Thursday, February 24, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

"Jalin silaturahim panjangkan umur, murah rezeki"



APAKAH amalan paling mudah semoga Allah permudahkan rezeki dan panjangkan umur? Jawapannya begitu mudah iaitu menghubungkan silaturahim.

Perkara ini dijelaskan daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 


”Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Hadis riwayat Bukhari)

Silaturahim adalah suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya. Malah, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Jalinan silaturahim amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Ia disebabkan ukhuwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.



Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment