Thursday, June 9, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Mengenal Tuhan dengan hati....


Dengan akal sahaja seseorang itu tidak akan mengenal Tuhannya,
Kekuatan akal hanya sekadar tahu,
Yang mengenal itu adalah hati,
Lantaran itulah ramai di antara kita tidak mengenal Tuhan hanya sekadar tahu,
Bahkan ada di kalangan kita tidak percaya wujudnya Tuhan,
Hati atau jiwa itulah hakikat diri,
Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta,
Ia mampu mengenal Tuhan secara hakiki,
Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup didalam jiwa,
Rasa itu akan dibawa kemana-mana,
Kerana itulah hati dikatakan raja dalam diri,
Akal hanya sekadar  penasihat sahaja,
Raja sudah tentulah orang yang paling cerdik,
Kerana itulah dia mampu mengenal Tuhannya,
Kecuali hati atau jiwa yang telah mati atau buta.


Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri,
Makin cerdik akal, makin cepat buta atau mati jiwanya,
Jangan mengabaikan hati atau jiwa,
Akal hanya menyuluh tapi hati dan jiwa yang menentukan,
Akal hanya memberi panduaan tapi hati yang meyakinkan,
Kerana itulah semua anggota badan harus berfungsi,
Dia akan menguatkan satu sama lain,
Jangan hanya akal sahaja yang berfungsi,
Hati dan jiwa di abaikan.

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment