Sunday, June 19, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Couple Punca Zina


1. Orang yang bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tak akan boleh menjaga hijab.
3. Orang yang bercouple biasanya berdua²an dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau luar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
5. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


1. BERDUA-DUAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud :
"Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan."


2. BERSENTUH-SENTUHAN

Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud :
"Jika salah seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya." (Hadis riwayat Tabrani)


3. PANDANGAN BERAHI

"Katakanlah kepada orang-orang mu’min laki-laki: Hendaklah mereka menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…

Dan katakanlah kepada orang-orang mu’min perempuan : Hendaknya mereka itu menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…"
( Aan-Nur : 30-31 )



4. PERGAULAN BEBAS

“Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya mahram...” (Riwayat Imam Bukhari)


5. CARA BERPAKAIAN BERSOLEK & WANGI-WANGIAN

Firman Allah yang ertinya :
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu melabuhkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka...” (Surah An-Nur : Ayat 31)


6. MENGELUARKAN KATA-KATA LUCAH ATAU MENONTON BAHAN LUCAH

Rasullullah s.a.w bersabda :
Ertinya : Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suami sehingga seperti (suaminya) melihatnya. (Riwayat Al-Bukhari)


Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment