Monday, August 8, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Berbekas merah dileher Rasulullah~

Akhlak Rasulullah seindah Al-Quran
Sahabat Anas bin Malik meriwayatkan kisahnya bersama Rasulullah yang menginsafkan.
Muncul seorang Badwi (kaum yang berpindah-randah dari gurun  lazimnya agak kasar tingkah lakunya) dari arah belakang terus menarik jubah Rasulullah.
Anas berkata: “ Aku terpandang  bekas merah di leher Rasulullah dek kuatnya tarikan tadi.”
Badwi itu lalu berkata: “ Wahai Muhammad, berikan aku sebahagian kekayaan Allah yang ada di tanganmu.”
Rasulullah kemudian menoleh kepada Anas, sambil tersenyum meminta sahabatnya memberikan Badwi itu wang.
Begitulah insan kamil (terbaik), akhlak yang ada pada Rasulullah seindah Al-Quran.
Baginda tidak pernah membalas keburukan orang lain dengan keburukan. Walaupun dihina baginda tidak cepat marah atau sakit hati, tapi sebaliknya mendokan kebaikan keatas si penghinanya.
Inilah tingkah laku teladan yang harus diikuti oleh umat Islam semua, walaupun amat berat harus berlapang dada, sanggup tersenyum dan berfikiran jernih walaupun pada detik yang sukar.
Kini dalam kehidupan moden, ramai di antara kita sukar untuk berlapang dada, sukar untuk tersenyum walaupun sebenarnya ia adalah satu sedekah. Bahkan sukar untuk berfikiran jernih untuk mengetasi masalah. Sebaliknya hati kita sering dijerut ketakutan, iri hati dan perbagai perasaan negatif.
Rasulullah mengingatkan umatnya bahawa dalam diri insan ada seketul daging. Baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, begitu jugalah sebaliknya. Daging itu disebut hati.
Para sintis berkata ada semacam seketul daging kecil disebalik perut. Ia mempunyai pelbagai saraf yang dapat  mengawal pencernaan makanan, aliran darah dan hormon serta rasa (mood) seseorang. Ia sering disebut gut.
Kita berfikir buruk atau negatif mungkin kerana:
-Pengalaman di masa lalu.
-Tekanan persekitaran.
-Pengaruh kawan.
-Iri hati kerana tidak mahu melihat orang lain lebih dari kita.
-Cintakan dunia mengejar kekayaan dan kebendaan.
Malah berbagai faktur lain yang boleh di senaraikan.
Namun, Rasulullah mengajak kita semua itu boleh dikikis atau di keluarkan sebagai sampah dan kotoran dalam hati dan pemikiran.
Bagaimana caranya?
Pertama: Berusaha mengingati kebaikan orang lain, dan ketepikan keburukannya. Walaupun kita disakiti, carilah seribu satu alasan agar kita tidak segera membencinya. Tetapi andai orang itu terbukti tidak berubah jauhilah dia.
Kedua: Segera lupa akan semua perlakuan buruk orang lain dengan mendokan pada dirinya. Jika perlu nasihat orang itu dengan cara yang baik.
Ketiga: Senantiasa mengingati Allah dan banyakkan berdoa pada Ilahi meneguhkan hati kita dan berfikiran jernih lagi jauh.
Terlalu banyak doa-doa dalam Al-Quran untuk meneguhkan hati, antaranya doa Nabi Musa as: Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kelu lidahku, agar mereka mengerti kata-kataku. (Surah Thaha:25-28)







Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

Ashikin said...

Assalamualaikum..
sy mohon kebenaran share kata2 dari 'about me'.
Syukran.

Post a Comment