Monday, July 18, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Pergilah Air Mata~

Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan juga kerana aku ingin kau kembali padaku, tapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar melepaskan kau pergi.
Aku  akhirnya dapat belajar dan menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum pada ku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas kerana jatuh cinta padamu!
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi dengan paksaan.
Tiada kasih yang lebih manis dari kasihnya cinta, tiada kasih yang lebih perit serta pahit dari putusnya cinta dalam derita.

Cinta sejati adalah apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun kita tahu hakikatnya kita terpaksa melepaskannya pergi.
Jiwa yang putus cinta selalunya diiringin dengan air mata.
Cinta tak berbalas bagaikan layang-layang yang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati,dia juga adalah soal jodoh.Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya siapa jodoh kita.
Sejauh mana dan sedalam mana pun cinta kita namun tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan menuju gerbang perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta.
Kahwinilah pada orang yang lebih mencintai kita, dari kita terlalu mencintai diri orang lain. Itu lebih baik dari mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Melupakan seseorang yang amat disayangi amat sukar.Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

Anonymous said...

karya yang menarik :)

Post a Comment