"Perjuangan ibarat tiram di laut dihiris pepasir tercalarlah ia sungguhpun terluka tapi dipendam sungguhpun pedih tapi disimpan akhirnya dibalas mutiara berharga."
Pages
Artikel Terkini..
Mukadimah
"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di atas bumi, keluarkanlah, jika sukar memudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."
"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."
Mutiara Kata...
Masa Berharga
Doaku...
Ukhwahfillah
Click utk Menyumbang.
Asma Al Husna
D'Talian Sekarang
Fisabilillah
Total Pageviews
My Blog List
Usah Risau Jika Belum Berpunya...
“Aku tak cantik ke?”
“Aku kurang bergaya ke?”
“Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”
“Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya.”
Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang masih belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membutakan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik- serik lagi diri didustai. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan- Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.
Oh, remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak- anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para- para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba giliran anda mendapat seruan, yakinlah!
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita- cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu jugak buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul- betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan berputus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan- Nya. Teruskan berusaha!
Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik- baiknya, gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam yang jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti. Sama ada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau sebaliknya. Wallahu’alam.
(Fatimah Syarha Nordin, 2008)
3 comments:
- bunga said...
-
“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi??
Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI mengiringi.” - March 28, 2011 at 10:56 PM
- cahayasuria said...
-
salam...
biar tidak cantik, biar kurang bergaya, biar gaji tak seberapa, biar tak pandai mengayat....asalkan baik budi pekerti, bertanggungjawab, penyayang, penyabar, menghormati orang lain, dan yang paling penting beriman dan bertakwa kepada Allah...kerna itu sajalah resepi kebahagiaan rumah tangga...moga
masjid yang akan dibina kukuh sehingga ke pintu Syurga...keluarga sakinah...suami yang soleh, isteri mithali...anak yang soleh dan solehah...itulah impianku....ameen... - March 31, 2011 at 6:59 PM
- ungu violet said...
-
ya ALLAH hebat sungguh kuasamu
- July 19, 2011 at 11:20 PM
Followers
About Me
- Sebutir Kasih Sejuta Sayang
- Penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna... Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga... Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah... Penulisan ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama... Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,Gerbang menuju Jannah... "Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."
Laman SKSS
Lencana Facebook
Keluarga Sakinah
Blog Archive
-
▼
2011
(292)
-
▼
March
(38)
- Info Solat: Mengadap Kiblat
- Keutamaan Cinta Kerana Allah
- Info Solat: Mendakap Tangan Ketika Berdiri
- Usah Risau Jika Belum Berpunya...
- 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
- Bahaya Dosa...
- Perbuatan maksiat lemahkan hati...
- HAWA dijadikan ketika ADAM a.s tidur...
- KISAH NABI IDRIS Alaihi Salam
- Puasa Sunat Hari-hari Putih (13, 14 & 15 hari bulan)
- Cara Elak Melakukan Maksiat.
- Tafsir Al-Quran: Al-Fatihah
- Dagang Di Dunia
- Kepentingan Menjaga Solat.
- Bila Lelaki Kehilangan Tulang rusuknya!
- Berlindung Dari Mala Petaka
- Kembali Ke Asalnya
- Larangan Meminta-minta Mati
- Alamat Mimpi
- “Kasi” Vs “Kahwin”
- Isteri Solehah
- Wanita Solat Di Belakang Lelaki
- Tatatertib Wanita Di Dalam Masjid
- Isteri Derhaka…
- Elakkan Berkata "KALAU"
- Jihad Kaum Wanita
- Wuduk
- ~Damai Kasih Mu Ilahi~
- ~Ibu Bapa Yang Sholeh Dan Kesannya Terhadap Anak~
- Kehebatan Berzikir...
- Zikir
- Rahsia Sanubari Yang Terpendam...
- ~Bagaimanakah yg dikatakan unggul kehidupan~
- ~Mengingati Mati Sebagai Salah Satu Cara Berkesan ...
- KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH
- Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis...
- Sahabat, Kawan, Rakan dan Kenalan...
- ~Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya~
-
▼
March
(38)
Kategori
Popular Posts
-
Bulan terbaik untuk berpuasa setelah bulan Ramadhan ialah bulan Muharram. Diikuti selepasnya bulan-bulan haram yang lain iaitu Dzul-Qae...
-
Jika Belum Bersedia, Cintai Ia Dalam Diam Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... Karen...
-
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yan...
-
Mira mengelap badannya yang basah dengan tuala biru. Apabila dirasakan badannya sudah kering, Mira belari-lari anak menuju ke almari Micke...
-
Hari-hari putih ( أيام البيض ) ialah hari-hari di mana malamnya bulan mengambang penuh iaitu pada 13, 14, dan 15 haribulan kalendar Is...