Friday, October 28, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi~

Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah
pendengarannya kian berkurang lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah
dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.


Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah
ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraff, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkah Aliyah diatur tenang.

Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya
dia kembali kepada suaminya.


Asraff hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia
sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

Kau mampu Asraff, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga, sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
Abang Asraff, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis, masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis ditelinga Asraff.

 
 
Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?
pelik benar permintaan isterinya. Hendak diapa-apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan
hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid,
gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.


Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang, terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
Kak Aliyah yang minta, masih lembut dia memujuk Qis.
Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis! terkejut Asraff.
Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.
Qistina mengalih pandangannya.


Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini
Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil
Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu
jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak
berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke
mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah
bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan
di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara
bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina
melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraff yang
dulu. Asraff anak Imam Kampung Seputih. Asraff yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya,
apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan
tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit tit..sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan
isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis
sehebatnya untuk bersama Abang.
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraff, Suami yang tersayang.
Asraff diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi
temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang
membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah
kemukakan penilaian Aliyah.

 
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang
diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri
pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi
Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang..


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera
Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah
kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,
masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang
muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita
semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula
anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang..


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk
mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung hmmm.. Aliyah
sayangkan Abang...


Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau
diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di
Sawarak. Menunggu Abang.. Aliyah sayangkan Abg..
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah.. Aliyah sayangkan Abang..
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan
kegemaran Abang, roti canai...air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!

Hanya Allah Sahaja Yang Maha Tahu..

 

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment