“Awan..., ada waktunya melepaskan
itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya
kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan
“Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..
Hujan
tersenyum sambil berkata “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai
bila kau akan mampu bertahan?..”
Awan
terdiam....
“Aku harus patuh pada perentah
Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau
menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi
hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih
memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...
Didada
Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...
“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik
walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu
bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....
“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi
Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar
kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....
“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii
Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain...
Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...
Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti
kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi
cinta pada Ilahi.
Hujan pun turun bersama air mata.
Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya
sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan.
Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.
Awan, Hujan menghadiahkanmu
Pelangi. Kamu lihat bukan? Subhananllah...