Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi ni'mat hidup dan ni'mat mampu
untuk mengembara mencari langkah ke arah keredhaan Allah S.W.T..
astaghfirullah..(T__T)
Sesungguhnya Akhi teramat hina di sisi Allah S.W.T, maka diri ini
mencari bagaimanakah untuk kembali kepada Allah S.W.T di dalam golongan hamba
Allah yang mulia dengan Iman di sisi-Nya, insya Allah..amin ya
rabbi..wallahua'lam..
Di dalam pencarian itu, Akhi telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk
mengembara di dalam satu perjalanan iaitu dari Perak ke Pulau Pinang,
wallahua'lam..
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Maka, Akhi menyahut pengembaraan ini dengan berbekalkan ilmu dan
pengetahuan yang teramat sedikit, ibarat pemuda yang berjalan di tengah malam
dengan hanya memegang satu mancis yang sedikit bernyala..
Segalanya, Akhi serahkan kepada Allah S.W.T kerana segalanya Allah Tuhan
Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..
Setelah tiba waktu yang ditetapkan iaitu pada malam sabtu, Akhi telah
diizinkan oleh Allah S.W.T untuk menaiki sebuah bas ekspress di sebuah stesyen
bas di Perak..
Namun, suatu peristiwa telah berlaku sebelum itu, yakni tiket bas
ekspress telah jatuh ke dalam suatu longkang yang besar tiket tersebut hanyut
di bawa arus deras..
Namun, segalanya milik Allah S.W.T..Dia yang menganugerahkannya, maka
Akhi redha dengan segalanya kerana ia bukan milik Akhi..
Namun, Allah S.W.T mempermudahkannya jua iaitu Pemandu Bas membenarkan
jua Akhi menumpang di Bas itu walaupun tiada tiket pada
zahirnya..wallahua'lam..syukur kepada Allah S.W.T..
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Pada hati dan minda Akhi, "wallahua'lam, kejadian itu mungkin suatu
kifarah kepada aku yang banyak dosa kepada Allah, astaghfirullah..(T__T)"
Bersangka baiklah kepada setiap ciptaan Allah S.W.T, sesungguhnya
segalanya adanya hikmah, dan sesungguhnya hanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..(T__T)
Perjalanan Akhi yang hina ini tidak berhenti di situ, sebaliknya di
dalam bas ekspress, Akhi duduk bersebelahan dengan seorang gadis yang mana
tidak bertudung, namun alhamdulillah, dia memakai baju kurung..
Ketika itu, apa yang bermain di mindaku hanyalah, "apakah perlu aku
menukar tempat atau hanya berada di situ sahaja"..
Dan, akhirnya, Akhi memilih untuk berada di situ..
Akhi : "awak ni dari mana?"
Gadis : "sy dari .......(tempat study dirahsiakan), nak balik penang"..
Gadis : "sy dari .......(tempat study dirahsiakan), nak balik penang"..
Akhi : "oh, awak ni malay ya?"
Gadis : "eh, awak ni, sy malay la, awk tak nampak ke sy ni malay?"
Akhi : "oh, maaf, sy tak dapat tengok"
Gadis : "kenapa pulak?"
Akhi : "entahlah, mata sy ni nak kena tengok depan je, tak tahu kenapa"
Gadis : "ait, kenapa macam tu pula? takkan mata awak sakit kot, kalau sakit, mesti dah balut"
Akhi : "kalau boleh pilih untuk balutnya, sy dah balutnya"
Gadis : "tak faham, maksud awk?"
Akhi : "ya lah, kalau balut, kan tak nampak pulak nak jalan, tapi tulah, kena tengok depan je lah"
Gadis : "pelik lah awk ni, kenapa awk tak tengok sy masa bercakap?"
Akhi : "awk cantik sangat, kan jatuh cinta pula sy nanti"
terdiam gadis tu..
Akhi tersenyum dan menyambung : "mata sy sihat aje awk, tapi sy risau, kalau sy tengok awk yang cantik ni sekarang, nanti mata sy jadi sakit"
Gadis : "maksud awk?"
Akhi tersenyum : "cuba awk ambil kain ni (kain sebar yang diletakkan atas bahu bagi golongan pondok) dan letak di atas kepala, aircond ni sejuk, tutup sikit muka, biar aircond tak kena"
Gadis itu masih bingung tetapi menurutnya..
Akhi tersenyum : "alhamdulillah, macam ni baru tak sakit mata kalau terpandang awk, sebab tak nampak awk yang cantik ni"
gadis itu terus terdiam dan memalingkan wajah dan jasadnya ke sisi bas..
lama berdiam diri..
kemudian, dia berkata : "apakah maksud awk, mata awk sakit kalau melihat rambut sy ni?"
Akhi tersenyum : "tidak, mata sy akan sakit bila melihat awk seluruhnya"
Gadis : "sy jadi tak faham balik, maksud awk apa sebenarnya?"
Akhi tersenyum : "mata sy sihat dan tak sakit bila melihat gadis atau wanita yang jadi isteri sy, ibu sy, adik-adik sy, kalau awk, kena tutup semua, kenapa? sebab awk halal untuk sy nikahkan"
Gadis : "oh.............."
Akhi terus menyambung : "baiklah, awk, sy bukanlah baik untuk tazkirah ke, ustaz ke, atau seumpamanya..
tetapi awk, cuba awk bayangkan..
kalau rambut awk didedahkan sekarang, jadi nanti di akhirat kelak, rambut dah kena tutup pula..
tetapi kalau rambut sekarang ditutup elok, nanti dapat dibuka dengan selamat di akhirat..
tutup di akhirat tadi adalah tutup dengan kain yang dibakar api neraka..
sy bukan nak takutkan awk, atau nak nasihat ke apa, tapi cuba bayangkan begitu, sy pun tak baik pun, jahat gak, mungkin lebih jahat dari awk"
dia diam aje..
sehinggalah sampai ke jambatan pulai pinang..sebelum sampai stesyn bas sungai nibong..
dia berkata : "terima kasih awak (sambil mahu membuka kain tadi)"
Akhi : "eh, jangan buka, awk ambil aje kain ni, hadiah dari sy, pakai selalu ya, insya Allah, nanti di akhirat, kepala sejuk aje, dan tutuplah seluruh jasad awak ya, kenapa? sebab awk cantik dan wanita adalah sangat istimewa sehinggakan perlu ditutup, dan keistimewaan yang mahal itu hanya boleh diberikan kepada orang tertentu sahaja seperti suami awk"
dia terdiam..
Sampai sahaja di Stesyen Bas sungai nibong..Akhi terus bangun dahulu dan meninggalkannya..
"ya Allah, kurniakanlah nur Iman dan nur Islam kepadanya, amin ya rabb"
wallahua'lam..