(SEMUA UMAT ISLAM
MESTI BACA DAN BERUBAH !!!!)
Selepas itu,
Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
...
2. Selepas semua
makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari
ini?”
Tiada siapa yang
menjawab.
Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.
Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati.
3. Selepas 40
tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk
kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa
padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat
seperti bumi.
4. Sekelian
manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang
berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa
malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib
& masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah
api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin
dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu
akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan
nasib mereka - nafsi-nafsi
7. Setelah semua
makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka
tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba
langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala.
Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian
matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika
matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh
bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau
tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu
kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja.
Orang bukan mukmin
akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum
airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini
lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih
sejuk dari embun.
Ia mempunyai
saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk
berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan
dari Arasy.
Mereka ialah:
1. Pemimpin yang
adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan
berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina,
tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi
(tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati
Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana
tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah
berjumpa dengan para Nabi".
Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali
kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana
Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta’ala.
Maka kumpulan
besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa
a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw.
Jarak masa antara
satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah
baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa
baginda.
14. Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk
kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit,
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar
(besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang
amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang
malaikat yang besar dan gagah.
Dalam bahasa mudah
ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat
di dalamnya.
Ia dilingkungi
embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih
kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .
Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh
makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
Lalu dimulakan
timbangan amal.
Ketika itu
berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke
leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab.
Kitab amalan ini
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia
beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir &
munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut
ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang
pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama
kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba
giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka
lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang
mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk
akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.
Daun yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini
disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara
pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan
baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika
dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan
menjadi saksi.
Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan
ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi
Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan
penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan
manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan
manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini
tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan
rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi
syafaat kepada para pengikut mereka.
Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang
yang lain.
28. Setelah
berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan
sirat.
Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata
pedang.
Bagi orang mukmin
ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin
Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik,
5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang
melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan
berjalan kaki.
Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu
mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat
berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang
yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.
999 orang akan
terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal
Abidin Muhammad Al-Fathani