Thursday, February 24, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Kasih Sayang Seorang Abang Menjadi Pemimpin Kepada Adik~

Tatkala ibu mengandungkan anak kedua, si ibu mula terhidu perubahan sifat anak pertama. Kebiasaannya sifat anak pertama tersebut akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit merajuk, begitu sifat abg bermulanya ia sedar mkin kasih sayangnya di abaikan. Sifat-sifat tersebut boleh berlarutan sehinggalah kelahiran adiknya kelak.

1. Selepas Kelahiran Anak Kedua,
Perasaan cemburu si abang terhadap si adik kecil semakin ketara. Si abang seolah-oleh bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya. Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu, malah menukarkan lampin adik pun dia cemburu… Ia bayangkan seolah-olah dirinya sudah tidak disayangi lagi oleh ibunya lagi. Itulah sebabnya sesetengah anak yang dah boleh bercakap, apabila ditanya ‘nak adik?’, dengan spontan dijawabnya ‘tak nak’ (macam rokok pulak.. ye)  (^_^)

2. Tukar Sifat Cemburu Kepada Kasih Sayang!!
Biasanya anak tua kita itu akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab, cubit dan sebagainya apabila ‘lepa’ daripada pandangan ibu atau bapa.. Anda boleh cuba kaedah ini iaitu: ..Ibu memegang tangan si anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan sentuhan lembut bahagian badan si adik kecil (pipi, lengan, kaki dan sebagainya). Lakukan perbuatan tersebut sekerap mungkin. Cerita pada si abang bagaimana pada ketika dulunya si abang pun diperlakukan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil ibu juga perlu memperbanyakkan mengusap kepala dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.(wah!!!..mrr mcm pakar motivasi pulak ye...(^_^)

3. Panggilan Membentuk Sifat
Ajar si abang supaya memanggil adiknya dengan panggilan ‘adik’ atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama sahaja. Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang terhadap adiknya.

4. Pimpin Tangan Adik
Ketika sudah besar sedikit, iaitu adik dan abang sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan lekapkan kepada tangan adik ketika berjalan. Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang terhadap adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan. Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

5. Perkongsian
Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua buah iaitu seorang satu buah. Jika beli air kotak, juga dibelikan 2 kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi, kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan kepada adik.

6. Bersikap Adil
Jangan pukul abang jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik. Peluklah sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlu mengalah. Perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik. Adakah ini wajar? Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya akan menjejaskan misi kita menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.
Hasil daripada penggunaan kaedah-kaedah yang dicadangkan memerlukan masa yang lama. Ibu bapa perlulah mempraktikkan secara berterusan dengan sabar… Insya Allah, Dengan izin Allah akan berhasil. sekian wassalam......mrr (^_^)

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment