Tuesday, January 31, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

♥♥~Cintailah Aku Kerana Allah~♥♥


░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang comel =
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang sweet =
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang romantik =
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang charming =
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.

Friday, January 27, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Bila Janji-Nya Sudah Dihujung Nyawa~

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata
dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi
akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
 "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan
menuang dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan
engkau menggosok jasad aku dengan kuat sebab tubuhku luka-
luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
 "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim
dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku
tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke
kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan:
 "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-
anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana
ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai
ketika ini sebagaimana ia melalaikan
aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah akan menghisab segala amalku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi
beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat
itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi
itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada
anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah
mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi
Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil
anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar
keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan
Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan
menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat
maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T."
 Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
AllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
 "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan
orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-
anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan.
" Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan
sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini. Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini
juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.
" Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri
mata maka berkata mata:
 "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
" Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh
orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung
di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama






Thursday, January 26, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Mimpi Pengajaran~(Rugi kalau tak baca)

Seorang lelaki bermimpi dikejar seekor harimau.Dia berlari ke arah sebatang pokok dan terus memanjat lalu duduk di atas salah satu dahan pokok tersebut. Saat dia memandang ke bawah, harimau masih menunggunya di bawah pokok tersebut.

Dia menoleh ke tepi dan terlihat ada dua ekor tikus sedang mengelilingi dahan yang sedang didudukinya.Seekor warna putih dan seekor hitam sedang memakan dahan pokok tersebut dan boleh mengakibatkan dahan tersebut patah pada bila bila masa sahaja.

Saat dia menoleh ke bawah, dia merasa terkejut dan gerun kerana ada seekor ular hitam besar sedang terngangga mulutnya berada betul betul di bawah dahan yang dia duduki dan jika dia terjatuh dia boleh masuk terus ke dalam mulut ular tersebut. Dia melihat lihat kiri kanan jika ada dahan lain sebagai tempat dia bergayut.

Dia terlihat satu dahan yang mana ada terdapat sarang madu lebah.Titisan madu kelihatan menitik nitik dan dia mahu merasanya.Dia berjaya merasa satu titisan madu tersebut yang mana terasa sungguh lazat dan menakjubkan.Jadi dia berusaha lagi untuk merasa titisan demi titisan dan akhirnya dia leka hingga terlupa tentang dua ekor tikus,ular dan harimau yang ada di bawahnya.

Tiba tiba dahan pokok patah dan dia terjatuh lalu tersedar dari tidurnya.

Keesokannya dia cuba memahami maksud mimpinya itu dan akhirnya berjumpa orang bijak pandai yang boleh mentafsir mimpi tersebut.

Orang bijak pandai itu berkata, harimau yang anda lihat dan mengejar anda adalah kematian, ia selalu mengejar ke mana saja anda pergi. Tikus seekor putih seekor hitam adalah tanda siang dan malam.Ia mengelilingi datang silih berganti,memakan waktu anda dan semakin dekat membawa anda kepada kematian.

Ular hitam besar dengan mulut terngangga besar dalam dan gelap adalah kubur. Ia ada di situ menunggu anda jatuh masuk ke dalamnya. Sarang madu lebah adalah dunia ini dan titisan manis madu adalah nikmat dan kelazatan dunia.Kita pada mulanya merasa sedikit kelazatan dan memang merasa sungguh lazat. Kemudian kita merasa lagi dan lagi hingga kita terleka dan terlupa tentang masa, kematian dan alam kubur.

Pengajaran cerita :



1. Hidup di dunia penuh kenikmatan dan kelazatan yang boleh membuat kita terleka.
2. Kematian akan datang tanpa notis tanpa memo dan kita tidak boleh lari darinya.
3. Maka bersedih dan bersedialah untuk menghadapi masa akan datang sebelum terlambat dan menyesal di hari kemudian.

Monday, January 16, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Inilah gambaran cinta suci..Dalam diri Mak Lang, Mak Lang tak ada...yang ada cuma Pak Lang

Mata saya memandang pusara Mak Lang. Di sebelahnya pusara suaminya Pak Lang. saya tersenyum. Terbayang satu-persatu episod kenangan saya bersama mereka. Pak Lang meninggal sewaktu saya baru memulakan pengajian di universiti, manakala Mak Lang pula menyusul tiga bulan kemudian. mereka meninggal atas sebab-sebab biasa-kata orang sakit tua. Mak Lang seingat saya berusia 80 tahun ketika meninggal, Pak Lang mungkin lebih lagi.

Mak Lang terutamanya, tidak mengajar saya tentang ilmu rumahtangga, tetapi saya banyak belajar dari cerita-cerita dan amalannya.

"mak lang ada gaduh-gaduh tak dengan pak lang?" tanya saya.
"eh kau ni Adi...pak lang kau tu panas juga orang nya. ade ler gaduh, tapi tak selalu..."

"kalau gaduh, mak lang buat apa?".."pak lang kau tu cepat reda, datang ler die memujuk."
"wah romantik juga ya. apa kata-kata pujukan pak lang?" usik saya.."dia tak cakap apa-apa. dia tengok apa mak lang buat,dia tolong. itu mak lang tahulah...dia pujuk. atau tiba-tiba dia pergi kedai, beli bahan masakan kegemaran mak lang....kemudian dia kata, jom masak sama-sama."

"Kenapa adi tanya ni...Adi dah ada buah hati ye?
“mak lang bukan pandai sangat. orang kampung biasa. kau tu kan belajar tinggi."
"tak lah mak lang, saya cuma nak dengar kisah-kisah mak lang." "dulu masa ada pak lang takut saya. dia tu garang orangnya." akui saya terus-terang.
"garang-garang pun dah suami kita. mak lang tak harap apa-apa masa mula dijodohkan dengan pak lang kamu..."
 

"maksud mak lang?"
"mak lang tak pernah bayangkan suami mak lang mesti begini, begitu...hati mak lang terima seadanya pak lang kamu sejak diakad nikah. yang mak lang fikir, macam mana mak lang perlu buat bila dah kahwin nanti....kena masak, kena jaga rumah, kena layan suami, kena didik anak...mak lang sedia itu saja. tak pandai pasang angan-angan."
singkat tapi tepat. mudah tapi berhikmah. mak lang mungkin tidak mengetahui falsafah ilmu rumahtangga. tetapi hati, perlakuan dan kata-katanya menepati ilmu yang dihuraikan oleh buku-buku besar ahli falsafah. ilmu itu pada tindakan.

"mak lang belajar urut-urut tak?"
"manalah ada,"
"habis....kata pak lang dulu mak lang pandai mengurut."
"gurau dia saja tu. asalnya begini, dia jatuh sewaktu di kebun. terhencot-hencot dia balik rumah. tak sampai hati mak lang tengok, lalu mak lang urut. ikut sedap tangan je..baik pula. sejak tu, apa-apa sakit dia cari mak lang." "mak lang tahu cakar harimau?"
"apa tu?"
"eh tak da le. apa petua mak lang dalam urut-mengurut ni?"
"urut dengan hati kita...kerana sayang, kesian, kasihankan dia. bukan sekadar nak ambil hati."
"kerana nak beri kasih sayang, bukan nak dapatkan kasih sayang?" tanya saya.."kau lebih pandai. mak lang tak pandai cakap-cakap macam tu."

"apa yang mak lang rasa hilang sangat bila ditinggalkan pak lang?" dia diam tiba-tiba. tapi mak lang memang 'relaks'. tak pernah saya lihat dia menangis. sewaktu pak lang meninggal dunia dulu pun, dia macam biasa, berdoa, baca al-quran dan membantu menyelenggarakan urusan-urusan menyempurnakan jenazah.."sembang-sembang pak lang kamu...."katanya.
"sembang-sembang saja?" ujar saya hairan.
"ya, sembang-sembang. pak lang kamu adalah penawar hati mak lang. sambil sembang dia memujuk, sambil sembang dia memberi ilmu, sampaikan panduan. pandai dia bercerita. tapi ada makna. kekadang penuh gurauan namun dalam masa penuh dengan teguran dia tahu mak lang sekarang tengah sedih...."

saya senyum. dengan pemikiran yang 'simple', bahasa dan istilah yang mudah. mak lang berkisah - prakti ilmu-ilmu motivasi terkini. yang ditulis dalam pelbagai buku yang mahal dan tebal. tapi mak lang dan pak lang hanya 'orang kampung', mereka hanya 'menulis' dalam kehidupan. 'berceramah dengan amalan harian."siapa yang kuat sangat nak hantar anak-anak belajar tinggi?" tanya saya. " kami berdua. tak nak anak-anak susah...pak lang kamu tak belajar tinggi. setakat tahu membaca dan mengaji saja. tapi dia yakin, nak berjaya mesti dengan ilmu."
anak sulung mereka menjadi jurutera. manakala yang kedua pula menjadi seorang guru. ketiga, polis dan yang bongsu doktor. "mak lang mengajar mengaji kan?"
"mak lang tekad. anak-anak mesti khatam Al-Quran di tangan mak lang sendiri. wuduk, solat, taharahnya dah diajar di sekolah. pak lang kamu cuma tengok perbuatannya di rumah. dia garang, tak berani anak-anak nak tinggal solat....dirotannya!"

"apa falsafah hidup mak lang?"
"mak lang tak pandai... mak lang hanya buat apa yang maka lang patut buat. rasanya pak lang pun begitu juga. rasa kami sama, sebab selalu bersama.."
"tapi ada orang selalu bersama, tapi rasa mereka tetap tak sama... kenapa mak lang?" "tak tahulah pula. tapi mak lang dulu selalu buat macam ni....mak lang selalu fikir apa yang pak lang rasa, bukan yang mak lang rasa. kalau keadaan macam ni, macam mana pak lang buat. kalau macam tu, macam mana pula pak lang bertidak. entahlah, akhirnya, mak lang rasa :dalam diri mak lang, mak lang tak ada...yang ada cuma pak lang."

wah, ini lebih tinggi daripada prinsip 7 habits, Steven Covey - Seek to understand than to be understood.
"pak lang rasa macam tu juga ke? yang ada hanya mak lang?"
"sekali sekala datang juga pertanyaan macam tu. tapi mak lang tepis cepat-cepat. kita buat apa yang patut kita buat. isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan...."
ini lebih hebat, prinsip tera dalam cinta rumahtangga - unconditional love...

saya renung buat kesekian kali pusara mak lang. sudah lama saya tidak ziarah untuk mengambil ibrah. namun setelah saya tamat pengajian kini, terbayang satu persatu kata-kata bersahaja mak lang. mereka bukan wira yang perlukan tugu kenangan. atau negarawan besar yang perlu diberi pangkat dan gelaran. mereka hanya manusia biasa, yang menjadi luar biasa dengan sikap biasanya - jujur, telus dan tulus.......
inilah gambaran sebenar sebuah cinta suci...


Friday, January 13, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Wuduk Zahir Dan Batin~

Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air”.
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.”
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Tuesday, January 10, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~Denai Kasih~

Alia nampak dengan jelas, gadis itu keluar dari perkarangan rumah Ikwan. Alia juga nampak Ibu dan Ayah serta Ikwan menghantar gadis cantik itu dengan lambaian dan senyuman yang ranum. Kata Ikwan, gadis itu adalah kawan kecilnya. Tapi sejak gadis itu datang, Ikwan kian menjauh darinya, Ikwan kerap keluar bersama gadis itu. Hati Alia sakit!

Ikwan jarang menelefonnya kini. Malah, kalau Alia call di rumah, selalu saja keluar. Handsetnya juga selalu suruh tinggalkan pesanan suara saja, bila ditanya kenapa, kata Ikwan habis bateri. Takkan sepanjang minggu habis bateri? Kalau dapat call pun Ikwan cakap sikit saja dengannya. Seolah tidak ada lagi topik yang menarik hendak di kongsikannya bersama Alia. Alia rasa bahang perubahan sikap Ikwan. Gara-gara kehadiran gadis cantik itu yang kebetulan baru pulang dari London. Kononnya kawan lama, entah-entah kekasih lama!
“Gadis tu kan baru je datang dari luar negara, lagi pun mereka memang sahabat rapat dari kecil, memanglah banyak yang nak dibualkan setelah sekian lama tidak berjumpa.” Alia mahu percaya kata-kata Nina yang memujuknya itu. Tapi cemburu dihati Alia masih juga meronta-ronta tak mahu kalah. Tak boleh jadi nih!
“Tapi Nina.. Wan dah berubah! Dia macam dah lupakan Lia.. macam dia dah malas nak jumpa atau sekurang-kurangnya berbual dengan Lia.. sejak kedatangan kawan baiknya yang cantik tu!” Geram Alia bila teringatkan gadis itu. Sakit hati Alia bila terbayang wajahnya. Memang dia benar-benar cantik! Hidungnya lebih mancung dari Alia, kulitnya putih dan halus. Bukan seperti Alia yang berkulit sowo matang. Matanya besar dihiasi bulu mata yang panjang dan lentik serta keningnya hitam lebat. Pipinya gebu dan licin macam kulit tomato. Bibirnya nipis dan merah jambu tanpa perlu disapu gincu. Rambutnya pula panjang lurus separas dada. Hati lelaki mana yang tidak tertawan. Alia tahu beza antara dia dan gadis itu bagaikan langit dengan bumi.

Alia pandang ke dalam cermin, pantulan dari cermin memaparkan wajahnya yang masam mencuka. Dia lihat keningnya yang nipis, matanya yang kecil dan bulu mata yang pendek. Kulitnya tidak sehalus dan segebu gadis itu. Bibirnya pucat saja. Kalau tidak memakai gincu langsung tidak menarik. Alia mula bencikan rupanya! Dia ingin kelihatan cantik, lebih cantik dari gadis itu!
Alia bandingkan pula dirinya dengan gadis itu, dia hanya mendapat Diploma dalam bidang Pengurusan dan sekarang jadi kerani biasa di sebuah syarikat swasta. Gadis itu pula baru habis pengajian di luar negara dengan gelaran Sarjana Muda Undang-undang. Kalau dapat kerja nanti, pasti gajinya menjangkau angka dua ribu. Ah! Gadis itu umpama permata yang berharga, manakala Alia bagai pasir yang bertaburan dijalanan. Alia mengeluh lagi.
“Pasti Ikwan tidak berminat untuk bersamaku lagi.. Ikwan sudah menjumpai gadis yang sesuai dengan dirinya..” kata Alia sendirian. Alia sedar, Ikwan tidak setaraf dengannya, lelaki itu berkerja sebagai Timbalan Eksekutif di syarikat ibunya. Mereka adalah golongan berada, bukan macam Alia yang sederhana. Namun hati Alia masih berharap, dia berharap Ikwan akan kembali mesra seperti dulu. Alia ingat perkenalan mereka yang singkat tapi amat bermakna.
“Encik Haris ada?” itulah kata-kata Ikwan ketika masuk ke pejabatnya untuk menemui majikan Alia, yang merupakan pelanggannya.
“ Emn.. dia keluar sekejap! Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” ujar Alia sambil mengkagumi rupa paras lelaki yang berdiri didepannya. Ikwan kacak sekali. Senyumannya lembut dan suaranya lunak.
“Emn.. tak apalah! Biar saya tunggu dia..”
“Oh.. kalau begitu.. silakan..”
Ikwan duduk di meja menunggu yang menghadap meja Alia, Alia sesekali melirik pada Ikwan yang membelek-belek majalah yang tersedia di atas meja itu. Bila sedar dirinya diperhatikan, Ikwan melemparkan senyuman menawannya. Alia jadi tersipu malu. Tidak lama kemudian majikannya Encik Haris kembali. Ikwan segera masuk ke bilik pejabat Encik Haris.
Waktu tengahari, Alia turun makan di restoran berhampiran, ketika Alia menunggu pesanannya, tiba-tiba satu suara menyapa.
“Boleh saya
join kamu?”
Alia agak terkejut bila melihat Ikwan berdiri di tepi mejanya.
“Semua meja telah penuh..” ujarnya lagi dengan senyumannya yang mencairkan hati Alia. Alia agak tergagap tetapi mempersilakan Ikwan duduk semeja dengannya. Mereka mula berbual dan memperkenalkan diri masing-masing. Mula-mula perbualan mereka agak malu-malu, tapi Ikwan pandai berjenaka. Alia tak henti-henti ketawa dibuatnya. Ikwan menyerahkan kad namanya pada Alia, dia juga membayar semua harga makanan.
“Terima kasih, belanja saya makan..” ujar Alia sebelum mereka berpisah.
Call saya kalau ada masa..” kata Ikwan sebelum pergi. Alia menggangguk. Hatinya berbunga riang.
Sejak hari itu, mereka kerap berhubung. Ikwan selalu bercerita tentang apa saja dengannya. Ikwan akan meluahkan apa saja yang ingin dikongsikannya pada Alia. Lama kelamaan hubungan Alia dengan Ikwan menjadi erat. Putik-putik cinta bersemi. Ikwan melamar cintanya pada hari lahirnya yang ke dua puluh lima tahun. Dengan sejambak bunga, kek harijadi dan seutas rantai. Alia tidak akan lupa betapa bahagianya hati wanitanya hari itu. Bagaikan seorang puteri yang mencapai impiannya.

Tapi itu dulu, sebelum kehadiran gadis cantik yang baru pulang dari luar negara. Kini Ikwan semakin sibuk. Dia tidak ada masa untuk menghubungi Alia. Dia sudah ada teman lain untuk berkongsi cerita mahu pun masalah. Kalau dulu, Alialah tempat mengadu bila hatinya resah atau terlalu penat dengan kerja, kini ada gadis lain yang mengambil alih peranan itu. Alia semakin terkilan.

Alia tidak menghubungi Ikwan lagi selepas dia ternampak gadis itu keluar dari rumah Ikwan. Biarlah Ikwan menghubunginya jika lelaki itu masih ingat padanya. Alia ingin menganggap hubungannya dengan Ikwan sudah berakhir.
Dia mengambil keputusan itu setelah memikirkannya semasak-masaknya. Walau pun tiada kata putus antara mereka, Alia lebih rela daripada mendengar kata perpisahan dari mulut Ikwan. Namun setelah dua minggu, Ikwan tidak juga menghubunginya. Hati Alia semakin remuk redam.
“Hai Lia.. mendung je muka kamu kebelakangan ni..” Sapa Harun, rakan sekerjanya.
“Kau jangan sibuklah!!”
“Eh! Marah?” Sakat lelaki itu lagi. Alia tarik muka masam. Dia memang selalu bermuram durja gara-gara hubungannya dengan Ikwan yang semakin dingin.
“Aku bukan apa Lia.. tapi sebagai kawan, aku kesian juga tengok kau ni.. badan pun dah susut.. kau makan hati ya?”
Harun bersuara lagi. Alia pandang muka Harun dengan tajam. Dia tidak suka orang lain masuk campur dalam hal peribadinya.
“Aku dah lama tahu hubungan kau dengan Encik Ikwan tu.. aku rasa baik kau lupakan saja dia tu.. aku rasa kau pun tahu, Helina sudah balik dari luar negara. Si cantik tu akan bertunang dengan encik Ikwan tak lama lagi.” Lancar benar keluar dari mulut Harun menceritakan hal itu. Darah Alia rasanya tersirap hingga ke umbun-umbun. Dia tidak menyangka hubungan Ikwan dengan gadis cantik itu sudah sampai ke tahap ingin bertunang.
“Dari mana kau dapat tahu semua ni Harun?” tanya Alia ingin kepastian. Betul ke budak Harun ni? Banyak sangat dia tahu tentang Ikwan.
“Kau hairan? Aku sepupu Helina, memang la aku tahu banyak tentang dia dan Ikwan..” Sahut Harun dengan yakin. Alia tertunduk, matanya mulai terasa panas. Ada manik-manik jernih yang bertakung di kelopak matanya. Sampai hati Ikwan!
Hendak bertunang pun Ikwan tidak memberitahunya.
“Mereka dijodohkan oleh keluargakah?” tanya Alia lagi. Dia berharap Ikwan berbuat demikian kerana terpaksa. Alia enggan menerima hakikat kalau Ikwan benar-benar mengkhianati cintanya!
“Sudahlah Alia.. jangan berharap lagi! Helina tu memang kekasih dia.. sebelum kau bersama Ikwan lagi.”
Hati Alia hancur berkecai mendengar kebenaran itu. Jadi selama ini Ikwan menipunya. Selama ini dialah pihak ketiga. Dia hanya sebagai boneka Ikwan kala Helina tidak ada bersamanya. Cuma sandaran sementara saja! Patutlah Ikwan tidak memperkenalkannya pada Helina bila Helina baru pulang. Ikwan kata kawan sepermainannya dari kecil lagi baru pulang dari luar negara. Tapi sedikit pun dia tidak bersuara untuk memperkenalkan Alia pada gadis itu, jadi memang benarlah Helina adalah kekasih lama seperti di perkatakan Harun!
Sakit hati Alia terasa semakin dalam. Jantungnya seakan ditikam-tikam dengan pisau yang amat tajam. Dia benci Ikwan. Dia benci Helina! Mengapa mereka melukakan hatinya. Mengapa Ikwan mencambahkan cinta dihatinya, tapi kini dengan kejam membunuh cinta itu tanpa belas kasihan!
“Kenapa dia tidak beritahu aku?” kata Alia seolah-olah bertanya pada Ikwan.
“Entahlah Lia.. dia mungkin takut kau akan berjumpa Helina dan mengaku sebagai kekasihnya.. pasti hubungannya dengan Helina akan terjejas jika itu berlaku..”
Ada benarnya juga kata-kata Harun itu, patutlah Ikwan enggan dihubungi. Dia takut rahsia hubungannya terbongkar.
“Harun.. aku nak cuti setengah hari, hari ini.. tolong bagitau  Encik Haris, katakan aku tak sihat..” Alia mengemas mejanya. Dia ingin pulang ke rumah dan menangis sepuas-puasnya. Dia ingin meraung dan menjerit untuk melepaskan kesakitan yang sarat berbuku didadanya. Harun mengangguk. Dia kelihatan amat bersimpati dengan Alia.
Alia segera mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Zarul, adik sepupunya. “Kakak ni.. tolong ambil kakak di pejabat!” kata Alia sebaik saja talian disambungkan.
“Ai! Awalnya.. ada apa hal kak?”
“Kakak tak sihat hari ni.. kau di mana sekarang?”
“Saya masih di bandar ni.. ada temuduga pukul 11.00 a.m., habis temuduga nanti saya ambil kakak macam mana?”
Alia mengeluh. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tapi Zarul pula sibuk. Adik sepupunya itu baru tamat belajar dan sedang mencari kerja. Dia dihantar dari kampung oleh ibubapanya untuk tinggal bersama Alia sementara mendapatkan pekerjaan. Zarul akan menghantar dan mengambilnya dari kerja setiap hari. Alia baru saja membeli sebuah kereta kancil tapi dia tidak mempunyai lesen memandu. Nasib baiklah Zarul sudah mempunyai lesen memandu, secara tidak langsung Zarul menjadi pemandu sementara kepada Alia yang baru memohon lesen memandu dan masih dalam proses pembelajaran.
“Tak apalah! Kakak naik bas saja..”
“Eh! jangan lah..! Zarul datang sekarang..”
“Kan kau nak temuduga.. nanti terlewat pula.. sekarang dah pukul 10.30 a.m..”
“Alah.. masih sempat!” Talian terus diputuskan. Alia mengeluh. Zarul berkeras mahu menghantarnya pulang meski pun dia ada temuduga yang wajib di hadirinya. Alia terpaksa menunggu. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi hon di luar pejabat. Alia segera keluar dan masuk ke kereta.
“Tengok.. sudah pukul 10.40am.. mana sempat!” ujar Alia sambil menunjukkan jam tangannya pada Zarul.
“Sempat.. bukannya jauh!” balas Zarul sambil ketawa kecil.
“Ha.. nak bawa laju lah tu! Zarul.. kakak rasa baik Zarul pergi tempat temuduga tu, kakak tunggu di kereta.” Cadang Alia.
“Emn.. idea yang baik..” Zarul setuju. Kereta segera meluncur ke tempat yang dituju.
“Eh! Kau temuduga di sini?”
Zarul angguk. Alia kenal benar dengan bangunan itu. Bangunan itu adalah milik ibu Ikwan. Jadi Zarul pergi temuduga di syarikat milik keluarga Ikwan. Alia benar-benar tidak senang hati!
“Zarul pergi dulu ya doa kan Zarul.. kakak tunggu sini ya!” Zarul bergeges masuk ke dalam bangunan itu.
Alia mendengar radio sementara menunggu Zarul masuk ke dalam. Tiba-tiba sebuah kereta masuk benar-benar di sebelah keretanya. Alia macam kenal kereta itu, dia menoleh memandang pemandunya. Alia tersentak, Ikwan! Lantas Alia berpura-pura tidak melihat Ikwan. Alia menundukkan kepalanya sambil membaca surat khabar yang dibeli Zarul. Bila Alia sudah pasti Ikwan telah pergi barulah Alia tercangak-cangak mencari kelibat lelaki itu. Perasaannya bercampur baur. Dia pun tidak tahu mengapa dia mengelakkan diri dari bersemuka dengan Ikwan. Biarlah hubungan mereka berlalu bagai angin yang datang menyapanya untuk seketika. Rasanya tak perlu lagi Alia terasa hendak berperang besar dengan Ikwan atau Helina. Alia sedar siapa dirinya. Kalau nak rajuk biar pada yang sayang, kalau orang dah tak sudi buat apa Alia nak terhegih-hegih menagih perhatian Ikwan. Namun jauh di sudut hati Alia, dia merasa cukup pedih dan sengsara. Cinta yang mekar di hatinya itu bukannya mudah hendak dibuang dalam sekelip mata!
Ketika dia sibuk merenungi nasib diri, tiba-tiba  Zarul muncul mengetuk cermin kereta. Di belakangnya kelihatan Ikwan yang memandangnya dengan wajah penuh misteri. Alia segera membuka tingkap.
“Kakak.. saya telah diterima bekerja di sini.. emn! Ni lah bos saya.. katanya nak jumpa kakak..” kata Zarul sambil tersenyum simpul. Hati Alia menjadi tidak keruan. Dia memandang muka Zarul dan Ikwan silih berganti.
“ Emn.. boleh kita cakap sekejap..?” Kata Ikwan dengan tenang.
Alia terasa lidahnya kelu. Dia yakin, Ikwan mahu berterus terang dengannya kini. Terasa air mata mula bertakung di pinggir kelopak matanya. Alia mengangguk perlahan.
“Lia naik kereta Wan?” Ikwan membuka pintu keretanya. Alia angguk lagi. Dia segera keluar dari kereta kancilnya dan masuk ke dalam kereta Honda milik Ikwan.
“Zarul balik dulu lah!” kata Alia pada Zarul. Zarul agak kehairanan kerana bakal bosnya mengajak kakak sepupunya masuk ke dalam keretanya pula. Tapi Zarul tidak membantah. Dia masuk ke dalam kereta dan beredar.

 “Kita pergi tempat biasa?” kata Ikwan lembut. Alia tidak menyahut. Dia hanya terbayang puncak bukit di mana mereka selalu menghabiskan masa bersantai di situ. Dengan membawa sedikit bekalan, mereka seolah-olah berkelah di puncak bukit itu. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Helina. Alia yakin, Ikwan hendak bercakap tentang hubungan mereka pada hari ini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka mengunjungi puncak bukit yang indah itu.
“Kenapa diam?”
Alia menoleh memandang Ikwan. Ikwan melirik padanya sambil terus memandu. “ Emn.. tak ada apa..” Sahut Alia perlahan.
Sebenarnya dia mahu meluahkan segala yang berbuku di hatinya. Dia mahu tanya tentang Helina dan mengapa Ikwan merahsiakan hubungannya dengan Helina selama ini. Alia ingin sekali mengamuk dan meradang atas sikap Ikwan yang mempermainkan hati dan perasaannya. Namun, Alia hanya membisu, dia tidak tahu hendak berkata apa kepada Ikwan. Cintanya pada Ikwan begitu dalam dan Alia pasrah jika terpaksa mendengar khabar buruk itu hari ini.
Sepuluh minit kemudian mereka sampai di puncak bukit. Suasana tenang dan dingin. Tapi hati Alia semakin ketakutan. Takut menghadapi kata-kata perpisahan dari Ikwan. Ikwan kejam kerana mempermainkan harga dirinya. Alia tidak mahu kelihatan bodoh dengan mengamuk atau melenting pada Ikwan yang nyata menjadikannya sebagai boneka mainan. Itulah tekad Alia. Alia ingin terus bersabar!
“ Kenapa diam saja dari tadi Lia..?” tanya Ikwan lagi. Dia memandang mata Alia seolah-olah mencari-cari sesuatu di situ. Wajah Alia muram saja. Tidak ada apa-apa di matanya kecuali kedukaan.
“Cakaplah apa yang Wan nak cakap..” ujar Alia membuang pandangannya dari wajah Ikwan. Ikwan menarik nafas berat. Sukar untuk memulakan kata-kata.
“ Wan tahu, Alia kecil hati kerana Wan seolah-olah menjauhkan diri dari Lia.. maafkan Wan..” Ikwan mula membuka kata-kata. Alia mengigit bibir menahan sendu di hatinya.
“Lia pun tidak mahu menghubungi Wan lagi.. Lia juga seolah-olah tidak mahu ambil tahu tentang Wan lagi..” Sambung Ikwan.
Alia terus membisu, dia enggan berkata apa-apa. Biarlah Ikwan menyampaikan kata-kata terakhirnya sebelum mereka berpisah. Alia bersiap untuk mendengar kebenaran yang pasti menyakitkan itu.
“Biarlah Wan berterus terang dengan Lia…”
Alia segera membelakangkan Ikwan. Dia tahu apa yang bakal didengarnya. Airmatanya sudah luruh. Ikwan tidak menyedari airmata itu kerana Alia segera menyembunyikan wajahnya dengan menghadap hutan yang tebal.
“ Wan..” suara Alia serak. “ Boleh tak Wan tak payah cakap apa yang Wan nak cakap..” Alia masih membelakangi Ikwan. Suaranya bergetar, Ikwan mula perasan ada pergolakan dalam perasaan Alia. Dia ingin sekali memujuk.
“ Lia.. Wan tahu Lia merajuk! Wan tahu Wan salah.. Kita berdamai ya?”
Alia segera berpaling ke arah Ikwan. Ikwan terharu melihat airmata Alia yang bercucuran tanpa henti. “Sampai hati Wan.. Lia tahu Lia tak sepadan dengan Wan, tapi kenapa Wan tak terus terang dengan Lia? Sepatutnya Wan tak perlu minta maaf dengan Lia.. biarkan saja Lia! Kawin sajalah dengan kekasih hati Wan tu.. sampai hati Wan permainkan perasaan Lia..” Tersembur keluar semua yang berbuku dihatinya. Wajah Ikwan nampak terkejut.
“Kenapa? Wan tak sangka Lia sudah tahu hubungan Wan dengan Helina? Wan fikir Lia tak tahu Wan nak bertunang dengannya? Cukuplah Wan.. jangan nak siksa hati Lia lagi..” Ucap Alia separuh menjerit. Ikwan terkejut lalu memandangnya.
“ Mana Lia dapat cerita ni?”
“ Itu tak penting.. yang penting mengapa Wan permainkan perasaan Lia.. kenapa Wan mahu bersama Lia sedangkan Wan dah ada Helina..”
“ Lia.. Lia.. Lia! Wan tak faham.. mana Lia dapat cerita Wan nak tunang dengan Helina, Lia.....! Dia cuma kawan baik Wan dari kecil lagi. Dia bukan kekasih Wan!”
Alia mula diam, tangisnya reda mendengar kata Ikwan. Mereka berpandangan.
“Betul..?” tanya Alia sambil mengesat airmatanya. Ikwan angguk.
“Tapi kenapa Wan tak kenalkan Lia dengan dia? Kenapa Wan jauhkan diri sejak dia datang?” Wan tarik nafas berat. Dia melangkah ke keretanya dan mengambil sesuatu.
“Nah!”
Beberapa keping gambar dihulurkan kepada Alia. Alia membelek semua gambar itu. Semuanya gambar dia bersama Zarul, ketika dalam kereta, di jalan raya dan di perkarangan rumah.
“Kenapa ada gambar Lia dan Zarul..?” tanya Alia tidak faham.
“Kerana gambar inilah Wan menjauhkan diri dari Lia.. beberapa minggu lepas, satu surat dikirimkan pada Wan. Dalam surat itu ada gambar Lia dan Zarul. Kononnya Zarul adalah tunang Lia.. Lia telah ditunangkan oleh keluarga Lia.. Wan pun frust la bila dapat tahu..” cerita Ikwan dengan tenang.
“Tapi kenapa Wan tak tanya pada Lia?” Kata Alia dengan wajah yang lebih cerah. Sisa-sisa airmata sudah semakin hilang.
“Itulah silap Wan! Wan mahu Lia sendiri yang berterus terang dengan Wan.. tapi Lia sikit pun tidak cakap apa-apa, Zarul tinggal serumah dengan Lia .. tapi sedikit pun Lia tidak memberitahu Wan.. tentulah Wan salah faham. Wan geram, marah dan benci pada Lia sebab tu Wan malas nak layan Lia.. malas nak sambut call Lia.. Manalah Wan tahu Zarul tu adik sepupu Lia.. mujurlah dia datang temuduga tadi, Wan masih cam muka Zarul dalam gambar tu. Wan memang nampak Lia dalam kereta tunggu Zarul tadi, tapi Wan tak tegur Lia kerana Wan masih salah faham dengan Lia, tapi lepas temuduga Zarul tadi, Wan tanya Zarul siapa gadis yang tunggu dalam kereta? Barulah Wan tahu Zarul adalah adik sepupu Lia.. barulah Wan tahu selama ni Wan salah faham dengan Lia.. Wan nak minta maaf, Lia?”
Alia termangu mendengar cerita Ikwan. Rupanya ada kisah yang diluar jangkaannya. Siapa pula yang mengambil gambarnya dengan Zarul dan mengatakannya bertunang? Alia keliru.
“Wan tak tunang dengan Helina?”
“Tidak! Siapa yang cakap ni..”
“Harun.. sepupu Helina! Katanya Wan memang kekasih Helina sebelum Wan bersama  Lia lagi.. katanya tak lama lagi Wan akan bertunang dengan Helina.. Lagi pun Wan semakin menjauhkan diri dari Lia sejak dia datang..” jelas Alia. Dia mula berfikir dengan kata-kata Harun.
“Mestilah Wan jauhkan diri dari Lia masa tu, sebab Wan marah pasal gambar Lia dengan Zarul.. Wan malas nak kenalkan Lia dengan Helina kerana masa tu Wan benar-benar salah sangka pada Lia.. maaf ye..” Ikwan memandang tepat ke mata Alia. Alia tunduk sambil menarik nafas lega. Dia menyangka Ikwan hendak memutuskan hubungan tapi kini sebaliknya.
“Memang benar Harun tu sepupu Helina, tapi hairan mengapa dia nak menghancurkan hubungan kita pula?” Kata Ikwan penuh tanda tanya. Alia menggelengkan  kepala. Kini hatinya lega. Gadis cantik itu ternyata tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan Ikwan. Rupanya semua masalah itu hanyalah salah faham dan fitnah orang lain. Cemburunya pada gadis itu hilang serta merta.
“Dan hairan.. siapa pula yang ambil gambar Lia serta hantar kat Wan? Sudah jelas ada orang yang mahu musnahkan hubungan kita?” Kata Alia pula.
“Ya! Mungkin Harun juga?” Alia mengganguk tanda setuju dengan kata-kata Ikwan itu. mereka berpandangan. Saling tersenyum. Mereka tidak peduli apakah motif Harun, yang paling penting kini mereka sudah kembali bersama.
“Maaf ya?” kata Ikwan sekali lagi.
“Lia juga..” Balas Alia.
“Sia-sia saja Wan bencikan Lia.. tahu-tahu cuma salah faham..” Kata Ikwan sambil ketawa kecil. Lia teringat akan sikapnya beberapa minggu yang lepas. Seluruh isi rumah menjadi tempatnya melepaskan marah. Berbakul-bakul leteran ibu kepadanya kerana sikapnya menjadi garang tidak tentu pasal. Anak-anak buahnya di pejabat pun tidak berani curi tulang, takut pada Ikwan yang tidak semena-mena bertukar angin. Bos yang dulunya peramah dan mesra menjadi bengis tak menentu. Pantang silap sikit adalah yang kena marah! Semuanya pasal gambar yang diterimanya itu. Helina pun selalu merungut dengan perangainya yang selalu berubah angin. Hendak berlawak jenaka pun susah. Kalau senyum pun bagaikan terpaksa!
“Benarkah Wan bencikan Lia?” Tanya Alia menduga.
“ Ya! Benci sangat.. benci tapi rindu..ha ha ha.. merana betul Wan menanggung rindu tidak jumpa Lia beberapa minggu. Kadang-kadang Wan harap Lia akan call atau SMS Wan.. tapi bila buka handset.. sunyi saja..” luah Ikwan tentang perasaannya ketika musim dingin hubungan mereka.
“Lia juga.. nak call Wan.. tapi teringat Helina mungkin sedang bersama Wan..” Ujar Alia pula, mereka tertawa bersama. Rupanya mereka sama saja...
“Zarul cakap Lia tak sihat? Minta hantar balik rumah..” tanya Ikwan dengan muka bimbang. Muka Alia memang pucat saja tadi.
“Emn..” Alia tersenyum nipis. Kini dia kelihatan berseri-seri.
“Lia sakit apa?” tanya Ikwan lagi.
“Sakit hati..” jawabnya dengan menahan senyum.
“Oh.. rupanya! Sakit hati kenapa boleh senyum?” ujar Ikwan setelah mendapat tahu. Dia turut senyum meleret. Alia hanya menolak bahu Ikwan dengan manja. Ikwan tertawa melihat riaksi Alia.
“Lia..” Panggil Ikwan dengan suara romantis. Alia mendongak ke arah wajah lelaki yang dicintainya itu. Rindu benar hatinya pada Ikwan. Mujurlah semuanya sudah berubah menjadi baik.
“Emn..”
“Jom kita kawin?”
Mata Alia terbelalak. Dia menatap wajah Ikwan minta kepastian akan lamaran yang tiba-tiba itu.
“Kenapa? Tak sudi?”Tanya Ikwan lagi.
“Wan lamar Lia?”
“Bunga? Cincin? Takkan nak lamar macam ni saja?” usik Alia dengan senyum nakal. Ikwan ketawa besar. Dia mengajak Alia masuk ke dalam keretanya. Alia kehairanan.
“Jom kita pergi beli bunga, cincin dan......!!” balas Ikwan sambil masuk ke dalam  kereta. Kereta meluncur laju menuju ke bandaraya.
“Mulai saat ini.. kalau ada apa-apa masalah, kita mesti bincang! Jangan simpan sendiri dalam hati..ya?” bisik Ikwan sambil beriringan dengan Alia menuju ke kedai bunga terhampir. Alia mengangguk. Wajahnya penuh dengan senyuman bahagia. Dugaan seperti itu mungkin datang lagi. Tapi kalau saling cinta menyintai, kalau saling kasih mengasihi dan kalau saling mempercayai antara satu sama lain, apa pun dugaannya pasti dapat diredah bersama. Ternyata dugaan cinta itu pasti di tempuh juga! Kesulitan Denai Kasih kini menuju bahagia.
 


Monday, January 9, 2012 | By: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

~"Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad"~

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Assalammualaikum wbt....,

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk surga? Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad ;
Bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad"

Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata :
 "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda :
 "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi :
"Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."