Tuesday, May 22, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

ღ~Semanis Cinta Semalam~ღ

Abang Isman memaklumkan pada Najiha bahawa seorang tetamu istimewa akan datang ke rumah untuk makan malam bersama-sama. Bermakna Najiha perlu pulang awal ke rumah untuk membantu Kak Mira menyediakan juadah makan malam.

"Ima, kamu pastikan tempahan pelanggan disiapkan pada waktu yang ditetapkan, " arah Najiha kepada pembantunya.

"Sudah. Akak”..jawab pembantunya. Kamu cuba tanya sekiranya ada apa-apa masalah dengan baju barunya itu. kakak hendak pulang awal hari ini. Ada hal keluarga, "pasan Najiha.

"Baik kak."Ima akur. Tumpuan Najiha agak berkurangan hari itu kerana hatinya masih tertanya-tanya siapakah tetamu istimewa dimaksudkan Abang Isman. Sesudah memastikan segala urusan diserahkan pada Ima dan Suraya, Najiha bergegas pulang.

" Kak Mira, siapakah yang hendak datang makan malam bersama kita malam ni?" soal Najiha cuba mencari maklumat.
"Bukannya makan malam dengan kita tapi hanya Abang Isman seorang saja,"seloroh Kak Mira.

"Bukankah dia datang jadi tetamu rumah kita mestilah makan bersama keluarga kita," Najiha membalas.

" Jikalau tetamu itu lelaki, kamu hendak makan bersama?"Kak Mira bertanya.

"Jika kakaklah malu, nanti mesti kawan Abang Isman kata hendak mengurat dia ker atau saja nak tayang muka supaya nanti tersangkut hati. Hish, malu muka kalau orang sangka kita macam tu, " ujur kak Mira sambil mencebir mukanya ke muka Najiha tanda berseloroh tetapi tegas. Kak Mira terus membersihkan ikan tenggiri untuk dimasak kari mamak.

"Kak Mira, siapa yang hendak datang sebenarnya?" Najiha menyoal Kak Mira dengan nada memujuk.

"Kawan Abang Isman kamulah,"jawab kak Mira ringkas.

"Ya lah,takkan tak tahu lelaki atau perempuan?" Najiha membalas.

"Kakak kenalkah orangnya?" Najiha masih cuba mengorek kerana menyangka kakaknya menyembunyikan siapakah yang akan menjadi tetamu istimewa mereka malam nanti.

"Najiha, kakak pun tak tahu malah tak kenal pun. Abang Isman kamu tu tak beritahu kakak siapa yang ingin dibawanya," bentak Kak Mira, agak marah dengan sikap Najiha yang dirasakannya cuba memaksanya membocorkan rahsia.

"Siapakah agaknya?"hati Najiha berkata. Setelah selesai memasak Najiha membersihkan diri. Dia berteka teki sendirian tentang tetamu yang bakal mengunjungi Abang Isman.
****
"Tik!Tik!,"Sms diterima. Najiha membaca mesej yang baru diterimanya.Dia membaca beberapa kali namun ayat yang sama muncul.

" Aku tidak dapat meneruskan perhubungan kita. Aku bakal ditunangkan." Mesej ringkas namun meruntun hati seorang wanita. Najiha terkedu lalu terduduk, air mata terus memecah benteng alisnya. Hatinya remuk bagai kaca terhempas tidak terdaya lagi, pandangannya jadi kelam lalu dia terjelepok tersungkur di atas lantai yang beralaskan karpet baldu.

Dirasakan kepingan dinding-dinding mengejeknya. Begitu juga bantal-bantal dan barang perhiasan di dalam biliknya lebih-lebih lagi setiap hadiah sebagai tanda cinta kasih dan tanda setia terhadap cintanya. Semuanya dirasakan seolah-olah mengejek.

"Benarkah bait-bait ayat yang dihantar oleh Rizlan?" dia masih tidak mempercayainya. Air mata mula bercucuran mengalir dari kelopak mata. kaki tangannya makin sejuk apabila mendengar khabar itu. Langkahnya longlai dan dia terjelepok jatuh di sisi katil.

"Engkau kejam Rizlan, kejam!"Najiha berkata.

"Sampai hati engkau meninggalkan aku setelah menyatakan janji setiamu terhadap aku," esakan Najiha semakin kuat. Najiha mengoyakkan gambar dan membaling cincin pemberian Rizlan ke lantai.

********

"Najiha!Masih belum bersiap lagi?" ketukan di pintu kedengaran.

" Saya baru selesai sembahyang," Najiha menyahut panggilan Kak Mira. Kini Najiha mula mengakui kata-kata arwah neneknya bahawa Kak Mira memang seorang yang berhati mulia. Tidak pernah kedengaran perkataa yang tidak manis didengar terpacul dari mulut Kak Mira. Walaupun pernah dikhianati oleh adik-beradinya, Kak Mira tidak pernah berdendam. Kehadiran adik-beradiknya ke rumah tetap dilayani dengan baik.

" Tetamu sudah hampir sampai ke rumah. Mari tolong kakak hidangkan makanan," pesan Kak Mira

"Baik kak."sahut Najiha dari dalam bilik. Kain sembahyang hadiah hari jadi dari ibunya beberapa tahun lepas dilipat dengan baik dan diusap-usap sambil menciumnya. Memori bersama ibu menerjah ingatannya semakin menebal setiap kali mencium kain sembahyang itu, hanya itu peninggalan ibu yang paling bererti buatku wahai ibu, ianya akan ku jadikan permulaan jalan-jalan yang ibu cita-citakan untukku, anak solehah yang sentiasa mendoakan ibubapa. Ibu, aku harap ibu sejahtera sesejahtera Ibu Sumayyah yang dihadiahkan anaknya shahid mempertahankan iman, walaupun aku tahu, aku tidak seperti Sumayyah, aku hadiahkan ibu sebeban dosa derhaka untuk teman di alam barzkh. Maafkan aku ibu, "Najiha berbicara sendiri sambil bercucuran air mata melimpahi pipi.



Sesudah memastikan pakain sempurna, Najiha melangkah ke dapur untuk membantu Kak Mira.

" Mengapa mata kamu merah dan bengkak? Menangis?"soalan Kak Mira mnegejutkannya. Najiha tidak menyahut. Diam.

"Sabarlah dengan setiap dugaan yang kamu lalui. Setiap orang yang beriman tidak dikatakan beriman sehingga diuji imannya dan semua ini adalah sebahagian daripadanya,"pujuk Kak Mira.

"Inilah namanya kehidupan, setiap yang hidup pasti kembali kepadanya," tambah Kak Mira lagi.

"Kakak, kenapa ibu pergi terlebih dahulu? Saya tak ada tempat lagi menumpang kasih. Saya tidak sempat membalas jasa dan menjaganya dengan titik peluh saya sendiri," soal Najiha kepada Kak Mira.

"Itulah Tuhan, dia memanggil pulang sesiapa saja yang dikasihinya walaupun kita terlalu menyanyanginya kerana hanya dia saja mengetahui hikmahnya di sebalik kejadian di dalam hidup ini. Kita semuanya menumpang kasih, hanya Tuhan saja yang mampu memberi kasih sayang yang paling sempurna melebihi ibu kita sendiri. Untuk itu, harta yang ada pada kita hanyalah doa padaNya, ilmu yang manfaat kita sampaikan untuk kebaikan kepada umat ini dan sedekah yang ikhlas tidak boleh diungkit. Itu semua sudah mencukupi bagi mereka. Mereka tidak menginginkan harta benda tetapi itu saja di samping kita tinggalkan apa yang ditegah dan amal apa yang disuruh. Ia dinamakan anak yang taat di sisi Tuhan," jawab Kak Mira panjang lebar.

"Mira, tetamu kita sudah sampai. Tolong siapkan hidangan," muncul Abang Isman.

"Baiklah, bang," Kak Mira menjawab. Najiha membantu Kak Mira yang nampaknya agak kalut. Selepas peralatan tersedia, Kak Mira memanggil Abang Isman untuk mempelawa tetamu yang datang menikmati makan malam. Najiha berlalu ke biliknya. Dia tidak bersedia hendak bertemu dengan sesiapa jua pada malam itu. Biarlah Kak Mira dan Abang Isman saja melayani tetamu mereka.

*************************

Najiha tiba-tiba teringatkan zaman kanak-kanaknya. Rizlan, nama yang sangat dibenci satu ketika dahulu. Tetapi rupa-rupanya Rizalan memang menyukainya sejak kecil lagi. Sebab itulah dia suka mengusik Najiha apabila ada saja peluang. Peristiwa yang tidak dapat dilupakannya tiba-tiba mengusik jiwanya. Pada masa itu, guru-guru di sekolah nampanya sangat sibuk kerana sukan tahunan bakal diadakan dalam masa beberapa hari lagi. Najiha dan Azura yang sekelas cuba membantu Cikgu Haiza membungkus hadiah-hadiah untuk disampaikan kepada para pemenang pada hari tersebut.

" Kamu asingkan hadiah untuk acara sukan yang berlainan, " arah Cikgu Haiza. Beberapa pelajar lain turut membantu dan Cikgu Haiza mahu hadiah yang siap dibalut disimpan di bilik guru.

"Selepas kita menyimpan hadiah-hadiah ni, kita beli mee goreng. Aku lapar," ajak Najiha.

" Aku pun begitu. Nampak gayanya itu Rizlan. Apa hal dia datang ke mari?" Azura kenal kelibat Rizlan itu.

"Malas aku nak melayan dia. Jahat. Suka menganggu aku,"Najiha menjuihkan bibirnya.

" Siapa yang tak mengenali Rizlan? Dia memang suka menyakat pelajar-pelajar perempuan. Tetapi dia ringan tulang, sebab itu cikgu melantik dia sebagai penolong ketua darjah,"Azura seolah-olah mempertahankan Rizlan.

"Aku memang menyampah melihat muka dia. Apabila terserempak dengan aku, mesti dia mengejek aku dengan Azman,"Najiha meluahkan ketidakpuasan hatinya. Rizlan semakin menghampiri mereka berdua.

"Tersengih-sengih seperti kerang busuk,"Najiha mendengus.

"Najiha, aku minta maaf di atas peristiwa kelmarin," Rizlan menegur dengan penuh sopan. Mereka berdua berpandangan. Aneh perlakuan Rizlan hari ini.

"Sebenarnya, aku benar-benar menyesal kerana menyakiti hati engkau,"wajah Rizlan memohon simpati.




"Engkau selalu menganggu Najiha. Itulah balasanyya kerana menyakiti hati orang," Azura merujuk peristiwa Rizlan dibaling pasir oleh Najiha.

"Kalau engkau sudah insaf, aku setuju berdamai dengan engkau," Najiha menerima permintaan Rizlan. Azura tersenyum melihat mereka berdua sudah berbaik semula.

"Sebagai tanda penghargaan, aku nak beri engkau hadiah ini," Rizlan menghulurkan sekotak hadiah kecil.

" Apa yang engkau lakukan ini?Jangan susahkan diri engkau ," Najiha mengelak dari menerima hadiah itu.

" Tidak mengapa, aku ikhlas," Rizlan bersungguh-sungguh menghulurkan kotak itu.

" Ambillah, Najiha,"gesa Azura.

' Baiklah. Terima kasih," Najiha akur.Rizlan nampak gembira.

"Aku nak tolong Cikgu Zakiah membawa alat-alat sukan ke dewan,"Rizlan bergegas beredar dari situ.

"Tengok Rizlan tu, tahu kesilapannya. Janganlah terlalu sombong dengannya lagi, " Azura nampak gembira. Mereka dengan segera menuju ke kantin untuk membeli mee goreng Makcik Azizah.

"Engkau nak makan apa?" Najiha bertanya.

"Aku nak makan nasi lemaklah. Sudah lama tidak memakannya.,"Azura membalas. Sesudah mereka berdua membeli makan masing-masing, Najiha menuju ke meja yang berhampiran dengan taman mini sekolah mereka.

"Apa kata engkau buka hadiah pemberian Rizlan? Teringin pula aku nak melihantya," ujar Azura sebaik saja Najiha duduk.

"Baiklah,"ujar Najiha seraya membuka bungkusan hadiah pemberian Rizlan itu.

Azura seolah-olah tidak sabar lagi untuk melihat apakah yang dihadiahkan Rizlan. Aneh juga sikap Rizlan kali ini kerana memberi hadiah kepada Najiha.

"Mungkin dia benar-benar ikhlas,"detik hati Azura. Sebaik saja kotak kecil itu dibuka,Najiha menjerit dan bingkas bangun sambil menangis.

"Mengapa Najiha?" Azura bertanyakan Najiha.

"Cacing!!!!!!Ada banyak cacing dalam kotak itu," jawab Najiha dari jauh. Azura mengambil kotak tersebut dan sebaik sahaja terlihat beberapa ekor cacing didalamnya, Azura juga berlari mendapatkan Najiha.

""Aku nak mengadu pada Cikgu Idris. Memang Rizlan jahat," Najiha tidak sanggup melihat cacing-cacing di dalam kotak kecil pemberian Rizlan itu.Najiah dan Azura berlari ke arah bilik guru dan mujurlah guru kelas mereka berada di situ.

"Cikgu.... Rizlan mengusik saya lagi," adu Najiha kepada Cikgu Idris.

" Mengapa?Apa yang berlaku?"soal Cikgu Idris.

' Dia memberi saya hadiah tetapi rupa-rupanya dia melatakaan cacing-cacing di dalam kotak itu," terang Najiha, masih dalam keedaan cemas.

"Apa sudah jadi dengan Rizlan ni? Tak habis-habis mengusik orang. Tunjukkan kepda Cikgu kotak tersebut,' Cikgu Idris bangun dari kerusinya dan mengekori Najiha ke tempat makan tadi. Kotak hadiah dari Rizlan masih ada di atas meja. Cikgu Idris melihantya dan mengambil sekeping kad yang terselit di dalamnya.



"Terimalah hadiah ikhlas dari aku, keluarga cacing buat teman hidup kamu," Cikgu Idris membaca kata-kata Rizlan yang terukir di atas kad itu. Azura menahan ketawa dan muka Najiha kemerah-merahan menahan geram. Cikgu Idris mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Nanti cikgu uruskan perkara ini,"ujar Cikgu Idris seraya mengambil kotak itu. Najiha dan Azura hanya berdiam dan mereka berharap Cikgu Idris mengambil tindakan sewajarnya ke atas Rizlan.

"Aku tak mahu makan mee goreng ini. Geli.... Tak ada selera nak makan lagi," Najiha menolak pinggan mee gorengnya. Tiba-tiba Najiha tersenyum dengan kenakalan Rizlan. Tetapi memang benar kata-kata Azura bahawa Rizlan seorang yang ringan tulang dan benar-benar bertanggungjawab. Sebab itulah apabila dewasa, Najiha tidak dapat menolak daripada menerima bingkisan cinta dari Rizlan yang kini bergelar akauntan.

Tetapi dia berasakan sungguh kecewa apabila cinta yang mula dibajainya tiba-tiba layu di tengah jalan.

Impian untuk hidup bersama hancur berkecai. Memang dia kecewa dengan tindakan Rizlan yang tiba-tiba sahaja memutuskan hubungan mereka semata-mata dia hendak ditunangkan. Begitu rapuh cinta Rizlan terhadapnya. Dia tidak akan berdiam diri kerana begitu terasa dirinya dipermainkan. Dia sedang merancang apa yang patut dilakukannnya untuk mendapatkan cerita sebenarnya.

Sedang Najiha asyik melayani perasaan yang sedang sugul sejak tadi, terdengar ketukan di pintu. Kak Mira muncul.

"Najiha, Abang Isman panggil. Dia hendak perkenalkan tetamu kita kepda kamu," ujar Kak Mira, tersenyum.

"Malaslah saya hendak berkenalan dengan orang tu,"jawab Najiha malas.

"Janganlah begitu. Tetamu datang ke rumah, kita mesti melayaninya dengan baik," pujuk Kak Mira.Najiha mendiamkan diri. Kak Mira menuju ke arah Najiha dan menarik tangannya. Najiha terpaksa menurut kehendak Kak Mira. Walaupun hatinya sedang dirundung duka, tetapi kerana menghormati Abang Isman, Najiha menurut sahaja.

"Najiha, abang hendak perkenalkan kepada tetamu kita ini," kata Abang Isman apabila melihat wajah Najiha muncul. Najiha membatukan diri. Hanya menunggu tindakan Abang Isman seterusnya. Tetamu itu duduk membelakangkan Najiha.

"Perkenalkan ini kawan abang," Abang Isman memperkenalkan tetamu itu. Najiha masih berdiri tegak serta tunduk tanpa sebarang reaksi. Dia masih terlalu sedih dengan berita yang diterimanya sebentar tadi.

"Sebenarnya, tetamu kita ini hendak melihat wajah bakal isterinya..Dia datang hendak merisik," kata-kata Abang Isman membuatkan Najiha tergamam.

"Apa yang sedang berlaku ini?Saya tak faham. Saya tidak pernah bersetuju untuk.."tiba-tiba Najiha terhenti dari berkata-kata.

"Rizlan....... apa yang engkau buat di sini?"Najiha terkejut apabila tetamu itu memalingkan muka ke arah Najiha. Tetamu itu tersenyum.

"Engkau tidak bersetuju untuk apa?" tanya Rizlan kembali.

" Tak ada apa-apa,"suara Najiha tergagap.

"Najiha,kamu kenal dengan dia?"Abang Isman pula tergamam. Kak Mira mencuit tangannya. Masing-masing tidak faham apa yang sedang berlaku.

"Ya bang, saya mengenali Najiha sejak kecil lagi, " terang Rizlan yang pada pandangan Najiha sungguh kacak dengan kemeja warna merah hati itu.

"Engkau kata bakal ditunangkan?Mengapa engkau ke sini?"Najiha masih keliru.

"Memang betul. Aku Aku bakal ditunangkan dan malam ini aku hendak melihat wajah bakal isteriku yang memang direstui ibubapaku.



Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment