Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan
anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu,
hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih
kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya sudah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai
anakku?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan
risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga
agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka
walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam
keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi dulu
wahai ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah
itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!”
“Terima kasih Ayah”sambil memeluk dan mencium pipi
ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak
kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang
dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah
itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah
“Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak
akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa
yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia
ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur
langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi
salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan
sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi
tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin
rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan
menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu
adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang pakcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun
dari langit.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang
ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang
paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat
sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai
anak” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula,
seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada
sesiapa nak menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.
Dia adalah lelaki separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini.”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk
membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas
tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat saya untuk
terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang
amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya,
siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan
sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa
pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali
di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil
yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik” itulah
kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat
lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka
surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang
bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari
ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya
roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam
keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam
lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada
di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat
yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada
hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak
yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah
ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang…