Wednesday, November 6, 2013 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Doaku tidak berbalas...Kisah sedih...:(




Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai permata lebih beharga gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hargailah mereka selagi kita masih ada…

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Mak Milah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Mak Milah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Mak Milah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Mak Milah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Mak Milah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Mak Milah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
 
Keyakinan Mak Milah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Mak Milah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Mak Milah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
 

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

 

✿•**• ✿Dia tunangku✿•**• ✿

  Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?



Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, “Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.”

“Kahwin la dengan kita bila-bila,” jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab ‘pinangan’ tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


 
“Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat.”


 









Wednesday, February 6, 2013 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~IMAN YANG HEBAT~(Motivasi)

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI,

darimana kita belajar IKHLAS?

Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD,

darimana kita belajar SABAR?
 
Jika setiap doa kita terus Allah       KABULKAN,

bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR?

 



Seseorang yang dekat dengan Allah, bukan berarti tidak ada air mata,
Seseorang yang taat pada Allah, bukan berarti tidak ada kekurangan,
Seorang yang tekun berdoa, bukan berarti tidak ada masa susah,
Biarlah Allah yang Maha Berkuasa sepenuhnya atas hidup kita, kerana Dia tahu yang tepat untuk memberikan yang terbaik.


 

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN


Ketika usahamu dinilai tidak penting sama sekali, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEIKHLASAN


Ketika hatimu terluka yang sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMAAFAN.

Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN


Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETENGGUHAN
Ketika kamu harus mengeluarkan harta yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.

Tetap semangat….
Tetap sabar….
Tetap tersenyum…..
Kerana kamu sedang menimba ilmu KEHIDUPAN

TUHAN menetapkan di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana “KEBETULAN”
Orang yang IMAN YANG HEBAT tidak dididik melalui kemudahan, kesenangan, dan kegembiraan..
MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN & AIR MATA.

 

Tuesday, February 5, 2013 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

“aku cinta dan terlalu sayang padamu ibu”



Kerana dibesarkan dalam keluarga yang  agak susah, seorang gadis bersikap liar serta tidak menghormati orangtuanya.

Pada suatu hati, ketika dia jatuh sakit serta mendapatkan rawatan, dia telah di sahkan mengidap barah payudara sama seperti ibunya, namun dia telah insaf dan memutuskan untuk mencintai dan menyayangi orangtuanya, meskipun punyai masa depan yang agak kelam.

Setiap pagi, saat keluar bekerja, dia tak akan lupa memeluk dan mencium ibunya serta berkata bahwa dia terlalu mencintai ibunya, namun si ibu tidak pernah menjawap hanya memerhati dengan linangan air mata mengenangkan adakah ini saat terakhir pelukan anak kesayangannya…

Kemudian, pada suatu hari, setelah kira-kira tiga bulan berlalu, saat itu si gadis telah terlambat keluar bekerja dan bergegas keluar dari rumah. Ibunya segera bergegas ke pintu. “Ada yang kamu lupa wahai anakku,”. “Apa?” tanya si gadis. ” Kamu lupa memeluk ibu dan kamu juga lupa mengatakan “aku cinta dan terlalu sayang padamu ibu”

Keduanya berpelukan. Keduanya menangis. Dengan izin Allah serta doa seorang ibu yang ikhlas hatinya. Keduanya Sembuh.

Monday, February 4, 2013 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Wahai wajah, kamu cantik sekali~


Wahai wajah, kamu cantik sekali :
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.


Wahai wajah, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki dan wanita yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai akhi dan ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah terutama para muslimah?

Wahai wajah, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.