Friday, April 1, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Suatu malam, Ismail al- Adawiy bermimpi TERSANGAT ISTIMEWA telah datang mengunjunginya, iaitu kekasih Allah, Rasulullah s.a.w.


Suatu malam, Ismail al- Adawiy bermimpi dan mimpinya itu sangat mengembirakannya pada keesokan harinya sehinggakan isterinya sedar akan perubahan suaminya tetapi isterinya tidak tertanya mengapa. Lalu, Ismail mendekati isterinya dan menceritakan bahawa seseorang yang TERSANGAT ISTIMEWA telah datang mengunjunginya, iaitu kekasih Allah, Rasulullah s.a.w.

Cerita Ismail, Rasulullah ada memberi beberapa pesanan, dan salah satunya, Rasulullah s.a.w telah menyuruh Ismail menghadap penguasa Basrah, Sultan Isa Bajan dan menulis sepucuk surat bagi menceritakan apa yang berlaku pada dirinya semalam. Ismail terus mendapatkan pena dan kertas untuk menulis.

Setelah selesai menulis, Ismail terus mengahadap raja. tersangatlah debar hatinya kerana tidak pernah ke istana raja. Apabila Ismail tiba di hadapan istana sultan, dia lantas menemui pegawai istana yang bertugas.

"Bolehkah sekiranya tuan sampaikan surat ini kepada tuanku? Sesungguhnya surat ini amat penting."
Pegawai menyoal "Apakah yang sangat penting sehingga ia perlu segera sampai kepada tuanku? Tahukah kamu tuanku amat sibuk dengan urusan negara?"

Ismail cuba menerangkan bahawa surat itu adalah rahsia yang sangat perlu tuanku ketahui dan dia meyakinkan pegawai tersebut bahawa tuanku tidak akan marah di atas gangguan menyampaikan surat ini. Pegawai cuba menegaskan lagi bahawa sultan sedang bermesyuarat dan dikhuatiri sultan akan murka. Ismail memujuk.
        
"Khalifah Umar al-Khattab turun menjengah apabila mendengar rintihan rakyatnya, begitu juga Khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah kini apabila seorang rakyat sahaya yang datang menghadap, tuanku tidak sudi mendengarnya? Sultan Isa Bazan seorang pemerintah yang baik dan kuat beribadah. Kamu pasti mengerti selepas surat ini sampai kepada tuanku."

Selepas berkali-kali memujuk, akhirnya pegawai istana bersetuju walaupun dengan hati yang berat. Sultan yang sedang bermesyuarat bersama menteri-menteri lain, berhenti seketika apabila surat ini sampai kepadanya dan tiba2 tangan tuanku menggeletar. Semua yang hadir terpegun dengan kelakuan tuanku namun tiada yang berani bertanya. 

Kemudian tuanku bertitah kepada pegawai "Daripada siapakah kamu mendapat surat ini??"
pegawai istana kecut perut melihat reaksi sultan dan menjawap "Saya mendapatnya dari seorang lelaki yang bernama Ismail. Dia sekarang berada di pintu masuk istana tuanku"

"Jemput Ismail masuk menghadap. Mesyuarat ini kita tangguh dahulu. Beta ada hal yang lebih mustahak mahu diselesaikan" titah raja. Baru sahaja pegawai hendak melangkah keluar, sultan tiba-tiba berubah fikiran dan bertitah lagi, "Janganlah kamu memanggilnya, adalah lebih cepat sekiranya beta yang pergi kepadanya dan menjemputnya sendiri. Sediakan wang sebanyak empat ratus dinar."

Mereka yang berada di situ tercengang dan kehairanan dan ada antara mereka beranggapan tuanku mendapat ugutan bunuh tetapi disangkal oleh menteri yang lain. Mereka akhirnya memilih untuk menunggu dan melihat kesudahannya.

Dipendekkan cerita, Ismail yang sedang menunggu berasa pelik melihat segerombolan manusia menuju ke arahnya, dan dia amat terkejut Sultan Isa Bazan sendiri muncul mengahdapnya, di tangannya ada surat yang diberikan tadi.

Sultan lantas bertitah " Adakah kamu, Ismail?"
Ismail menjawap ringkas sambil bergetar-getar suaranya "benar tuanku."
"Mari ke sini, ini adalah pemberian saya untuk kamu" titah raja seraya menyerahkan uncang berisi 400 dinar kepada Ismail selepas mereka bersalaman. Dalam kebingungan, Ismail berkata "Terima kasih di atas pemberian tuanku, hanya Allah yang mampu menilai dan membalasnya dengan setimpal kelak".
 
"Tidak mengapa wahai Ismail, cuma beta ada beberapa persoalan dan beta harap kamu menjawapnya dengan jujur". Ismail menjawap " Insyaallah tuanku, saya cuba menjawapnya dengan jujur". "Mengapa surat kamu berbunyi begini?"

"Tuanku sudah melakukan solat sunat setiap malam seratus rakaat dan pada setiap malam jumaat empat ratus rakaat. Namun pada malam jumaat sudah, tuanku sudah meninggalkan empat ratus rakaat yang sepatutnya dilakukan. Oleh yang demikian, tuanku dikifarahkan sebanyak empat ratus dinar di atas kelalaian pihak tuanku dan duit itu perlu diserahkan kepada pembawa surat ini".

Sultan Isa Bazan menyambung, "bagaimana mungkin kamu mengetahui beta sudah terlalai daripada mengerjakan solat sunat 400 rakaat pada malam jumaat sudah sedangkan tiada siapa tahu berkenaan amalan beta  itu melainkan Allah sahaja?"
"Sebenarnya saya juga tidak tahu perihal amalan tuanku itu, hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Namun semalam, seusai bertadarus, saya tertidur dan dalam tidur itu saya didatangi sesusuk makhluk Allah yang paling mulia"

Terbeliak mata Sultan Isa Bazan mendengar penjelasan Ismail. Mereka yang mengiringi beliau ketika itu juga khusyuk memberi perhatian pada perbualan itu. Beliau lantas menyoal Ismail, "Siapakah orang yang dimaksudkan kamu, wahai Ismail?"

"Orang mulia itu ialah Nabi Muhammad"

"Benarkah kata-kata kamu ini, wahai Ismail?"

"Tidak syak lagi tuanku. Rasulullah yang meminta hamba datang menghadap tuanku dengan menulis surat nerkenaan perkhabaran itu"
Sultan Isa Bazan kelihatan sungguh kagum dan terharu, hampir sahaja menitiskan air mata. "Kamu seorang yang istimewa dan bertuah. Saban hari beta beribadat dan berharap supaya berjumpa Rasulullah tetapi tidak kesampaian. Namun akhirya Rasulullah menyampaikan pesanan melalui kamu".
"Sungguh, kamu tidak berbohong. Saya yakin kamu juga bukan orang biasa-biasa melainkan darjat dan makam kamu sungguh mulia di sisi Allah dan rasulNya. Maha suci Allah dan maha benar utusannya Nabi Muhammad s.a.w, saya amat terharu Rasulullah menegur sendiri kelalaian saya. Saya berjanji tidak akan meninggalkan ibadat-ibadat itu lagi".

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment