DARAH SATRIA
Kau pernah mendaki puncak itu bersama sisipan senjata
buat bekalan menelusuri tanah juang.
buat bekalan menelusuri tanah juang.
Di sebalik kegelapan malam itu
gelisah sering bertandang
Kerana khuatir kepada jerkah sang musuh
kerana khuatir kepada jerangkap samar.
gelisah sering bertandang
Kerana khuatir kepada jerkah sang musuh
kerana khuatir kepada jerangkap samar.
Langkahmu harus waspada
namun apakan daya
tika kau berjaya menawan puncak itu
si musuh keparat membuat angkara
darah merah membuak-buak keluar
persis tekadmu yang sentiasa tegar
sebagai pembela maruah bangsa.
namun apakan daya
tika kau berjaya menawan puncak itu
si musuh keparat membuat angkara
darah merah membuak-buak keluar
persis tekadmu yang sentiasa tegar
sebagai pembela maruah bangsa.
Wahai satria
gugurmu bukan sebarang
namamu tetap dijulang.
gugurmu bukan sebarang
namamu tetap dijulang.