Tuesday, November 15, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Bertambah Kembang Serinya Semakin Kurang~

Pada pemerhatian saya,  zahir si bunga tulip amat dekat dengan keperibadian wanita secara umum.
Wanita ibarat tulip, semasa tertutup iaitu yang masih menguncup, kelihatan cantik dan kemas, begitu juga wanita yang berhijab sebagaimana tuntutan syarak, indah dipandang mata serta sejuk mata memandang.  Wanita, makin tertutup bertambah indah!
Tulip bertambah kembang, serinya semakin kurang.  Hingga ia kembang penuh, kecantikan aslinya hilang dan rupanya menyerabutkan.  Begitu jugalah wanita yang membuka auratnya sedikit, bertambah kurang seri keimanannya.  Makin terdedah auratnya, semakin hodoh dan menyerabutkan hati orang-orang yang beriman.  Jika hamba Allah yang mukmin merasa serabut melihat penampilan kita, apatah lagi pandangan Allah dan RasulNya.  Jika wanita merasa cantik sedangkan dia melanggar perintah Allah ataupun ambil separuh-separuh, kepala ditutup badan dibalut sehingga menampakkan bentuk badan… perasaan ‘syok sendiri’ yang mengundang dosa mazmumah itu harus dibuang.
Alternatifnya, kembalikan keyakinan bahawa yang cantik dan indah itu adalah selagi ianya indah pada pandangan Allah dan RasulNya. Meskipun dipandang hina serta  tidak up- to- date oleh hamba yang fasik dan munafik.  Wanita beriman mengutamakan pandangan Allah mengatasi pandangan manusia.
Kita mahu up -to- date dan moden menurut kacamata Islam agar di akhirat kelak kita mendapat syurga yang up- to- date dan moden juga, insya Allah.
Bertaubat sebelum terlambat itulah ciri-ciri hamba yang cerdik.
Beristighfar jika masih  ’tidak rasa apa-apa’ kerana mendedahkan aurat.  Ia tanda hati yang sakit kerana tidak mampu mengesan kepahitan dosa.  Penawarnya ialah memohon taufik dan hidayahNya seperti doa ini,

“Ya Allah… lembutkanlah hatiku agar aku merasa sensitif dengan kemarahanMu…
Ya Allah… bimbinglah aku ke jalanMu…
Berilah sedikit rasa cinta kepadaMu hingga aku mampu menurut langkah-langkah muslimah solehah yang dikasihiMu…
Ya Allah…
Peliharalah daku dari hasutan syaitan dan iblis… yang mahu menjauhkan aku dariMu dan meramaikan teman mereka di neraka kelak…
Ya Allah… Yang Maha Gagah Perkasa…
Berilah kekuatan kepadaku untuk bermujahadah kembali kepadaMu…
Ya Allah yang maha pengampun…
Peliharalah daku dari kemurkaan dan azabMu…
Aku terlalu lemah ya Allah…
Aku hanya insan hina dan tidak berdaya menguasai hawa nafsuku kecuali mendapat pertolongan dariMu…
serta menumpang kekuatanMu…
Ya Allah yang maha penyayang…
Engkau mengasihiku melebihi kedua ibubapaku…
Maka ambillah daku yang hina dina ini ke dalam pelukan kasih sayangMu…
Bimbinglah daku sehingga daku selamat kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau meredaiku…
Aku terlalu kerdil Ya Allah… untuk menanggung azabMu yang pedih…
Aku tidak berdaya ya Allah…
Tanpa pertolongan dan kekuatan dariMu…
Siapalah aku…
Ya Allah…
Pandanglah daku dengan kasih sayangMu
dan ampunilah segala dosa-dosaku, dulu, kini dan sehingga ke akhir hayatku.
Salam dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad, ahli keluarga, sahabat-sahabat dan para pengikut semuanya.”

Masih ada ibrah istimewa di sebalik bunga tulip ini.  Saya serahkan kepada para pembaca yang budiman dan beriman untuk menafsirkannya.
Dan berikan peringatan,  sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman.” [Az-Zaariyaat, 51:55].






Monday, November 14, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

"IBU!!!!!, HUJAN SUDAH TURUN.SYUKUR PADA ALLAH!!!!"

Ada kegundahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap. "Ibu, apakah kita akan binasa. Kenapa langit tiba-tiba gelap?" ucap anak katak sambil merangkul erat lengan induknya. Sang ibu menyambut rangkulan itu dengan belaian lembut.
"Anakku," ucap sang ibu katak. "Itu bukan pertanda kebinasaan kita. Sebenarnya, itu petanda baik." jelas ibu katak sambil terus membelai anaknya. Dan anak katak itu pun mulai tenang.
Namun, ketenangan itu tak lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Daun dan tangkai kering yang berserakan mulai berterbangan. Pepohonan meliuk-liuk ditiupkan angin. Bagaikan, suatu pemandangan menakutkan buat si katak kecil. "Ibuuuu, itu apa ibuuuu? Apa itukah yang kita tunggu-tunggu?" tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh ibunya.
"Anakku sayang. Itu cuma angin," ucap sang ibu tak terpengaruh dengan keadaan. "Itu juga pertanda apa yang kita tunggu itu pasti akan datang!" tambahnya begitu menenangkan. Dan anak katak itu pun mulai tenang. Ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang pada mulanya menakutkan kini bagi si anak katak sedikit ketenteraman di samping ibu tersayang.
"Blarrr!!!" suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana begitu menakutkan. Kali ini, si anak katak tak lagi boleh berkata apa-apa, si anak terkejut lalu ia bukan saja merangkul dan sembunyi di balik tubuh ibunya. Tapi juga gemetar seluruh tubuhnya. "Buuuuuu, aku sangat takut. Takut sekaliiiiii!" ucapnya sambil terus memejamkan matanya.
"Sabar, anakku sayang!" ucap sang ibu sambil mencium anak kesayangannya dan terus membelai. "Itu cuma petir. Itu tanda ketiga apa yang kita tunggu tak lama lagi akan datang! Keluarlah. Pandanglah tanda-tanda kekuasaan Allah yang kamu katakan itu amat menakutkan namun bagi ibu itu petanda baik buat kita sayang. Bersyukurlah, kerana hujan tak lama lagi akan datang, Wahai anak ku jangan takut melangkah, jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi dugaan. Kerana hujan yang ditunggu, insya Allah, akan datang. Bersama kesukaran ada kemudahan " ungkap sang ibu katak begitu tenang.

Anak katak itu mulai perlahan-lahan keluar dari balik tubuh ibunya. Ia cuba mendongak, memandang langit yang hitam, angin yang meliuk-liukkan dahan, dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia berteriak sekuat hatinya, "IBU!!!!!, HUJAN SUDAH TURUN.SYUKUR PADA ALLAH!!!! HUJAN DAH TURUN!!!!!! HOREEEEEEE!!!!!!!!"
**
Anugerah hidup kadang-kala tampil melalui cara dan suasana yang tidak diinginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling emas yang merdu. Tidak dihantar oleh dayang-dayang nan rupawan. Tidak disegarkan dengan wangian harum semerbak kasturi.
Saat itulah, terlalu ramai manusia yang akhirnya dipermainkan keadaan. Sama seperti anak katak yang takut cuma kerana langit hitam pekat, angin yang bertiup terlalu kencang, dan kilatan petir yang menyilaukan. Padahal, itulah sebenarnya tanda-tanda kebesaran Tuhan ingin mahu menurunkan hujan.
Benar apa yang diucapkan ibu katak: Jangan takut melangkah, jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi dugaan. Kerana hujan yang ditunggu, insya Allah, akan datang. Bersama kesukaran ada kemudahan. Sekali lagi, bersama kesukaran ada kemudahan.

Sunday, November 13, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Kematian adalah satu motivasi~


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka, “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi:”Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.”
(Muslim)



Huraian
Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan “husnul khatimah” atau “su’ul khatimah”, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:”Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.” (Bukhari). Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (“su’ul khatimah”) dalam mengakhiri ajal seseorang. Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.



Thursday, November 10, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Setulus hati ku mencintai mu~


Jika aku memandang langit
mengharapkan bayangan wajahmu
terurai dalam goresan sendu
kerana disini aku begitu merindumu.

Diantara senandung langkah bumi
aku menantikan langkahmu di depan pintu hatiku
Diselimut awan putih itu
kugantungkan cinta suciku
Bilakah engkau akan bersamaku
mengarungi satu cerita dalam lautan cintaku ??
Bersama rambulan ku akan menjemput malammu
dengan sejuknya jiwamu….
Bila aku bukan pilihan terbaikmu
biarkan aku mencintamu dengan segenap jiwaku
Bila aku bukan pilihan hatimu
biarlah aku mendampingimu selamanya
Biarkan aku
menjadi bagian kecil di sudut hatimu….
Biarkan….
Kerana aku hanya bersamamu
seumur hidupku….


~Izinkan ku pergi~

Ini surat dari seorang ibu yang sayu hatinya.
Linangan air mata bercucuran deras bersama tersusunnya surat ini. Ibu lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh membuang surat ini setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbu ibu sebelum ini.

Sejak doktor memberitahu tentang kehamilanmu, ibu berbahagia. Ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan demi perubahan berlaku pada ibu. Sembilan bulan ibu mengandungkan mu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah kerana mengandungkan mu. Meski pun begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian  ibu lihat di depan mata ibu saat kau dilahirkan. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan buat kami.

Berikutnya, ibu seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatan ibu demi kesehatanmu. Kegelisahan ibu demi kebaikanmu. Harapan ibu hanya ingin melihat senyum sihatmu.


Masa remaja pun engkau melusuri kini. Kejantananmu semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencarikan seorang gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau menikah. Hati ibu sedih atas kepergianmu, namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.

Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu yang dulu. Hak pada diri ibu telah kau lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak bersua, meski pun melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam perkara. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski pun hanya beberapa minit saja untuk melihat anak kesayangan ibu.
Ibu sekarang sudah sangat uzur. Pinggang sudah membongkok, gemetar sering bersama tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu.

Anakda permata hati ibu..
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan tak henti-henti berterima kasih kepadanya. Sementara ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu tertanya-tanya, dosa apakah yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini?


Anakda cahaya hati ibu...
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila tiba saatnya kau akan merasakan dengan apa yang ibu rasakan pada waktu ini baru kau sedar akan peritnya dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan? Ibu tidak tergamak untuk mengadu kedukaan hati ini kepada Dzat yang Maha Tinggi. Ibu juga tidak akan menceritakan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheratmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.

Anakda jiwa raga ibu...
Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan permata cahaya diriku…

Anakda permata cinta ibu...
Perjalanan tahun demi tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan setiap balasan dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang mengecewakan.

Anakda yang amat ibu sayang...
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekatlah air mata ibu, ringankanlah beban kesedihan ibu. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketauhilah, “Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat buruk, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri.”

Anakda yang ibu rindui...
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat tiba hari kelahiran yang sangat mencemaskan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah bercucuran tumpah, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusu. Ingatlah belaian sayang dan keletihan Ingatlah saat engkau sakit. Ingatlah….. Ingatlah….. Kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat: “Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil.”

Anakda dengarlah kini...
Allah berfirman, “Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal…” (Yusuf: 111)
Pandanglah teladan dalam Islam, supaya engkau memperolehi gambaran bakti anak kepada orang tuanya.”