Sunday, October 2, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Masyitah Wanita Penghulu Syurga

Wanita ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu syurga. Semasa hayatnya, Masyitah mEnjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari, ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama ALLAH. Puteri Firaun berasa hairan lalu bertanya, siapakah ALLAH itu? Masyitah engan menjawap tetapi terus didesak bertubi-tubi. Akhirnya, beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN  sekalian alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila marah. Ini kerana Masyitah menyembah tuhan yang lain selain dirinya. Firaun memaksa Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai tuhan tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah ALLAH.”
Firaun semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu tembaga berisi minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah dan ahli keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. Sewaktu giliran anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana sayangkan anaknya. 
Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku. Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,
“Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran.”
Lalu Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di tangan Firaun yang durjana.
Melalui pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan tersebar. Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh insan yang sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan agama nenek moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka mencari-cari agama yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh kehidupan. Akhirnya mereka mendapati, Islam itu agama yang benar lalu mereka memilih untuk menganut agama yang benar ini dan bersandar dengan sepenuh jiwa raga meskipun diseksa atau terkorban nyawa. Pabila iman telah kukuh dalam diri, percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan tidak lagi gentar untuk dihadapi dengan penuh ketakwaan.

Pada hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah untuk menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih payah pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan sesukar itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah di lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita malah menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita ini sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari demi sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun terlalu mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa akan nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.


SIAPA YANG TAK TERINGIN BERBUAT DOSA?

SIAPA YANG TAK TERINGIN BERBUAT DOSA?
Satu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tidak teringin berbuat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haramnya asalkan sedap menjamu selera. Semua itu menyeronokkan, “jawap orang alim itu.
“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?.
“Perumpamaannya beginilah.. Wahai anak muda... Saya pergi ke sebuat restoran ternama, terkenal dan sedap semua masakannya. Nafsu saya meronta-ronta hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, kambing panggang besar  dan banyak lagi semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”

“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati kita. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang dan takut kelak nanti saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan atau terlalu sedikit amalan berbanding dosa yang saya lakukan?”
Maka fahamlah lelaki itu yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu untuk membayar segunung dosa-dosanya, ketika  hidupnya bergelumang noda dan dosa di atas dunia yang hanya sementara.





Friday, September 23, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Jiwa-jiwa kental dijalan Allah~

**Orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu.
jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt..
seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..


**biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlau penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..


NAMUN...
ALLAH SWT
kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
sujudnya dengan penuh air mata..


**Dia seorang perwira...
pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...
kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...
ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...

**biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...
seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...


**menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...

**YA ALLAH...

KUATKAN AKU DAN SAHABAT-SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADA KAMI

AMPUNILAH JUA DOSA-DOSA KAMI...





Thursday, September 22, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Syurga Itu Dekat Di Hati Kita

“Dapatkah Imah masuk syurga abang?” Itu pertanyaan yang terkeluar dari mulut Fatimah yang inai masih merah di jari namun dia terlantar mengidapi barah sejak tiga tahun lalu.
“Yakinlah wahai sayangku...kita berpeluang masuk ke syurga yang sudah dijanjikan olehNya, asalkan kita beriman, bertakwa kepada Allah dan menurut segala apa yang di perentahkan olehNya.”
“Beriman dan bertakwa? Imah bukanlah isteri yang.......”Dengan pantas jari  telunjuk Aziz menutup bibir lembut Fatimah sambil mata tepat memandang wajah isterinya yang pucat, terlantar kesakitan yang dirasakan bagai  saat menunggu ajal.
“Kita sudah Islam. Yang tinggal hanya untuk mengilap keislaman itu hingga menerbitkan iman dan takwa.” Aziz perlahan-lahan  mencium ubun-ubun isterinya yang tersayang.
“Bagaimana?” Tanya Fatimah sambil menggengam erat tangan Aziz suami yang dicintainya.
“Senang saja wahai sayangku, cintailah agama, ikuti apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, sunah sebagai amalan. Pesan Nabi, syurga itu tak jauh. Syurga itu ada dekat saja dengan dirimu. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meraih syurga itu.”
Sudah 5 tahun berlalu, itulah kuasa Allah yang menentukan segalanya, Fatimah dan Aziz hidup bahagia seperti insan lain didunia. Indahnya Islam mencorakkan kehidupan yang selama ini pudar, dapat bersinar kembali apabila segalanya kita berserah diri pada Allah, setelah segala usaha kita lakukan jalan terakhir adalah bertawakal, tanamkan dalam diri kekuatan IMAN dan TAKWA harus ada pada diri setiap insan yang beragama ISLAM dalam hati kita.

Tuesday, September 20, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Wahai Anak Permata Cintaku~



Wahai Anak Belahan Jiwaku
Kau cantik pada pandangan,
Lahirmu menjadi permata,
Belahan jiwa ayah bonda.

Wahai Permata Hatiku
Tika kau memandang dunia yang indah,
Kau hiburkan jiwa dan raga,
Hingga hampir ternoda.

Wahai Penyejuk Mataku
Berhiburlah seadanya,
Kerana dunia persinggahan cuma,
Perlabuhan sementara buat perantau,
Yang duduk melepaskan lelah,
Menyedia bekal, menyemai benih,
Kemudian berlepas pergi,
Ke alam abadi persinggahan abadi.

Wahai Anak Permata Cintaku
Duniamu indah,
Namun usahkau terpedaya jauh,
Lalu membiarkan dirimu,
Menjadi habuan bermaharajalelanya nafsu,
Pergunakanlah akal dan hati untuk berfikir,
Mata dan telinga untuk berwaspada,
Kutiplah sebanyak-banyak bekalan amal,
Untuk persinggahan abadi,
Persinggahan yang  maha indah, maha segala,
Itulah syurga-NYA.