Thursday, March 31, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Keutamaan Cinta Kerana Allah


"Drpd Abu Muslim al-Khaulani drpd Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali nauganNya.'"

Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: "Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya." (Riwayat Ahmad)


Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment