Sunday, October 2, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

SIAPA YANG TAK TERINGIN BERBUAT DOSA?

SIAPA YANG TAK TERINGIN BERBUAT DOSA?
Satu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tidak teringin berbuat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haramnya asalkan sedap menjamu selera. Semua itu menyeronokkan, “jawap orang alim itu.
“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?.
“Perumpamaannya beginilah.. Wahai anak muda... Saya pergi ke sebuat restoran ternama, terkenal dan sedap semua masakannya. Nafsu saya meronta-ronta hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, kambing panggang besar  dan banyak lagi semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”

“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati kita. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang dan takut kelak nanti saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan atau terlalu sedikit amalan berbanding dosa yang saya lakukan?”
Maka fahamlah lelaki itu yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu untuk membayar segunung dosa-dosanya, ketika  hidupnya bergelumang noda dan dosa di atas dunia yang hanya sementara.





Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment