Taqwa bukan sekadar keperluan, bukan sekadar kelengkapan, tapi sesuatu “keharusan” bagi sesiapa pun yang berhajat meraih kebahagiaan batin, ketenteraman sejati. Tanpa itu hidup tidak terasa lengkap. Jiwa kosong dan tempang.
Manusia betapapun genius dan hebatnya tetap sahaja menyimpan garis-garis kelemahan dan kerapuhan. Betapa perkasanya tak mungkin terlepas dari keterbatasan. Banyak masalah hidup yang mengitarinya dan tidak selamanya mampu ditaklukkan.
Sedangkan dalam batin manusia itu sendiri merupakan medan perperangan yang tidak kunjung habis, antara dua kekuatan yang bertentangan secara radikal, antara kebajikan dan kejahatan. Dengan kata lain dalam setiap diri menyimpan dua kekuatan antara positif dan negatif. Bertentangan dua kekuatan itulah yang memaksa manusia untuk berlawanan dalam perjuangan moral yang tak kunjung habisnya.
Di luar dirinya sendiri manusia menghadapi perlawanan jahat dari barisan syaitan yang biadap. Sebagai musuh berbuyutan yang tidak pernah mengenal erti persahabatan. Mereka bersumpah di hadapan Tuhan ingin menhancukan kehidupan manusia dengan dosa, kemaksiatan dan bermacam kezaliman. Mereka bertekad untuk mencetak generasi manusia yang kasar, kejam biadap dan pemberontakan-pemberontakan ajaran Tuhan. Sebagaimana tersebut dalam firman Allah, surah Al-A’faf ayat 16-17:
Iblis menjawap:
“Kerana Engkau talah menghukum saya tersesat saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus”.
Kemudian:
Aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka yang kebanyakan mahu bersyukur. (Ertinya akan lebih banyak yang kufur, menentang dan memberontak dari hukum-hukum Tuhan).
Melalui anasir-anasir jahat yang memang ada pada setiap diri manusia iblis akan lebih mudah melancarkan provokasinya, merosak dan menyesatkan jalan hidup manusia, dan jika kejahatan dalam diri manusia telah terpadukan dengan pujuk rayu syaitan maka menjelmakan satu kekuatan ampuh yang keji, yang menghambakan secara total pada nafsu, akal dan nurani manusia. Maka manusia pun berubah seratus lapan puluh darjat.
“Dan orang-orang yang kafir (perberontak kebenaran) itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka akan makan seperti layaknya binatang-binatang (tanpa mengenal moral dan hukum-hukum Tuhan). Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”. (Surah Muhammad ayat 12).
Manusia memang perkasa, cerdas dan entah apa lagi yang pantas diberikan bagi manusia, yang pasti manusialah makluk Tuhan yang memperoleh gelaran dan kehormatan sebagai “khalifah Allah”. Namun bertapa pun luar biasanya, sesuai dengan kudratnya,tetap memiliki kekurangan dan keterbatasan. Maka tidak terlalu salah jika dikatakan bahawa manusia adalah makluk perkasa namun lemah.
Sedangkan iblis sebenarnya lemah tetapi cerdik. Periksalah Al-Quran yang berulang kali memberikan penjelasan tentang iblis dengan bermacam watak dan sifatnya. Disana anda secara jelas tentang “ilmu jiwa iblis” yang tidak pernah anda temui di dalam ilmu jiwa yang manapun selain di dalam Al-Quran.
Keperkasaan manusia tiba-tiba menjadi lumpuh manakala kelemahannya terperangkap oleh kepintaran iblis.
“KELAMAHAN MANUSIA DAN KELICIKAN IBLIS SAMA DENGAN KEHANCURAN BAGI MANUSIA”.
Di sini, tahulah anda betapa mutlaknya “benteng pertahanan yang kukuh” bagi setiap peribadi. Dan itulah yang di maksudkan dengan “TAQWA” yang memang bererti benteng pertahanan, perisai diri.
Tegasnya kunci pertahanan manusia terhadap hasutan iblis adalah TAQWA.
“Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah dianugerahkan baginya jalan keluar dan dilimpahkan rezki untuknya dari arah yang tidak pernah diperhitungkannya”. (Surah At-Tholaq ayat 2-3).