Wednesday, March 9, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Tatatertib Wanita Di Dalam Masjid



Yahya bin Qaza’ah menyampaikan kepada kami, Ummu Salamah katanya : Apabila rasulullah s.a.w memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam baginda dan baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum baginda bangun. Katanya:"Kami berpendapat wallahu a’laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dahulu daripada lelaki.” (Bukhari)

Huraian

Sebarang perkara yang mendatangkan fitnah, hendaklah dielakkan apalagi dalam mengerjakan ibadat solat sedangkan solat itu bertujuan mencegah kekejian dan kemungkaran

Oleh itu bagi wanita yang mengerjakan solat di masjid seboleh-bolehnya mengelak daripada sebarang fitnah yang berpunca daripada berbagai perkara seperti bertabarruj (berdandan atau bersolek), ikhtilath (bercampurnya antara lelaki dan perempuan), memakai wangi-wangian dan lain-lain.

Maka apabila selesai mengerjakan solat cepat-cepatlah pulang ke rumah dan jangan sekali-kali mendedahkan diri pada pandangan lelaki yang bukan mahram sebagaimana yang dimaksudkan di dalam hadith di atas.

Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

MyZone~theUn4given said...

ilmu yg berguna...terima kasih..:)

Post a Comment