Monday, August 29, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Menggapai Keikhlasan Hati~

Pernahkah kita terfikir bagaimana agaknya sekeping hati yang tersimpan elok di dalam tubuh kita boleh tercedera sedangkan badan kita sihat sejahtera?? Seringkali kita mendengar keluhan seperti ini…

“Aku sakit hatilah dengan dia tu!”

“Aku menangis dalam hati, tak ada siapa yang tahu..”

“Hati aku terseksa sebab rindukan dia.”

Bagaimana hati boleh cedera? Bagaimana hati boleh sakit? Bagaimana hati boleh menangis? Apakah kita dapat mendengar tangisan hati kita sendiri? Benarkah hati kita terseksa? Bagaimana seksaannya itu? Apakah kita merasai sakitnya hati kita apabila ada orang menyakiti kita?

Walaupun zahirnya, hati itu tersimpan rapi di dalam tubuh kita tanpa ada sebarang marabahaya yang boleh menyakiti dan melukainya,namun, secara batin, hati kita sebenarnya selalu cedera dan akan parah jika tidak segera diubati.

BAGAIMANA HATI BOLEH CEDERA?
Hati kita boleh cedera dengan beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya:
Faktor Dalaman :
- Hasutan syaitan yang menyuruh agar melakukan kemungkaran.
- Nafsu amarah yang sentisa mengajak kepada kemaksiatan.
- Lemah iman di dada.
- Berdendam dan su’uzon(buruk sangka) dengan manusia.


Faktor Luaran :
- Pengaruh negatif gejala sosial (pergaulan bebas dll)
- Pengaruh TV (menonton cerita-cerita maksiat dan tak bermanfaat)
- Malas pergi ke majlis-majlis ilmu.
- Malas membaca buku-buku ilmiah.
- Keadaan sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda.


Faktor Dalaman akan menyebabkan hati kita cedera dan luka kerana kesannya amat buruk kepada batin kita. Hati akan berasa lemah dan lesu tanpa iman untuk melawan gelodak nafsu. Hati juga akan berasa berat hati tanpa takwa di jiwa untuk menolak undangan syaitan durjana ke arah kemaksiatan. Sekali kita berbuat dosa, titik hitam akan tercalit di hati kita. Bukankah itu menunjukkan bahawa hati kita sudah mula cedera?

Ibn Mas’ud berkata : “ Dosa itu menggoncangkan hati.”

Faktor Luaran juga menyebabkan hati semakin terluka dan akan bertambah parah kerana kesannya amatlah zahir. Jika kita terus-terusan melakukan maksiat dan kejahatan, diri kita sendiri akan berubah menjadi apa yang kita usahakan. Sebab itulah wujudnya pencuri, perompak, perogol, pelacur, pelumba haram dan banyak lagi gejala yang tidak sihat untuk kita ikuti. Ketandusan ilmu pengetahuan akan menyebabkan kita jahil dan buta dalam melakukan sesuatu perkara. Kekontangan ilmu juga akan menjadikan kita seorang yang jahil agama. Bagaimana kita ingin mengetahui sesuatu perkara itu baik dan berpahala atau sebaliknya tanpa wujudnya ilmu di minda kita? Akal semata-mata bukan penentuan segalanya.

SEMBUHKAN HATI KITA
Hati yang tidak dididik dan diasuh dengan cermat akan mudah luntur dan cair dengan pujuk rayu nafsu dan syaitan. Hati yang lemah iman juga akan senang dan amat mudah untuk dipengaruhi. Hati yang lalai akan sentiasa berada dalam keadaan alpa andai tiada bimbingan tarbiyah dan tazkirah. Hati yang penuh dengan calitan hitam tidak akan sedar akan dosa yang dilakukannya. Baginya, dosa biasa yang dilakukannya itu adalah perkara biasa.

Hati perlu disuntik dengan jarum takutkan api Neraka Allah agar diri tidak lagi berani untuk berbuat maksiat. Hati juga perlu sentiasa disiram dengan akhlak yang murni seperti merendah diri agar tidak timbul perasaan riak dan bangga dalam diri dan menyebabkan hati menjadi layu serta tidak bertenaga. Hati memerlukan tazkirah agar kita sentiasa mengingati mati.

Firman Allah yang bermaksud : “Orang Mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut, hati mereka gementar…” (Surah Al-Anfal : 2)
Hati juga memerlukan sifat malu. Malu untuk melakukan maksiat dan kejahatan pada-Nya. Andai hati sudah malu, masakan tidak diri kita juga akan merasakan rasa yang sama? Pasti! Kita pasti akan rasa malu untuk melakukan perkara maksiat kerana anggota ini milik-Nya. Takkan kita nak buat maksiat dengan anugerah anggota badan pinjaman-Nya ini? Tidak malukah kita?

Daripada Imran bin Hussain r.a., Nabi SAW bersabda : “Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “…Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingatkan Allah, memuji kebesaran-Nya, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi serta menghindari larangan-Nya. Hati yang baik juga sentiasa bersih daripada sifat mazmumah seperti dendam, benci, riak dan takbur serta bangga diri.

Hati yang rosak pula ialah hati yang telah dipengaruhi dan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya. Hati yang rosak juga sudah dianggap mati hayatnya untuk berhubung dan bertasbih pada-Nya.

Sembuhkanlah hati kita. Jangan cederakannya lagi dengan luka-luka dosa dan noda. Jangan parahkan ia dengan kesakitan dan kesengsaraan jiwa. Jangan rosakkan ia dengan perbuatan maksiat dan kejahatan. Mujahadahlah! Kerana selagi denyut nafas masih bernadi, syaitan dan nafsu akan sentiasa menjadi musuh utama kita yang tersembunyi. Mujahadah itu memang payah dan pahit kerana Syurga itu sememangnya indah dan manis.


Manfaatkanlah hati kita sebaik-baiknya. Bersyukurlah atas pinjaman-Nya yang amat berharga ini. Hargailah ia dan manfaatkan sebaiknya. Jangan sesekali membutakan hati kita dengan keasyikan duniawi semata-mata. Jaga dan peliharalah hati agar kita bisa memperoleh haruman Syurga di sana nanti.

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)










Thursday, August 25, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

TIPS BALIK KAMPUNG SEMPENA HARI RAYA


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN..


Di sini saya ada panduan perjalanan yang boleh dikongsi bersama..


HATI-HATI DI JALANRAYA..
KEPULANGAN ANDA DINANTI BUKAN UNTUK DITANGISI..

KAWASAN SPEED TRAP :

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow jela kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke Damansara, antara batu cave ke Bandar Baru Selayang
 ( maklumat dari rakan2 radio...9W2PGY

sumbet dari
alcapacino.blogspot.com

~Sumpah Melayu~


Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
~ Lim Swee Tin

Tuesday, August 23, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Cinta Datang Lagi~

Cinta bagai sekuntum bunga indah menawan, yang membuai dengan hangat peluk kasih sayang, lembut dekapan naluri penuh pengertian, ungkapan kebaikan dan kejujuran, curahan keindahan senyum dan kesetiaan, rangkaian tenang bijak tindakan yang terangkum dalam rajutan kisah kehidupan.

Tak perlu orang tahu segala rahsia tentang sesuatu. Ku tak ingin ini semua menjadi berita, menjadi gosip semata. Tetaplah ini menjadi rahsia, tak usah bimbang andai hati sudah setia. Kerana ada cerita indah di antara kita.

Selama masih ada hangat suasana, kesepian tak lagi akan bermakna. Selama masih ada senyum ceria, kebahagiaan akan selalu terasa. Selama masih ada kebenaran mulia, arah hidup akan selalu terjaga. Semua akan terjaga saja selama masih ada iman dalam cinta di sana.

Bintang berkelip redup menemani bimbang sepi, mengalun jauh harungi malam dalam sunyi. Pastikan tercipta mimpi atau harus kau palingkan diri mu. Jangan terasa lelah bisikan cinta padu di hati mu.

Wahai Isteriku, jika pesona cinta melelahkanmu, dengarkanlah satu kataku; lupakanlah gelisah di hati kecil mu, kuatkanlah langkah, basuh lukamu. Hari masih panjang dan waktu tetap setia berjalan. Esok mentari pagi pasti akan terbit menghangatkan hatimu, dan langit malam pun akan bertabur bintang menemani tidurmu.

Pejamkan matamu sayang dan sandarkan bebanmu serta lepaskan sepimu. Percayalah, pasti ada yang akan merindukanmu. Rindu untuk menghiasi setiap mimpi indahmu dan bahagia untuk mencintaimu. Tersenyumlah dan temukanlah cinta.

Tak perlu dirimu ku taburi dengan berjuta kata janji. Andaikan engkau mengerti, menyintaiku dengan setulus hati, pasti kau akan sentiasa menemani dan menambatkan cinta di dalam hati ini.


Terima kasih Ya Allah atas cinta yang Kau anugerahkan. Mempertemukan aku dengan isteriku dalam satu kisah perjalanan. Menyatukan hati dalam satu ikatan kepastian. Menghapus kehampaan saat hati dalam kesedihan. Menguatkan langkah ketika tak ada lagi tujuan, dan semakin memberi makna rangkaian kisah kehidupan.

Sesungguhnya tidak sempurna sekuntum bunga, andai tak bersatu dengan sang kumbang yang ada, seiring perasaanmu yang tulus setia, pastilah akan selalu kubangga dan kucinta. Akan kugenggam tanganmu untuk berjalan bersama, berjalan melintasi hamparan dunia membina mahligai cinta perjalanan cinta kerana-Nya.

Ketulusan cinta sejati bukanlah sekadar harus dicari akan tetapi harus diresapi, dipahami, dan dimengerti. Yang utama bukanlah kecantikan diri, akan tetapi keanggunan yang tercermin jauh dari dalam lubuk hati.

Banyak bunga tumbuh mekar mewangi, semakin mempesona di dalam taman puspawangi. Namun siapakah yang kusentuh dalam dekapan hati ini. Kau isteriku permata buaian cinta abadi. Mungkin takkan mampu ku ungkapkan segala kesetiaan cinta sejati.

Kudayung menelusuri samudera hatimu. Berharap akan temukan tempat berlabuh. Di mana sisi hati kan menuangkan segala keluh. Menambatkan hati hanya untuk satu yang kudamba, yang ku harap dalam cinta untuk selamanya.

Andai janji tak pernah didusta takkan ada yang kecewa. Andai cinta tak mendua takkan ada air mata. Cinta tak mungkir janji tapi bukti yang pasti. Hanya cinta sejati yang akan abadi sampai di akhir nanti.

Aku tak pernah tahu kebahagiaan sesungguhnya hingga saat kudapatkan cintamu, dan aku tak pernah tahu derita yang sebenarnya sampai kukehilangan mu. Terima kasih telah mengenalkanku pada kedua rasa yang takkan pernah kulupa.

Saat cinta datang mengetuk pintu hati, membawa sejuta perhatian dan setangkai kasih sayang, ku sambut dengan penuh senyum, setelah cinta singgah di hati, dunia terasa indah sekali. Mendung terlihat seelok pelangi, dan tak sabar esok hari datang lagi.

Tidurlah kasihku. Kujaga kamu dengan doaku, dan kuselimuti tubuhmu dengan cinta dan sayangku.







Saturday, August 13, 2011 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Jangan Sesekali Kamu~

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan  sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan “aku cinta padamu” sedangkan didalam hati mu hanya  nafsu yang bertahta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang  kerana paras rupanyanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan  lenyap dan musnah.


Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal  Soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang Beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.


Hati  Orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan CINTA akan diriNYA..
Namun..
Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA padaNYA..