Wednesday, June 1, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Tanda seseorang itu ikhlas~



 -Orang keji atau puji baginya sama sahaja,
Dipuji hati tak berbunga,di keji hati tidak pula derita.

-Kalau dia rajin atau beribadah di waktu seorang atau di waktu ramai sama sahaja,
Tak pula bila ramai panjang berjela doanya,agar di katanya alim ilmu agama.

-Apabila letih bekerja pula dia tak pula marah-marah dengan orang lain yang menggangunya atau langsung tak buat kerja.
Tidak pula naik angin atau banding-bandingkan kerjanya  kerna ia yakin Tuhan sentiasa memerhatikan nya kerna kerja juga ibadah niat kernaNya.


-Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja hatinya tidak pula berkata “moga-moga ada orang yang melihat dan ada pula yang akan memujinya”.
Dilihat atau tidak dari segi ibadah atau bekerja dia tekad buat semua itu kerana Allah sebab ia yakin jika dia iklas benda susah akan menjadi mudah.

-Setiap kebaikan yang dia buat dia tak suka orang lain lihatnya kerna ia bimbang hatinya akan berbunga-bunga.
Kerna itu dia tahu semua nikmat Tuhan yang punya kuasa bagi dirinya adalah hamba yang hina.

-Kalau di puji susah hatinya,resah gelisah di buatnya,namun kalau di keji hatinya boleh menerima apa sahaja,dalam hati kecilnya selalu berkata”Aku hamba Allah tentu ada cacat celanya.”
Kalau di puji pertama yang keluar dari mulutnya “Syukur Alhamdulillah” di keji juga pun bersyukur kerna telah membetulkan kesilapan dirinya yang mungkin secara tidak sengaja di lakukannya.


-Dia berbuat baik bukan kerana di gesa-gesa,tapi kerana sayang sesama manusia  dan cintai kepada Tuhannya.
Tanpa di suruh tanpa di paksa dengan sendiri dia akan menghulurkan bantuan dengan wajah yang ceria sedikit pun tiada selindung kata dalam hatinya.

-Dia berbuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tak buat apa kata orang pula.
Bagi dirinya jawatan itu satu amanah yang tertanggung di bahunya bukan masyarakat yang amat di takutinya tapi azab Allah itu menjadi perkara yang terpenting punca segala azab derita dunia dan di akhirat sana.

-Dia tidak bersikap kalau rajin dipuji dia akan rajin buat,kalu tak di puji dia langsung tak buat.
Baginya segala pujian hanya pada Allah semata-mata kita didunia ini hanya sementara dipuji atau di keji semuanya pun akan mati tapi yang baik akan sentiasa di ingati..dikeji  akan selalu di jauhi untuk diteladani.




-Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebut supaya orang tahu.
Dia senantiasa malu dengan apa yang telah di berikannya kerna dia akan rasakan terlalu sedikit sumbangannya kerna itu dia tidak suka menyebut-nyebut, dia malu andai orang tahu segala apa yang di berikannya itu timbul hati berbunga riak, kerna dia tahu pemberian Allah padanya berlebih lagi tidak terhitung olehnya.

-Bukan pula di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak mulia.
Bagi dirinya adalah sama di hadapan atau di belakang orang sekalipun dia senantiasa di perhatikan oleh Allah, dia tidak selindungkan apa sahaja dari manusia tentang dirinya yang patut semua tahu dan andai dia rasakan ada yang patut dia sembunyikan itu semua kerna dia tidah mahu orang lain bimbang akan dirinya berlebihan dan mewujudkan simpati orang, dia ceria dan ramah dengan semua kerna itu ukhuwah sesama manusia, namun batasan tetap di jaganya biar terkadang orang tersalah angapan namun niatnya tetap satu bukan untuk dirinya segala apa yang di lakukannya itu.
Itulah niat hatinya tetap sama andai terpahat di sanubarinya tak akan hilang andai di bawa kemana-mana,tak akan berkurang sedikit pun andai selalu di sebutnya,selagi nyawa masih di jasad selagi itu sentiasa terpahat kalimah keramat.......
“AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH SELAIN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.”

Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

Anonymous said...

credit kat entri nih..payah nak jumpa org btl2 ikhlas...

Post a Comment