Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei
Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM,
aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah
ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika
ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru
Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa
Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing,
mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya
kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun
telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green
Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon
bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis
surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar ,
kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan
berita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad
Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari
Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi
setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya,
wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis
umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini
dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat
peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana
apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat
keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk
berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di
perantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? . Memanglah..Kenapa
kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak
faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi,
rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang
Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus
berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan
aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api
neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku
mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang
lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang
diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana
ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam
keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh
jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa
Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan
diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul
dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah
bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan
Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah
sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah
kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh
Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk
untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak
dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan
serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu
aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah
mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun
Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang
bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti
nikmat dilahirkan sebagai Islam.