Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak daripada Tuhanmu. Dan Allah sesekali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah 2: 149)
Ayat di atas jelas menunjukkan arahan Allah s.w.t. agar menghadapkan wajah ke arah kiblat ketika solat sama ada ketika bermukim mahupun bermusafir.
Wajah dalam ayat di atas bermaksud muka dan tubuh, mata atau dada.
Sekiranya dalam keadaan musafir, terlampau sejuk (seperti ribut salji atau angin sejuk untuk berhadapan dengan kiblat), terikat, bahaya dan darurat-darurat lain, maka solat tetap sah jika tidak mampu menghadap kiblat.
Kiblat Ketika Musafir
Hukum dalam keadaan ini dibahagikan kepada dua keadaan:
Solat Sunat
Para ulama telah ijmak bahawa dibenarkan untuk menghadap ke hadapan sahaja jika ia berada di atas kenderaan dalam musafir yang panjang. Malah dibenarkan juga menunaikan solat secara isyarat sahaja, sujud hendaklah lebih rendah daripada rukuk.
Ia berdalilkan kepada hadis tentang Baginda s.a.w. yang hanya menurut mana-mana arah perjalanan kenderaan apabila telah memulakan perjalanan. Terdapat hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang menyebut keadaan demikian. Tetapi Nabi s.a.w. hanya solat di atas kenderaan hanya untuk solat sunat sahaja.

Solat Fardu
Tidak dibenarkan solat di atas kenderaan menurut mazhab al-Syafi’i kecuali dalam keadaan yang tersangat berbahaya dan diberikan keringanan jika berada di atas kapal. Ini kerana Nabi s.a.w. turun dari kenderaan apabila ingin menunaikan solat fardu sebagaimana hadis Nabi s.a.w. ini yang bermaksud: “Nabi s.a.w. menunaikan solat di atas kenderaan menurut mana-mana arah yang ada di dalamnya dan apabila ingin menunaikan solat fardu, Baginda turun dan menghadap kiblat.” (Riwayat al-Bukhari)

Sumber: Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman