap "alhamdulillah, ya
Ukhuty, semoga Allah sentiasa bersamamu dengan Iman dan Islam..Allah
sayangkanmu, melebihi sayang aku kepadamu"..
(#^_^) Subhanallah, alhamdulillah,
Allahuakbar..