“Maafkan abang, sayang.”
Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak Lia duga… inikah balasan yang Lia terima atas setiap bibit cinta pada Hisham suaminya? Perlahan-lahan Lia usap airmata yang mengalir. Kehangatan air mata Lia meneyelinap ke dalam dirinya.
“Sayang kasihmu Nurlia sudah tidak sehangat lagi.” Perlahan Hisham melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta selama sepuluh tahun membina mahligai kasih bersama. Lia merenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun Hisham menoleh kembali. Seolah-olah di dalam kotak hati cinta mereka sudah tidak bersisa lagi.
Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Buat Suamiku yang tersayang..Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang.
Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang... Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.
Sayang ikhlas membantu mu, Abang... Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan mahligai kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.
Sekali lagi air mata sayang gugur. Sayang renung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Sayang tatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas Sayang gengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi.
Abang... malam itu abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang..Sayang bangga kerana punya suami seperti mu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.
Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang bekerja. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sayang sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anaknya. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek kisah hidup bersama suaminya, Sayang beri Farah harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kita adalah Farah.
Sampai hatimu Farah, madu yang Lia beri tapi racun yang kau balas.. Rupanya kasih sayang yang Lia curahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit di hatiku untuk semua ini, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jatuhnya talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan Lia berhenti menulis di dairy, Lia bangkit dari katil. Tiada apa yang mampu Lia tutipkan lagi. Lia capai permohonan suaminya dari atas katil. Perlahan-lahan Lia melangkah keluar dari biliknya. Di kala itu Lia lihat Hisham sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk di ruangtamu rumahnya, Hisham cuba memikirkan keserabutan hidup. Lia menghampiri suaminya. Di kala itu pandangan mereka bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan mereka bertaut tapi malam ini…….”Pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang.Bisik lembut Lia di hadapan Hisham Dengan lembut Hisham menarik tubuh Lia kesisinya.
“Abang… Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abang cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?”.

Betapa sakit hati Lia bila kata-kata itu terpaksa meluncur dari bibirnya. Tidak dapat Lia bayangkan kekecewaan yang melanda di hatinya. Perlahan-lahan Lia amati wajah sugul suaminya. Abang.. walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu Abang....
“Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia.” Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu. Dengan perlahan Hisham melontarkan kata dengan nada duka.
“Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?” Pertanyaan Lia bagai menduga Hisham.
“Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan…” Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Lia mengeleng sendirian mendengar penjelasan Hisham. “Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.” Rayu Lia sambil airmatanya turun mencurah-curah.
“Bagaimana halal dan haram Abang?” Lia masih cuba bertanya pada Hisham biar pun pada jiwanya tidak tenang. Lia kalau boleh mahu Hisham sedar keterlanjuran yang berlaku. Hisham terdiam. Dia semakin resah.
“Abang dah bertaubat , Sayang... Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami.” Mudah sungguh Hisham membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatnya. Lia tersenyum sendirian sambil air matanya terus menerus bercucuran.
“Abang masih belum jawab soalan Sayang? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?” Antara dengar dengan tidak Lia cuba mendapatkan kepastian.
Hisham resah. Kata-katanya mati di tengah kesedihan. Ada nada-nada ketidakpastian pada raut wajahnya. Lembut Lia genggam tangan suaminya Hisham.
“Abang... Sayang cuma mahukan kejujuranmu. .” Dengan isyarat mata Lia cuba memberi keberanian pada suaminya untuk berlaku jujur dengannya.
“Sayang.. Farah mampu menjadikan Abang…AYAH. .” Dan Lia cuma tersenyum mendengar alasan suaminya itu. Seperti yang telah Lia duga. Luruh hatinya mendengar alasan suaminya itu. Dulu janjimu lain Abang tapi kini…....keluh Lia sendiri..
“Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang..” Bicara Lia disisi Hisham.
“Sayang… itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan untuk mendapatkan anak.” Lia semakin sakit mendengarnya. Hisham hina kecacatan hidup ini. Hisham ungkit kekurangan diri isterinya.
“Kalau anak yang abang mahukan, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu.” Segera Lia beredar dari Hisham. Dengan kekuatan yang masih berbaki, Lia pandang suaminya sebagai pandangan terakhir. Hatinya sudah terluka.
Dengan langkah ketiga Lia berhenti lantas berkata “Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.... yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Lia menghulurkan salam terakhir buat suaminya. Lia kucup suaminya dan Lia bisikkan lembut padanya….
“Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang…” Tersentak Hisham mendengarnya.
“Nanti Sayang…” Hisham menarik tangan Lia hampir padanya.

“Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. " Bicara Lia sambil menangis.
Perlahan-lahan Lia melangkah pergi jauh dari suaminya. Tiada tolehan kedua buat Hisham suaminya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ..….janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih dan sayang mahligai yang selama ini dibina. Itulah kebesaran Tuhan buat Lia dan Hisham. Hisham menutup dairy yang selama ini di simpan biarpun berkali-kali tidak henti Hisham tetap akan membacanya. Lia sudah tiada lagi di dunia ini namun menjadi kenangan buatnya dan ombak rindu dalam dirinya pada hati seorang isteri yang telah dia sakiti.