Sunday, June 5, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Adakan Kita Tahu?


 Ramai orang mengaku islam,
Tersinggung kalau dikatakan dia bukan orang islam,
Tapi persoalan iman mereka tidak dipedulikan,
Syariat mereka abaikan, akhlak dipandang kecil sahaja,
Sebut utamakan Akhirat rasa tersinggung,
Menyebut Allah Taala sebagai budaya sahaja,
Bukan dari hati yang takut,atau bukan men jiwa yang rasa bertuhan,
Atau Tuhan disebut buat penyedap kata,
Semata-mata sebagai budaya,
Yang difikirkan dan diperkatakan hanya kemajuan-kemajuan,
Seolah-olah kemajuan, pembangunan dan kekayaan adalah segala-galanya,
Padahal berapa ramai orang yang maju dan kaya,
Rumahtangga huru-hara,
Anak,isteri tidak seia dan sekata,
Kasih sayang tidak ada,
Keharmonian hidup tidak ada  di dalam keluarga,
Tidak pernah rasa bahagia,
Jiwa kosong fikiran berserabut,
Kesannya mudah marah,
Mudah tersinggung,
Mudah merajuk,
Rupanya pembangunan,kemajuan dan kekayaan,
Tidak menjamin membawa kasih sayang,
Kemewahan hidup tidak menjamin keharmonian di dalam keluarga,
Pada kekayaan belum menjamin membawa bahagia.



Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment