Monday, October 31, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Murahnya Kasih Sayang~

Murahnya Kasih Sayang …
Hanya Kerana 20 Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah pada lewat malam dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang baru berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah...

Anak : Ayah...ayah…boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah : Hmmm...nak tanya apa?
Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking...
Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah : 20 ringgit sejam…Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya.
Anak : Oh…20 ringgit… Amin menundukkan mukanya.
Anak : Ayah…boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi !? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya… Sudah! pergi masuk bilik… tidur! Dah pukul berapa nih...!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sehingga 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya, didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah… ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping wang 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit tu?" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan...
"Duit ini Amin kumpul dari wang belanja sekolah Amin yang ayah bagi tiap-tiap hari tu.  Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa?" Jerkah ayahnya lagi. "Ayah... sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah,ayah ambil duit ni… Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu...Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya, sambil memulangkan wang 20 ringgit kepada ayahnya…

Moral yang boleh diambil daripada cerita ini

" Berkongsilah masa sebanyak 20 ringgit"  itu bersama-sama dengan insan yang kita sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang harinyanya, yang akan bekerja esok dan lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa kita berlalu dalam kesibukan dengan begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka yang begitu rapat dengan kita…yang sentiasa berada di dalam hati kita…
Bayangkan, bagaimana apabila sudah bekerja, kalau kita mati… pihak syarikat akan senang-senang mencari orang lain untuk menggantikan tempat kita… Tapi...Isteri, keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang kita tinggalkan di dunia ini pasti akan merasa suatu kehilangan yang amat besar sepanjang hidup mereka... Fikirlah, selama ini... apakah yang kita telah buat demi keluarga kita, untuk insan yang kita sayang???




Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment