Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Monday, February 4, 2013 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Wahai wajah, kamu cantik sekali~


Wahai wajah, kamu cantik sekali :
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.


Wahai wajah, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki dan wanita yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai akhi dan ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah terutama para muslimah?

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

 

Thursday, July 5, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Cintanya Awan Pada Hujan~

“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..



“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan



Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..



Hujan tersenyum sambil berkata  “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”



Awan terdiam....



“Aku harus patuh pada perentah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...



Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...



“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....



“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....



“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...



Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.



Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? Subhananllah...

Friday, May 25, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Allah Sayang Kamu Melebihi Sayang Aku Padamu~Kisah Benar...

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar...



Suatu petang, Akhi sedang merehatkan minda kesempatan ini Akhi ambil untuk ziarah sahabat facebook Akhi sambil menulis atikal di blog kesayang Akhi ini, sungguh tenang hati dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, terdetik hatiku : "subhanallah, Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Maha Bijaksana, bijaknya Allah, kuasanya Allah dapat mencipta semua ini, subhanallah"



"Assalammualaikum...." tiba-tiba chat msg facebook berbunyi..

Akhi menjawab salam, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh"..Akhi tersenyum (#^_^) apabila mengenali si pemberi salam itu, dia adalah sahabatku..



dan memulakan bicaranya, "bolehkah aku bertanya?"



Akhi tersenyum,(#^_^) "silakan"



Dia terdiam seketika, kemudian baharu memulakan menaip msg, "Semasa usia muda, aku ni sangat-sangat jahat..orang kata, kalau nak insaf pun, bertaubat ke, cukup ke setakat itu"



Akhi tersenyum, (#^_^)"Jadi..kamu nak buat apa selain daripada taubat ya Ukhuty?"



Dia terdiam seketika buat kali kedua, "Macam mana kalau aku ni minum arak, mencuri, hisap dadah, berzina dengan ramai lelaki, dan aku juga pernah menggugurkan kandunganku, perlukan aku meminta maaf?"



Akhi  tersenyum(#^_^) "Pertamanya, siapakah diri kamu"



Dia kehairanan dengan soalan Akhi  itu, dia terdiam agak lama berbanding tadi, "apa makna siapa diri aku?"



Akhi tersenyum, (#^_^) "Kamu adalah hamba Allah S.W.T..yang mencipta kamu adalah Allah S.W.T..tugas kita di alam dunia adalah beramal ibadah kepada Allah, itu aje..tak ada kerja lain..



Kalau kita buat kesalahan, membunuh dan sebagainya..maka pohonlah pada Allah..andai ia berkait dengan manusia seperti mencuri, kalau kita tegur dia, kita minta maaf padanya, dan dia menerimanya dengan baik, alhamdulillah..

Kalau dia tidak terima dan menyebabkan hal itu bertambah rumit, bertambah kebencian, maka janganlah tegur dia buat seketika yakni jangan menceritakan kesalahan kita padanya..mohonlah ampun pada Allah S.W.T..



Cukup ke sekadar mohon ampun sahaja? Dia bertanya...

Akhi tersenyum (#^_^).. Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..soal keampunan kita, di terima atau tidak, cukup atau tidak..itu bukan kerja kita, tetapi kerja Allah, hak Allah S.W.T..



Seperti amal ibadah, kita solat, apakah kita akan dapat pahala? tidak, kita tidak tahu apakah dapat pahala atau tidak..kerana bukan kita yang menentukannya, tetapi Allah..yang kita kena tahu, siapa kita..kita adalah hamba Allah..maka tugas kita adalah berusaha menjadi muslim yang beriman kepada Allah, itu aje..simple"



Dia kelihatan mampu tersenyum, (^_^) "Terima kasih ya Akhi, aku akan usaha..sebab apa yang aku buat dulu adalah tidak bermoral langsung..astaghfirullah"



Akhi  tersenyum (#^_^), "alhamdulillah..cuba buka kisah para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W..kalau kamu katakan kamu teruk, para sahabat sebelum mereka memeluk Islam, mereka lagi teruk, membunuh, minum arak, berzina, rogol, dan seumpamanya..tetapi mereka bertaubat kepada Allah, mereka kembali kepada Allah..alhamdulillah..



Kemudian, Allah mengangkat darjat mereka menjadi mulia dan tergolongan dalam golongan yang bertaqwa kepada Allah..dan kita juga boleh begitu, insya Allah..mohonlah ampun pada Allah..Allah Tuhan Yang Maha Pengampun"



Dia kelihatan masih muram, dan berkata, "syukurlah, aku risau tentang diri sendiri..hmmm"



Akhi  tersenyum,(#^_^) "Kita ingat kembali kisah jahat kita, kisah jahil kita..ia sebagai panduan kepada kita agar jangan buat lagi..lihat bagaimana Sayyidina Umar sentiasa menangis..kenapa dia menangis? dia menangis kerana mengenangkan kisah sebelum dia memeluk Islam, dia telah membunuh anak perempuannya..tetapi dia tidak jadikan itu sebagai alasan untuk tidak boleh berusaha memohon ampun kepada Allah..tetapi dia jadikan hal itu sebagai panduan, sebagai usaha untuk lebih mendekati Allah..dan kamu juga boleh..insya Allah..amin"



Kelihatannya, dia semakin tenang, "amin"



Akhi tersenyum,(#^_^) "alhamdulillah..Allah telah memuliakan mu ya Ukhuty..



Kita lihat diluar sana, masih ramai yang tidak sedar untuk kembali beriman kepada Allah..masih minum arak, masih berzina, membunuh,buang anak masih membuka aurat dan seumpamanya..tetapi kamu, Allah kurniakan hati yang dapat melihat semua itu dan sedar semua itu adalah salah, maka kamu hendak bertaubat..maka Allah telah memuliakanmu ya Ukhuty, Allah sayangkan kamu..maka hargailah kasih sayang Allah itu kepada kamu"



Dia tersenyum, (^_^)"terima kasih di atas nasihat ya Akhi"



Akhi  tersenyum,(#^_^) "alhamdulillah, segala nasihat, dan kata itu, bukan milikku, bukan dariku..tetapi adalah milik Allah..Allah pinjamkan ia kepadaku..pada diriku, tiada apa-apa pun, semuanya adalah milik Allah..maka ucaplah kesyukuran dan thanks to Allah.."



Dia tersenyum lebar.. (^_____^)



Lalu Akhi menjawap "alhamdulillah, ya Ukhuty, semoga Allah sentiasa bersamamu dengan Iman dan Islam..Allah sayangkanmu, melebihi sayang aku kepadamu"..



(#^_^) Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Allah Tuhan Yang Maha Pengampun



Thursday, May 24, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Kisah Pengembaraan Akhi~Kisah Benar....

alhamdulillah..(#^_^)



Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi ni'mat hidup dan ni'mat mampu untuk mengembara mencari langkah ke arah keredhaan Allah S.W.T..



astaghfirullah..(T__T)



Sesungguhnya Akhi teramat hina di sisi Allah S.W.T, maka diri ini mencari bagaimanakah untuk kembali kepada Allah S.W.T di dalam golongan hamba Allah yang mulia dengan Iman di sisi-Nya, insya Allah..amin ya rabbi..wallahua'lam..



Di dalam pencarian itu, Akhi telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengembara di dalam satu perjalanan iaitu dari Perak ke Pulau Pinang, wallahua'lam..



Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)



Maka, Akhi menyahut pengembaraan ini dengan berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang teramat sedikit, ibarat pemuda yang berjalan di tengah malam dengan hanya memegang satu mancis yang sedikit bernyala..



Segalanya, Akhi serahkan kepada Allah S.W.T kerana segalanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..



Setelah tiba waktu yang ditetapkan iaitu pada malam sabtu, Akhi telah diizinkan oleh Allah S.W.T untuk menaiki sebuah bas ekspress di sebuah stesyen bas di Perak..



Namun, suatu peristiwa telah berlaku sebelum itu, yakni tiket bas ekspress telah jatuh ke dalam suatu longkang yang besar tiket tersebut hanyut di bawa arus deras..



Namun, segalanya milik Allah S.W.T..Dia yang menganugerahkannya, maka Akhi redha dengan segalanya kerana ia bukan milik Akhi..



Namun, Allah S.W.T mempermudahkannya jua iaitu Pemandu Bas membenarkan jua Akhi menumpang di Bas itu walaupun tiada tiket pada zahirnya..wallahua'lam..syukur kepada Allah S.W.T..



Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)



Pada hati dan minda Akhi, "wallahua'lam, kejadian itu mungkin suatu kifarah kepada aku yang banyak dosa kepada Allah, astaghfirullah..(T__T)"



Bersangka baiklah kepada setiap ciptaan Allah S.W.T, sesungguhnya segalanya adanya hikmah, dan sesungguhnya hanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..(T__T)



Perjalanan Akhi yang hina ini tidak berhenti di situ, sebaliknya di dalam bas ekspress, Akhi duduk bersebelahan dengan seorang gadis yang mana tidak bertudung, namun alhamdulillah, dia memakai baju kurung..



Ketika itu, apa yang bermain di mindaku hanyalah, "apakah perlu aku menukar tempat atau hanya berada di situ sahaja"..



Dan, akhirnya, Akhi memilih untuk berada di situ..



Akhi : "awak ni dari mana?"

Gadis : "sy dari .......(tempat study dirahsiakan), nak balik penang"..




Akhi : "oh, awak ni malay ya?"

Gadis : "eh, awak ni, sy malay la, awk tak nampak ke sy ni malay?"

Akhi : "oh, maaf, sy tak dapat tengok"

Gadis : "kenapa pulak?"

Akhi : "entahlah, mata sy ni nak kena tengok depan je, tak tahu kenapa"

Gadis : "ait, kenapa macam tu pula? takkan mata awak sakit kot, kalau sakit, mesti dah balut"

Akhi : "kalau boleh pilih untuk balutnya, sy dah balutnya"

Gadis : "tak faham, maksud awk?"

Akhi : "ya lah, kalau balut, kan tak nampak pulak nak jalan, tapi tulah, kena tengok depan je lah"

Gadis : "pelik lah awk ni, kenapa awk tak tengok sy masa bercakap?"

Akhi : "awk cantik sangat, kan jatuh cinta pula sy nanti"

terdiam gadis tu..

Akhi tersenyum dan menyambung : "mata sy sihat aje awk, tapi sy risau, kalau sy tengok awk yang cantik ni sekarang, nanti mata sy jadi sakit"

Gadis : "maksud awk?"

Akhi tersenyum : "cuba awk ambil kain ni (kain sebar yang diletakkan atas bahu bagi golongan pondok) dan letak di atas kepala, aircond ni sejuk, tutup sikit muka, biar aircond tak kena"

Gadis itu masih bingung tetapi menurutnya..

Akhi tersenyum : "alhamdulillah, macam ni baru tak sakit mata kalau terpandang awk, sebab tak nampak awk yang cantik ni"

gadis itu terus terdiam dan memalingkan wajah dan jasadnya ke sisi bas..

lama berdiam diri..

kemudian, dia berkata : "apakah maksud awk, mata awk sakit kalau melihat rambut sy ni?"

Akhi tersenyum : "tidak, mata sy akan sakit bila melihat awk seluruhnya"

Gadis : "sy jadi tak faham balik, maksud awk apa sebenarnya?"

Akhi tersenyum : "mata sy sihat dan tak sakit bila melihat gadis atau wanita yang jadi isteri sy, ibu sy, adik-adik sy, kalau awk, kena tutup semua, kenapa? sebab awk halal untuk sy nikahkan"

Gadis : "oh.............."



Akhi terus menyambung : "baiklah, awk, sy bukanlah baik untuk tazkirah ke, ustaz ke, atau seumpamanya..

tetapi awk, cuba awk bayangkan..

kalau rambut awk didedahkan sekarang, jadi nanti di akhirat kelak, rambut dah kena tutup pula..

tetapi kalau rambut sekarang ditutup elok, nanti dapat dibuka dengan selamat di akhirat..

tutup di akhirat tadi adalah tutup dengan kain yang dibakar api neraka..

sy bukan nak takutkan awk, atau nak nasihat ke apa, tapi cuba bayangkan begitu, sy pun tak baik pun, jahat gak, mungkin lebih jahat dari awk"

dia diam aje..

sehinggalah sampai ke jambatan pulai pinang..sebelum sampai stesyn bas sungai nibong..

dia berkata : "terima kasih awak (sambil mahu membuka kain tadi)"

Akhi : "eh, jangan buka, awk ambil aje kain ni, hadiah dari sy, pakai selalu ya, insya Allah, nanti di akhirat, kepala sejuk aje, dan tutuplah seluruh jasad awak ya, kenapa? sebab awk cantik dan wanita adalah sangat istimewa sehinggakan perlu ditutup, dan keistimewaan yang mahal itu hanya boleh diberikan kepada orang tertentu sahaja seperti suami awk"

dia terdiam..

Sampai sahaja di Stesyen Bas sungai nibong..Akhi terus bangun dahulu dan meninggalkannya..

"ya Allah, kurniakanlah nur Iman dan nur Islam kepadanya, amin ya rabb"



wallahua'lam..





Thursday, May 17, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~KISAH HARI PEMBALASAN~Hayatilah di mana diri kita saat itu...

KISAH HARI PEMBALASAN.



(SEMUA UMAT ISLAM MESTI BACA DAN BERUBAH !!!!)


 1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.



Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 ...

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?”



Tiada siapa yang menjawab.



Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.



Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.



Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.



Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.



Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).



Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka - nafsi-nafsi



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.



Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala.



Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.



Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.



Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.



Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.



Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.



Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.



Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.



Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.



Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.



Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.



Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.



Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

 2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

 3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

 4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

 5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

 6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

 7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".



Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.



Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.



Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw.



Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.



Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.



15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.



Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.



Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.



Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .



Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.



Lalu dimulakan timbangan amal.



Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.



Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.



Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.



Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.



Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.



Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.



Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi.



Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :



a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.



27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.



Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.



Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.



Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.



Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.



5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.



Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.



Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.



Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.



999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

 

Rujukan:

 Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani



Thursday, May 3, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Belajarlah Sayang~

Belajarlah sayang supaya terus BERSYUKUR walau KEKURANGAN

Belajarlah sayang supaya terus IKHLAS walau TAK RELA

Belajarlah sayang supaya terus TAAT walau BERAT

Belajarlah sayang supaya terus MEMAHAMI walau TAK SEHATI

Belajarlah sayang supaya terus SETIA walau BANYAK GODAAN

Belajarlah sayang supaya terus MEMBERI walau TAK SEBERAPA

Belajarlah sayang supaya terus MENGASIHI walau kau DISAKITI

Belajarlah sayang supaya terus TENANG walau kau sedang GELISAH

Belajarlah sayang supaya terus PERCAYA walaupun SUSAH

Percayalah sayang bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu itu tanda Allah sentiasa SAYANG padamu

Wednesday, May 2, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Misteri Umur 40 Tahun~

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Shalawat dan salam atas hamba dan utusan-Nya, Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam , keluarga dan para sahabatnya.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaf: 15)

Keistimewaan Umur 40 Tahun

Sebagian orang menyebut, umur empat puluh tahun penuh teka-teki dan penuh misteri. Sehingga terbit sebuah buku berjudul, "Misteri Umur 40 tahun" yang diterbitkan pustaka al-tibyan – Solo, diterjemahkan dari buku berbahasa Arab, Ya Ibna al-Arba'in, oleh Ali bin Sa'id bin Da'jam.

Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun berarti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. Sehingga secara umum, tidak akan berubah keadaan seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun.

Al-Tsa'labi rahimahullah berkata, "Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun kerana ini sebagai batasan bagi manusia dalam keberhasilan maupun keselamatannya."

Ibrahim al-Nakhai rahimahullah berkata, "Mereka berkata (yakni para salaf), bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." (Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277)

Allah Ta'ala telah mengangkat para nabi dan Rasul-Nya, kebanyakan, pada usia 40 tahun, seperti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad, Nabi Musa, dan lainnya 'alaihim al-Shalatu wa al-Sallam. Meskipun ada pengecualian sebagian dari mereka.

Imam al-Syaukani rahimahullah berkata, "Para ahli tafsir berkata bahwa Allah Ta'ala tidak mengutus seorang Nabi kecuali jika telah mencapai umur 40 tahun." (Tafsir Fathul Qadir: 5/18)

Dengan demikian, usia 40 tahun memiliki kekhususan tersendiri. Pada umumnya, usia 40 tahun adalah usia yang tidak dianggap biasa, tetapi memiliki nilai lebih dan khusus.

Dihikayatkan, al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi adalah seorang laki-laki yang shalih, cerdas, sabar, murah hati, berwibawa dan terhormat. Ia berkata, "manusia yang paling sempurna akal dan pikirannya adalah apabila telah mencapai usia 40 tahun. Itu adalah usia, di mana pada usia tersebut Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan pikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur." (Lihat: al-Wafyat A'yan, Ibnu Khalkan: 2/245)

Disebutkan tentang biografi al-Hafidz Jalaluddin al-Suyuthi, "Bahwa ketika mencapai umur 40 tahun ia berkonsentrasi untuk beribadah dan memutuskan diri dari hubungan dengan manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala, dan ia berpaling dari semua urusan dunia dan umat manusia, seakan-akan ia tidak pernah kenal seorangpun dari mereka. Dan ia terus menyusun karya-karya tulisnya. . ." (Syadzratu al-Dzahab: 8/51)


Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun

Cukuplah Al-Qur'an yang telah menyebutkan umur 40 tahun dengan tegas itu menjadi perhatian. Sehingga kita lihat, saat memasuki usia ini para ulama salaf mencapai kebaikan amal mereka dan menjadikannya sebagai hari-hari terbaik dalam hidupnya.

Allah Ta'ala berfirman,

حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"." (QS. Al-Ahqaf: 15)

Umur 40 Tahun dan Syukur

Ayat di atas mengisyaratkan, saat sudah menginjak usia 40 tahun hendaknya seseorang mulai meningkatkan rasa syukurnya kepada Allah juga kepada orang tuanya. Ia memohon kepada-Nya, agar diberi hidayah, taufik, dibantu, dan dikuatkan agar bisa menegakkan kesyukuran ini. Karena segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini adalah dengan kehendak dan izin-Nya, sehingga ia meminta hal itu kepada-Nya. Ini sebagaimana doa yang diajarkan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu, "Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'adz, Janganlah engkau tinggalkan untuk membaca sesudah shalat:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِك ، وَشُكْرِك وَحُسْنِ عِبَادَتِك

"Ya Allah, bantulah aku untuk berdzikir, beryukur, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu." (HR. Ahmad, Abu Dawud, al-Nasai dengan sanad yang kuat)

Kerana sesungguhnya seorang hamba pasti sangat memerlukan kepada pertolongan Tuhannya dalam menjalankan perintah, menjauhi larangan, dan sabar atas ketetapan-ketetapan takdir-Nya. (Dinukil dari Subulus Salam, Imam al-Shan'ani)

Sebenarnya bersyukur itu sepanjang umur. Dan dikhususkan pada umur 40 tahun ini karena pada saat usia ini seseorang benar-benar harus sudah mengetahui segala nikmat Allah yang ada padanya dan pada orang tuanya, lalu ia mensyukurinya.

Imam al-Qurthubi rahimahullah dalam tafsirnya berkata, "Allah Ta'ala menyebutkan orang yang sudah mencapai umur 40 tahun, maka sesungguhnya telah tiba baginya untuk mengetahui nikmat Allah Ta'ala yang ada padanya dan kepada kedua orang tuanya, kemudian mensyukurinya."

Sesungguhnya hakikat syukur itu mencakup tiga komponen; hati, lisan, dan anggota badan. Hati dengan mengakui bahwa semua nikmat itu berasal dari pemberian Allah. Lisan dengan menyebut-nyebut dan menyandarkan nikmat itu kepada-Nya serta memuji-Nya. Sementara anggota badan adalah dengan menggunakan nikmat itu untuk taat kepada-Nya, yakni untuk menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Oleh kerananya, disebutkan dalam ayat, "Dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai."

Ditekankan Bersyukur Kepada Orang Tua

Saat seseorang berumur 40 tahun, maka ia memiliki tanggungjawab di tengah keluarga dan masyarakat yang lebih besar. Anak-anak memerlukan biaya yang lebih untuk pendidikan dan lainnya. Sementara orang tuanya, pastinya sudah uzur dan sangat memerlukan bantuan dari anak-anaknya. Di sinilah sering seseorang melupakan orang tuanya kerana penumpuannya yang lebih terhadap keluarga dan anak-anaknya. Padahal seharusnya dengan bertambahnya umur semakin membuat ia sadar akan jasa-jasa orang tuanya kepada dirinya. Sehingga disebutkan dalam hadits, "Merugilah seseorang, merugilah seseorang, merugilah seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya, salah seorang atau kedua-duanya, tapi tidak bisa masuk surga (dengan itu)." Dalam riwayat lain, "Tapi keduanya tidak bisa memasukkannya ke dalam surga." (HR. Ahmad dan lainnya)

Ayat tentang kewajiban berbuat ihsan kepada orang tua di atas diawali dengan perintah untuk mentahidkan Allah, ikhlas ibadah kepada-Nya, dan istiqamah di atasnya. Seolah menunjukkan, saat Allah perintahkan untuk mentauhidkan-Nya ada di antara hamba yang menyambut dan ada pula yang menentang. Sama juga dengan perintah berbakti kepada orang tua, ada manusia yang berbakti kepada orang tuanya dan ada pula yang malah durhaka.

Juga mengisyaratkan, agar tidak membezakan dan membentukan berbuat ihsan kepada orang tua dengan mentauhidkan Allah. Sesungguhnya berbuat ihsan kepada kedua orang tua itu bagian dari ibadah kepada Allah. Sehingga tidak boleh dalam berbuat ihsan tersebut melanggar nilai-nilai ketauhidan. Walau besar hak orang tua atas anak, tidak boleh mentaati keduanya dalam maksiat kepada Allah. Kerana tetaplah nikmat yang orang tua dapatkan itu berasal dari Allah juga.

Bentuk berbuat ihsan kepada orang tua yang diperintahkan dalam ayat tersebut mencakup segala bentuk berbuat baik seperti memenuhi nafkah orang tua, memenuhi keperluannya, mentaati perintahnya yang ma'ruf, menghidarkan dari bahaya, mengubatinya jika sakit, menghiburnya jika sedih, dan memohonkan ampun dan doa untuk kedunya, serta yang lainnya.

Jangan Lupakan Keturunan

Sesudah seorang muslim diperintah berbuat baik kepada orang yang di atasnya dan mengerjakan amal shalih untuk dirinya, janganlah ia lupa terhadap anak keturunanya. Ia juga wajib memperhatikan pendidikan dan pengarahan mereka, agar menjadi orang yang taat kepada Allah Ta'ala. Kerana mereka adalah amanat yang harus diarahkan untuk taat kepada Tuhan-Nya.

Dan sesungguhnya di antara balasan baik dari amal shalih mereka adalah diperbaiki keturunan mereka. Baiknya orang tua akan ada kesannya kepada perbaikan anak. Ini juga menjadi pelajaran, dalam melakukan pendidikan kepada anak haruslah orang tua memulai dari menshalihkan diri mereka dengan ilmu dan amal. Di samping supaya boleh menjadi teladan, baiknya anak keturunan juga menjadi balasan bagi dirinya.

Syaikh al-Sa'di berkata dalam menafsirkan ayat di atas, "Sesungguhnya baiknya orang tua dengan ilmu dan amal termasuk sebab yang besar untuk baiknya anak-anak mereka."

Selain itu, berdoa sebagai bagian dari tawakkal kepada Allah dalam usaha tidak boleh dianggap ringan. Kerana hati manusia itu berada di antara dua jari dari jemari Allah Ta'ala yang diarahkan kepada Dia kehendaki. Oleh sebab itu, kita dapatkan doa dari para Nabi dan orang-orang shalih untuk keshalihan anak-anak mereka.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, ada seorang lelaki yang mengadukan tentang anaknya kepada Thalhah bin Musharrif Radhiyallahu 'Anhu, maka Thalhah berkata kepadanya, "Minta tolonglah dalam masalah anakmu dengan ayat,

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaf: 15)

Memperbaharui Taubat

Usia 40 tahun haruslah menjadi titik tolak dan perbaharuan taubat penyesalan seseorang atas dosa-dosa dan kufur nikmat selama hidupnya. Kerana pada usia ini benar-benar telah merasakan banyaknya nikmat dan tidak sebandingnya rasa syukur terhadapnya. Maka pengakuan dosa pasti akan mengalir dari orang yang mahu merenungkan masa lampaunya, sehingga dari itu lahir penyesalan, tumbuh istighfar dan taubat kepada Allah.

Oleh sebab itu, disebutkan dalam doa di atas,

إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaf: 15)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Dan di dalamnya terdapat petunjuk bagi orang yang sudah berusia 40 tahun agar memperbaharui taubat dan inabah kepada Allah 'Azza wa Jalla serta bertekad kuat atasnya." Dia harus terus meningkatkan amal solehnya saat usianya menginjak 40 tahun sampai ajal menjemputnya. Wallahu Ta'ala A'lam.